Pages

Wednesday 11 December 2019

Resepi Japanese Cotton Cheesecake

Hai semua.. assalamualaikum. dah berkurun aku tak update kat blog ni. Memang tak sempat satu hal. Lagi satu hal takda access kat laptop. Anak-anak aku yang conquer haha... pastu pulak aku balik duk kat Ipoh sekejap teman mentua aku lepas ayah mentua aku meninggal. Memang terasa sangat kehilangan dia sebab ayah mentua aku tu baik. Suka sangat tolong aku satu family. Sayang cucu-cucu dia lagi. Tu memang benda yang aku tak boleh lupa. Pastu pulak kalini aku nak share resepi lagi, lagi la buatkan aku rasa sedih sebabnya.... pak mentua aku tu suka sangat makan apa yang aku masak. Pak mentua aku tu dulu masa hidupnya memang sangat cerewet bab makan. Tapi tiap kali aku masak apa-apa, macam kek ke, cheesetart ke dll dan memang kena dengan anak tekak dia... dia konfim akan suruh aku masak lagi. Yang paling best siap bagi hint. Ataupun dia suruh mak mentua yang cakapkan hahaha.... aku mohon hampa semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah pak metua aku ye. Namanya Jamil Awang. Okaylah... nak tulis panjang-panjang nanti teriak pulak aku depan anak-anak ni huhu.


Tanpa berlengah-lengah lagi, aku nak share pasai resepi JAPANESE COTTON CHEESECAKE ni. Konfim sedaaap hingga menjilat jariiiiiiiiii hewhew. Konfim okay. Memang tak tipu.


RESEPI JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Bahan-Bahan A
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
6biji kuning telur
1sb jus lemon
1/4sk garam
60g tepung gandum / tepung kek
20g tepung jagung

Bahan-Bahan B
140g gula kastor
6bj putih telur
3/4sk jus lemon

Cara-Cara
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boil. Bila dah cair dan sebati, ketepikan dan sejukkan adunan cream cheese tadi.

2. Lepastu, campurkan tepung gandum/kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon kedalam adunan cream cheese tadi. Gaul sebati.

3. Pukul putih telur dalam bekas lain hingga berbuih. Lepastu tambahkan gula sedikit sedikit sambil dipukul putih telur sampai bertanduk (soft peak).

4. Campurkan adunan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sebati. 

5. Tuang aduan cheese ke dalam bekas. Ikut suka nak letak dalam satu loyang atau nak bahagikan. Aku bahagikan kepada 2 loyang iaitu bulat dan segiempat kecik.

6. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam secara water-bath. Tapi disebabkan aku bahagikan aduanan dalam 2 bekas, aku just bakar adunan cheese tu selama 50 min.

Siap!


Sedia untuk dihidangkan.

Lepas masak kan, bila makan tu sedap je rasa.... soft sangat kek cheese ni.

Bila dah sejukkan dalam fridge lagi sedap. 

Dua keadaaan samada sejuk atau panas, kek ni memang sedap sangat dimakan. Rasa berbeza sedikit tapi sedap. Tak rugi cuba. Bahkan nanti rasa tak cukup pula hehe.

Harap bermanfaat untuk hampa semua.

InshaaAllah aku akan cuba update lagi blog ni lepas ni. Nak tengok video-video menarik bolehlah kunjung ke Youtube channel aku tau. Paling cepat aku akan upload video-video ke Youtube channel dulu. Please support aku dengan Subscribe, Like, Komen dan Share. dan jangan lupa tekan butang notification supaya hampa tak tertinggal video-video terbaru dari aku. 

Nah aku kongsi video Resepi Japanese Cotton Cheesecake ni. Dalam video ni aku ada tunjukkan cara-cara buat cheesecake ni. Senang untuk hampa refer sekali.

Terima kasih.

Wednesday 12 June 2019

Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap

Kalau nak diikotkan, aku memang agak agak ketinggalan zaman. Sebabnya kan... orang lain dah beriya iya buat puding roti ni entah zaman bila mana lagi tah... tapiiii aku baru nak start buat... hahahah confirm ketinggalan. Tapi kalau fikir fikir lagi kan, aku mana ada oven dulu. Ada pun tak boleh nak guna dah sebab pintu oven tak rapat. Ikotkan memang aku teringin nak cuba and masak macam macam. Sekarang baru ada rezekiii....


Nak dijadikan cerita... aku tengok IG Story Cik Epal. Hari hari orang duk update pasal buat puding roti dari resepi dia yang sememangnya mengiurkan. Dah la bulan puasa kan.. sapa laa yang tak tergugat imannya bila tengok makanan sedap macam tu. Jadi tanpa banyak cerita aku pun tengok resepinya... halah halahhh senang rupanya nak buat puding roti ni tau dak... okayla jom kita terus zoom in ke resepinya yee....

PUDING ROTI SOS KASTARD

Yang kat bawah ni bahan bahan untuk buat puding roti.
1 paket roti gardiner (13 keping roti)
1 pek Kismis
3 cawan susu segar *
4 sudu besar gula *
2 sudu besar mentega *
2 biji telor *
1 sudu teh esen vanila *

Nak buatnya senang sajaaa... hampa campur semua yang bertanda * dalam besen. Pastu gaul sebati.


Dah sebati, hampa carik carikkan roti dan masukkan roti kedalam besen tadi.


Tekan kan roti tu supaya bercampur dengan susu. Biarkan seketika biar roti resapkan susu tu. 


Sementara tu, hampa bakar oven dulu pada suhu 200C selama 30 minit.

Adunan roti tu bolehlah hampa pindahkan kedalam loyang. Pastu taburkan kismis.



Bakar adunan pada suhu 200C selama 50 minit. Guna api atas bawah.

SOS KASTARD
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Nak buat sos kastard ni pun senang jugak. Hampa campur semua bahan dan masak atas api perlahan.


Hampa kena selalu kacau sos ni supaya bahagian bawah tak hangit.

Kacau jangan sampai pekat sangat. Agak agak nampak dah mula pekat tu dah boleh tutup api dah. Sebab apa tak boleh pekat sangat? Sebabnya nanti nak simpan sos ni dalam peti ais dia akan jadi pekat lagi.


Haaa macam dalam gambar kat atas ni. Bila nampak dah mula pekat hampa dah boleh tutup api okay. Lepas dah sejuk sikit boleh lah simpan sos kastard ni dalam peti ais. Puding roti ni lagi best makan bila sos dia sejuk. Tak sejuk pun best... cuma kalau sejuk, masyaaAllah macam heaven rasa bila makan lalu kot tekak πŸ₯°.

Tadaaaa.... inilah hasilnya lepas tunggu selama 50 minit. Puding dia serius lembut je.


Sedia untuk dihidangkan.... ngaaappp lah dengan lemah lembut yeeerrr... Sedap sangat nanti tak ingat dunia pulak πŸ˜œπŸ˜‹...



Selamat mencuba... happy #berpudingroti semua 😜.

Wednesday 3 April 2019

Cream Puff Montok Yang Sedap

🎼Berakhir sudah... pencarian cinta kuuu....
Diri ini tak lagi sepiiii...
Kini aku tak sendirii....🎼
Tetiba masuk lagu ni pulak haaa... eh πŸ˜†!
Kalau sapa tau, cuba teka ni lagu apa... kita tengok sapa yang kena jeng jeng jeng...


Aku ni boleh dikatakan peminat cream puff jugak laa... tapi takde lah aku nak beli hari hari kat luar tuuu... lingkup jugak poket aku kalau hari hari belinya hahaha...beli pun kadang rasa tak berapa nak sedap rasa macam tak puas hati jugak kan.

Haritu pergi jalan jalan dengan Azrul dekat Ipoh Parade, pergi sebab aku nak cari ANAS cosmetics kat SASA je. Tapi bila tanya staff SASA, ANAS cosmetics tak masuk situ pun. Jadi takpe lah.. jalan2 lah kejap sambil duk usha Hokkaido Tart... Nak beli tak beli nak beli tak beli.. last last beli... Yalah Hokkaido Tart kan sedap gila... rugi ooo tak beli haha... Lepas beli Hokkaido Tart, kami pi la jalan jalan lagi kot belah depan sana... tup tup terjumpa this kedai nama apa entah aku tak ingat... mula mula ingat nak beli air je sebab dahaga gila time tu. Tengok kat ruang depan kedai tu ada cream puff... tengok helok dah cream puff dia. Memang menarik la tengok sebab cream dia macam macam warna ada... pink ada, mak kau hijo ada.. eh! hijau ada... coklat pun ada... tengok memang terliur dah... Apalagi beli la 3 ketoi. Satu puff tu dia jual RM2... beli sekali coklat ais. Makan makan ja ya Allah.... roti dia keras beb... Azrul tu pun merungut cakap roti keras... tak ka potong stim dah tu..

Aku dah jenis yang makan tu, tapi teringat pulak... Kesudahnyaaa... misi mencari resepi bermula la... tapi idoknya lerr aku buat time time tu jugak... Nak masak ni kena ada feel. Kalau tak ada feel memang tak jadi lah...


Haaa tengok versi kejadian cream puff aku... macam macam versi ada... dari kecik lote sampai la ke tembam haaaa hahaha..... dengan cream nya memang aku letak banyak gila... sebab apa... sebab makan tu rasa cream mencair dan lembut saja dalam mulut memang mengigau laaa... sedaaappp baqhang hahaha... ni pun merecik je ayaq liuq aku time menaip ni... sebab terbayang rasa roti puff yang lembut dan cream yang mencayaq dalam mulut... fuuuhhhhh.... tak senonoh aku ni haha...


CREAM PUFF WITH CHOCOLATE GANACHE on top
Okay ni bahan bahan untuk buat roti puff ni:
1/2 cawan tepung gandum
50ml air
50ml susu cair
40g butter
2bj telor
*NOTE: boleh double triple kan bahan bahan untuk dapatkan cream puff yang banyak.

Cara cara nak buatnya:
1. Panaskan air, susu dan butter hingga menggelegak dan sebati. Pastu masukkan tepung. Kacau rata.
2. Apabila doh sejuk, masukkan telor satu persatu.Kacau rata.
3. Paipkan doh. Nak guna nozal binta boleh tak bintang pun takpa. Aku guna nozal biasa saja... dah paip doh tekan sikit pastu paip lagi tekan lagi... jadi la macam dalam gambar tu..
4. Bakar pada suhu 125C selama 20 minit. Dah habis masa sambung lagi bakar selama 20 minit. Biar sejuk.


Bawah ni pulak untuk buat cream dia:

KRIM
250g whipping cream
1sb gula aising

Cara cara nak buat krim dia senang saja:
1. Pukul whipping cream dengan gula sampai la kembang or stiff.
2. Boleh letak dalam piping bag dan paipkan ke dalam cream puff.


Untuk buat topping Coklat Ganache, untuk kita letak atas cream puff tu.... bahan bahan nya seperti dibawah...

COKLAT GANACHE
20g coklat masakan
5sb whipping cream

Hampa cuma perlu cairkan coklat dengan whipping cream saja. nak lebihkan coklat dan whipping cream pun boleh... 

Dah sejuk sikit boleh lah hiaskan pada cream puff.... ikotkan elok sikit kalau guna botol yang ada muncung 3 tu... tapi aku malas nak cari dah... aku guna sudu saja tu yang selekeh sikit tu hahaha... tapi apa yang penting... yang pentingnya rasa dia memang sedap... komfim mengigau hahaha...


Letak lah dalam peti ais hampa. Sedap dimakan time sejuk. Pastu hampa tengok sat saja habis weh.... 

Selamat mencuba kepada yang nak mencuba....

Wednesday 27 March 2019

Brownies Kedut Kurang Manis


Dah berminggu aku fikir nak buat brownies ni. Tapi disebabkan kemalasan melanda, dengan mentua aku masuk hospital lagi, aku tangguhkan saja niat aku. Dah pulak mengadap ragam anak hari hari... memang tak jadi lah brownies nya... berangan saja dulu boleh haha... Pastu dah macam mana boleh jadi pulak brownies ni kan? Sebabnya macam ni... Azrul dah nak balik Shah Alam minggu ni... aku siap cakap "macam nak buat brownies, nak makan tak?". Dia pun "haaaa okay jugak tu"... haaaa as usual... dia memang tak kisah pun aku masak apa apa... sdia support ja...

So aku pun set mind aku petang ni mesti kena buat brownies... kejap saja nak buat pun. Duk kejap tu aku pun terus buat la... satu sebab memang aku nak makan... satu sebab lagi boleh bekalkan Azrul bila balik kerja nanti... satu sebab lagi nak jamu family aku... ehhhh dah berapa banyak sebab daaaa...

Tanpa berfikir panjang, aku terus search resepi brownies kedut. Disebabkan brownies kedut ni dah viral, kejadiannya pun cantik. Lagipun aku pernah buat dah brownies ni dulu tapi aku pun tak ingat mana dah aku letak gambarnya... banyak sangat resepi dan gambar yang aku peram... haaa nampak tak kemalasan yang menggunung tu haha.

Okay jom tengok terus resepinya... untuk pengetahuan hampa, aku memang aku kurangkan gula daripada resepi asal tau. Sebab aku memang sejenis yang tak suka manis manis sangat. Kalau resepi asal 3/4 cawan gula, aku akan kurang kan ke half cawan atau aku kurangkan lagi daripada half cawan. Kalau hampa jenis yang nak manis, hampa boleh tambah gula lagi okay....


RESEPI BROWNIES KEDUT
400g coklat masakan / coklat compaund - dark coklat
150g unsalted butter
50g gula perang
40g gula kastor
4 bj telor gred A
1 sk esen vanila
100g tepung naik sendiri / tepung gandum + 1sk baking powder
15g serbuk koko

1. Coklat masakan dipotong kecil. Satukan coklat masakan dan butter. Masak dengan gunakan kaedah double boiler hingga coklat dan butter cair dan sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan gula perang, gula kastor, telor dan esen vanila. Kacau sebati dengan menggunakan whisk sahaja.
3. Dalam bekas lain pula, satukan tepung dan serbuk koko. Ayakkan.
4. Tuangkan adunan gula dan telor kedalam coklat masakan. Gaulkan.
5. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang sudah dioleskan dengan butter.
7. Oven dipanaskan 15 minit awalterlebih dahulu pada suhu 160C. Bakar adunan selama 30 minit ikut kepanasan oven masing masing.
8. Bila dah masak, biarkan brownies didalam oven dengan pintu oven terbuka selama 15 minit.


Bila dah sejuk, bolehlah potong brownies dan sedia untuk dinikmati.

Hoyey hoyey... tengok gambar pun terliur oiii...


Untuk pengetahuan hampa, kalau nak hasilkan brownies yang sedap, boleh gunakan coklat masakan dan serbuk koko yang bermutu tinggi... inshaAllah konfirm tidur termimpi mimpi cia cia cia....

Tengok sat saja dah nak habis.... sedap baqhanggg hahaha

Butterfly Rainbow Cupcakes Kurang Manis

Azrul nak balik hujung minggu ni. Jadi kepala aku ni mula la berfikir fikir nak buat apa masak apa... Disebabkan sambutan birthday dia kali ni lain.... sebab masing masing jauh kan.. memang masa hari birthday dia tu, wish dari jauh sajalah... Dah la haritu masa sambutan advance tu, sambut macam tu je hehe... tapi tulah best sebenarnya. Kami ni macam tu saja sambutannya... tak ada lah gah dan mewah sangat. Tak adalah hadiah mahal dan nak hadiah ja selalu.... Janji masing masing ingat antara satu sama lain. Tu pun dah cukup bagi kami.

Jadi aku mula lah search bermacam macam resepi... aku nak masak sikit untuk sambut post birthday Azrul pulak... cari punya cari... aku terfikir nak buat cupcakes dan cream puff... jadi aku try la search cupcakes... cream puff aku tak search dah sebab dah memang ada aku catat haritu. Untuk resepi cream puff, hampa boleh tengok kat SINI okay.

Okay sambut balik bab cari resepi cupcakes tadi, cari punya cari aku tertarik dengan satu resepi ni dari blog Masam Manis. Resepi dia ialah Butterfly Rainbow Cupcakes lah... cumanya as usual, aku akan tukar sikit sukatan gula sebab aku memang tak suka masak yang manis manis sangat....


Ninnn dia rupa cupcakes tu... cantik sangat kejadiannya... cumanya kepak tu tak berapa nak keatas sebab whipping cream duk mencair... kalut sangat aku nak ambil gambar... hahaha... okay jom kita tengok resepinya katt bawah keyh

BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
11/2 cwn Tepung Gandum
2 sk Baking Powder
Secubit Garam
1/2 cwn Butter - suhu bilik
1/2 cwn Gula Kastor - nak kurangkan lagi pun boleh kalau taknak manis Nak manis tambah aje lg
3 bj Putih Telor Saiz B - suhu bilik
1 sk Esen Vanila
3/4 cwn Susu Segar - suhu bilik

1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar menjadi warna putih.
3. Masukkan Telor putih dan pukul lagi sehingga menjadi gebu dan ringan.
4. Masukkan esen vanila.
5. Kemudian slowkan mixer ke level perlahan sekali. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
Maksudnya: tepung - susu - tepung - susu - tepung - susu - tepung

6. Then bahagikan adunan sama banyak kepada 6 bekas berlainan. Letakkan pewarna.
7. Tompokkan setompok warna berlainan warna dam bekas paper cup sehingga adunan habis.
Nak masukkan adunan dalam piping bag pun boleh, nak guna sudu pun boleh. Ikot kesesuaian barang hampa.
8. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 170C atau sehingga masak. Boleh guna lidi untuk cek samada cupcake masak atau tidak.


CARA CARA MEMBUAT RAMA RAMA
1. Potong permukaan cupcake dengan pisau.
2. Permukaan yang dah dipotong tu, kita potong tengah menjadi 2 bahagian.
3. Paipkan whipping cream diatas kek tadi.
4. Susunkan permukaan cupcake yang sudah dipotong tadi diatas whipping cream menjadi bentuk rama rama.
5. Letakkan manik sebagai badan rama rama.


Kalau nak buat cream yang tahan lama, hampa boleh cuba resepi dibawah ni

BUTTERCREAM
80g butter
250g creamwell
1/2 cwn icing sugar
1/4 cwn golden syrap

1. Potong butter menjadi kiub. Satukan butter dengan creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
2. Ayakkan icing sugar dahulu. Masukkan icing sugar dan golden syrap kedalam creamwell yang dipukul kembang tadi. Gaul rata menggunakan spatula.
3. Kemudian bolehlah letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
4. Masukkan buttercream ke dalam piping bag dan nozel pilihan dan bolehlah dipaipkan pada cupcakes.

Kalau nak makan sendiri dan nakkan rasa yang lebih sedap, boleh lah cuba resepi dibawah ini

FRESH CREAM FROSTING
2 cwn Non Dairy Whipping Cream
1/2 cwn icing sugar
1 sk esen vanila

1. Pukul whipping cream hingga menjadi kental.
2. Masukkan icing sugar dan esen vanila. Pukul lagi sehingga whipping cream menjadi 'stiff'.
3. Boleh lah didecokan di cupcakes ikot kreativiti sendiri.


Sunday 24 March 2019

Penkek Gebu & Lembut Sangat Walaupun Dah Sejuk

Penkek Gebu & Lembut Sangat Walaupun Dah Sejuk

Petang petang hujan yang ala ala tak berapa nak hujan nii... terasa pulak tekak aku nak makan something... jadii something tu mestilah kena sedap, simple dan cepat. Fikir punya fikir... search resepi tetiba aku teringat yang lebihan coklat ganache dari aku buat kek cheese leleh tu ada lagi... haaa apalagi... kalau sedap, simple dan cepat, teruih la aku teringatkan akan si penkek. Kan cepat dan tak guna banyak bahan kan.

Jadii seperti biasa laa... search balik resepi nya sebab aku pun tak berapa ingat sangat bahan bahan apa. Bayang bayang saja nampaknya... so dah kalau bayang bayang aje nampak bahan bahan dan cara, kau rasa boleh jadi masterchef tak?? Hahaha kemain aku berangan... dah konfim konfimlah tak dapat diknon oiiii πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Okay disebabkan tak mau buat macam resepi sebelum ni, aku cuba search posting lain... search punya search tetiba aku jumpa satu posting yang memang memukaukan mata aku... serious aku tertarik tengok penkek dia sebabnya penkek dia tebal dan ofkos lah nampak sedap...

Dulu masa buat penkek nipis yang biasa tu, aku ternampak penkek yang tebal masa keluar jalan jalan kat Sunway Piramid. Geram dah tengok masa tu tapi tak beli pun. Bila dah geram tengok memang teringat ingatt lah kat penkek tu. Aku ni sejenis yang akan teringat ingat pulak kalau aku dah suka sesuatu benda.

Jadi dah jumpa gambar penkek tebal, belek belek resepi tak adalah susah mana pun. Dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Terus aku cek bahan bahan dan apalagiii... mula lah aku beraksi kat dapur haha...

Jadiii... boleh cek bahan bahan dan cara masakan dibawah ye πŸ˜‰πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡...

SOUFFLE PANCAKE / PENKEK GEBU

BAHAN-BAHAN A
2 biji Telur Kuning
1/2 sk Esen Vanila
25g Tepung Gandum
1/2 sk Serbuk Penaik

BAHAN-BAHAN B
2 biji Putih Telor
25g Gula Kastor
1/2 st Lemon Jus

HIASAN
Madu
Peanut Butter
Coklat + Whipping Cream
Icing Sugar

CARA-CARA
1. Campurkan Bahan-bahan A satu persatu dan kacau sebati. Ketepikan.
2. Pukul telur putih sampai berbuih dan kembang.
3. Masukkan gula dan lemon jus. Putar lagi hingga adunan kental.
4. Ambil sedikit adunan telor dan campurkan dengan Bahn A tadi. Gaulkan.
5. Ambil adunan yang dah digaul dan masukkan kedalam adunan telor. Kacau sebati menggunakan spatula.
6. Masak dengan menggunakan penutup selama 2-3 minit. Lepas tu kalih dan masak lagi selama 2-3 minit.
7. Boleh hiaskan ikot kreativiti anda.

Macam aku dah kata tadi. Aku ada lebihan coklat leleh yang aku buat kek tu. Jadi aku tabur saja kat atas penkek tu... cicah pun boleh... rasanya dah semestinya mengaum tahap 10... sedapnya tak boleh bawak bincang hahaha...

Lepas sendukkan ke non stick pan, hampa tutup dengan penutup ye... bagi dia masak selama 2-3 minit.

Ni lah gayanya penkek gebu tuu... memang tebal sikit dari biasa.

Yang ni aku dah letak coklat leleh... perghhhh... memang meleleh habis weiii πŸ˜‚πŸ˜‚

Sedapnya memang tak boleh bawak bincang haha

Cuba try test tengok. Mesti nanti nak cuba dan cuba lagiii... sebab apa aku kata lagu tu?

Sebabnya dah terbukti kebersanannya... aku bagi mentua aku makan. Berapa hari lepas tu dia suruh buat lagii... sedap katanya...

Jadi ni haaa hampa dah dapat tips nak bahagikan mentua, suami, mak ayah, anak anak... even nak bahagiakan perot sendiri pun boleh... kan happy tummy tu happy lifee hahaha ☺☺☺...