Pages

Wednesday 24 January 2024

ANEMIA SEMASA HAMIL? APA IBU PERLU BUAT?

Anemia atau hb low ni sering saja berlaku dikalangan para ibu yang sedang mengandung. Lagi membesar janin didalam perut, lagi lah para ibu akan kekurangan darah kerana badan ibu juga membekalkan darah kepada janin didalam badan.
Jadi jom kita tahu serba sedikit apa itu anemia, tanda-tandanya serta apa yang ibu-ibu sekalian perlu buat untuk mengatasi anemia ni. 
 
Aku tak mau kongsi sangat apa keburukan anemia pada ibu mengandung sebab takut ada ibu yang akan rasa takot dan sebagainya tambah-tambah untuk first mom. Sebabnya masa aku hamil anak pertama dulu, nurse bagitahu kalau hb low nanti boleh jadi pertumpahan darah la semasa melahirkan dan lain-lain kesan buruk pada ibu dan bayi. Jadi masa tu memang aku risau la sebab as a first mom memang aku tak ada pengalaman. 
 

APA ITU ANEMIA? 
Anemia semasa hamil akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan ibu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel-sel darah merah. 
 

APAKAH TANDA-TANDA ANEMIA? 
Antara tanda-tanda anemia semasa mengandung yang mudah dilihat adalah seperti kulit kelihatan pucat, cepat keletihan, sakit kepala dan pening, jantung mudah berdebar-debar serta sesak nafas. 
 
Berita baiknya, pengambilan makanan tinggi zat besi dan suplemen tambahan dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah yang lebih sihat! 
 

APA YANG IBU PERLU BUAT BILA ANEMIA? 
Ibu akan tahu samada ibu kekurangan darah (anemia) atau tidak semasa checkup diklinik. Setiap kali checkup nurse akan ambil darah dijari tangan untuk test. Nurse akan inform jika ibu ada anemia/hb low ataupun tidak. Kalau dapat detect yang ibu kurang darah, nurse akan bekalkan ibu dengan ubat tambah darah serta refer ibu kepada doctor untuk pemeriksaan lanjut. 
 
Ubat tambah darah ni penting untuk ibu ambil supaya ia dapat tampung keperluan darah dalam badan ibu dan bayi. Aku sarankan ibu ambil ubat tambah darah dengan air oren atau apa² air yang mengandungi Vitamin C sebab ia akan lebih efektif dari segi penyerapan zat besi. 
 
Selain itu, para ibu disarankan untuk makan makanan yang sihat tambah-tambah makanan yang mengandungi zat besi yang banyak seperti jambu batu, kurma, daging, kerang, hati, bayam, sayuran hijau gelap dan lain-lain lagi. Ibu boleh search di Mr Google untuk maklumat lanjut.
 
Anemia Boleh Minum Minuman Berkafein? 
Hb low boleh minum kopi tak atau minuman berkafein yang lain misalnya teh dan milo? 
 
Sebenarnya nurse/doctor tak sarankan untuk minum minuman yang berkafein ni tau. Tapi biasalah kalau dah nama hantu kopi macam aku, tahan macam mana pun mesti akan minum jugak. Tapi dalam kuantiti yang sedikit la. Bila dah betul² tak dapat tahan baru aku minum kopi itu pun dalam seteguk dua saja nak bagi lepas craving tu.  
 
Jadi boleh lah kan minum?  
Boleh. Tapi macam aku cakap ambillah dalam kuantiti yang sikit. Masa last checkup doktor siap tanya berapa kali minum seminggu. Aku pun bagitau la sebulan 2 kali nak bagi puas rasa saja. Nasiblah doktor tak beletiaq wei... 
 
Susu/Produk Tenusu  
Para ibu disarankan mengambil susu selepas lebih 2jam mengambil ubat tambah darah. Susu dengan ubat tambah darah tak boleh diambil dalam masa yang sama tau sebab nanti ubat tu jadi tak berkesan. Boleh minum cuma jarakkan masa pengambilan. 
 
Susu pun sangat penting untuk ibu dan bayi sebab ianya dapat membantu dalam pertumbuhan dan jugak sekaligus memberi kalsium kepada badan ibu dan bayi. 
 

UBAT TAMBAH DARAH UNTUK ANEMIA 
Ubat darah ada berbagai jenis yang macam ibu tengok kat slide gambar tu. Ada iron tablet, new obimin, maltofer, sangobion, zincofer dan lain².
 
Ubat tambah darah ni akan diberikan oleh nurse semasa checkup diklinik. ubat yang aku dapat masa mengandung kalini ialah zincofer. Aku nak cakap memang azab ye consume ubat ni sebabnya zincofer ni tinggi zat besi. Jadinya badan tak boleh nak tolerate. Bila makan tu dia akan buat rasa loya/mual, angin sampai muntah. Bila cakap kat nurse/doktor, diaorang akan bagitau yang memang banyak ibu yang tak boleh tolerate dengan zincofer ni.  
 
Apa solusinya? 
Lepas dah 4th checkup, aku adu lagi dekat nurse/doctor. Then lastly memang doctor tukar ke iberet sebab even zincofer yang tinggi zat besi tu pun, darah aku makin lama makin turun jugak. So memang dah tahap redha wei… aku punya lah bertahan dengan zincofer sampai kandungan aku dah 6 bulan. Tapi jangan pelik ye. Maybe dekat badan aku tak berkesan dan maybe berkesan pada ibu yang lain. Apapun just berbincang dengan nurse/doctor ibu sekalian. InshaaAllah mereka akan cuba bagi solusi pada ibu-ibu. 
 
Last but not least, anemia ni memang la ada kesan buruknya. Tapi janganlah ibu terlalu takot sampaikan mengganggu emosi ibu ye. Doa yang baik-baik. inshaaAllah yang datangnya baik-baik juga.
 
Semoga Allah permudahkan urusan kita yang tengah mengandung ni...
Amin.
 
#pregnancy #pregnancyjourney #pregnancytips #pregnant #baby #baby2023 #mylifejourney #anemia #lemon8sharing #lemon8Malaysia