Pages

Tuesday 26 April 2016

Aisyah Panggil "Ammaa...."


Tengah-tengah aku duk sibuk bersiap pakai baju nak ke kerja, tiba-tiba aku dengar ayat keluar dari mulut Aisyah...

AmmMaaa.......
AmmMaaa.......
AmmMaaa.......
 AmmMaaa.......

Alaaahhhhhhh....... cara baby baru nak bercakap lah kan..... sebab kat sini tak dapat nak buat tone pulak hehehe.....

Ya Allah... Lembutnyaaaa panggilan dari si kecik aku niiii......... even dia panggil AmmMaaa kan..... tak pa lah..... janji ada bunyi mama jugak. Baru 1st word keluaq ni alahaiiii syiokkkk nyaaaa rasa.... 

Mula-mula sekali ja Aisyah sebut... Pastu lama lepas tu Aisyah sebut pulak 3 kali berturut-turut sambil duduk kat kaki aku... Panggilan nak suruh aku ambil dia... Dukung dia... Tengok dia... Belai dia saja... MasyaAllah... Manja betol si kecik ni... Nak perhatian... Tak bole berenggang dengan mama dia langsung heheh ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜... Panggilan ammaaa dari mulut dia pertama kali pagi-pagi ni... Betapa seronoknya aku hanya ENGKAU saja yang tahu Ya Allah... Nikmatnya rasa bila anak panggil kita panggilan ammaaa tu... Sampai sekarang masing terngiang-ngiang kat kepala otak aku mehmeh ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜€... Kesudahannya sambil duk buat keja sambil duk tersengeh sorang-sorang mehmeh...

Aisyah ni... Selalunya kalau dia nakkan perhatian dari aku atau nak suruh aku dukung dia, dia merenget macam tu saja... Tapi harini lain benor... Panggilan yang amat menyentuh hati, perasaan dan kalbuku... Aku yang kalut-kalut nak besiap pun dah tak jadi besiap... Lambat pun biaqkan sajala... Terus aku dukung si kecik bambam yang berat ni hehe... Dah didukung qenyeh lagi... Tu yang buat orang geram tu... Ada saja akal dia pagi-pagi ni kan heheh...

Aisyah sudah hampir nak masuk 9 bulan... Alhamdulillah... Tak sabar nak tengok dan nantikan apa lagi yang bakal si kecik bambam aku yang berat ni akan lakukan... Hehe...

Moment yang best macam ni jangan disia-siakan... Alert je. Yang penting dapat tengok anak membesar dengan sihat depan mata, tu pun syukur sangat dah ๐Ÿ˜Š...


Kredit Gambar: GOOGLE

Friday 22 April 2016

Tips Minum Air Masak/Kosong Banyak-Banyak

Entry sebelum ni aku ada cerita pasal Kebaikan & Kelebihan Air Masak/Air Kosong kan... So entry kali ni pulak, aku nak cerita sedikit tips macam mana nak minum air masak atau air kosong banyak-banyak. Sebenarnya aku pun fail jugak bab-bab minum air masak atau air kosong ni... Kalau didapur ada 2 jenis air misalnya air masak dan air sirap ais, surelah aku pilih air sirap ais tu mehmeh ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜†...

Oleh sebab itu la aku buat kajian sikit. Aisyah pulak masih BF. Jadi kalau badan aku kurang air mesti akan effect susu badan aku. Tu yang aku risau. Masa musim panas macam ni pulak, stress kerja jauh dan bermacam-macam lagi boleh menyebabkan susu badan drop. Si kecik aku pulak still tak mau nya dia minum susu formula... Jadi aku pun terpaksa lah berusaha minum air sebanyak yang mungkin. Mesti kena minum sampai memang kena ada air dalam bilik punya. At least kalau bangun setiap pagi bolehlah minum.

Haaa ok lah jom kita tengok tips-tips supaya kita boleh minum air masak atau air kosong secukupnya untuk badan kita...

----------------------------------------------------------------------------------------------
TIPS-TIPS: MINUM AIR MASAK/KOSONG DISESETENGAH WAKTU...
----------------------------------------------------------------------------------------------



Aku ada share gambaq ni di entry sebelum ni. So... kita bole:

1. Minum Air Sebaik Bangun dari Tidur
KHASIAT: Mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum Air Selepas Mandi
KHASIAT: Mengurangkan tekanan darah rendah.

3. Minum Air Sebelum Mandi
KHASIAT: Mengelakkan tekanan darah tinggi.

4. Minum Air Sebelum Makan
KHASIAT: Membantu sistem penghadaman.

5. Minum Air Sebelum Tidur
KHASIAT: Mengelakkan strok dan serangan jantung.

6. Minum Air Semasa Travel
KHASIAT: Pastikan korang bawak air dalam botol kemana-mana k... At least korang pun akan       sentiasa segar masa travel tu.

7. Minum Air Sebelum/Selepas Solat
KHASIAT: Mengelakkan kehausan.

8. Minum Air yang Dicampur Lemon
KHASIAT: Ini pun bagus. Bukan saja mengelokkan kulit, tapi membekalkan vitamin C dan dapat menurunkan berat badan jugak hehe...

9. Minum Air Menggunakan Botol
KHASIAT: Kekadang nak gi tuang air dalam cawan cukupla payah. Nak habiskan secawan lagi la payah. So, better minum dalam botol. Jadilah kawan baik botol dan bawak botol tu kemana-mana, senang hehe...

10. Minum Air Selepas Ke Tandas
KHASIAT: Tambah kuantiti air yang keluar.

JOM...!!! Sama-sama kita cukupkan minum air masak/air kosong sebanyak 3L dan lebih...

Tapi aku rasa kan.... untuk permulaan eloklah kalau start dengan gelas dulu.... cukupkan 8 gelas tu kan. Fuhhh even 8 gelas pun berpeluh nak habiskan.... aku laaaa.... aku kata kat aku hahaha.... takpa takpa.... apapun kena sahut jugak cabaran ni. Sebabnya kalau tak paksa sampai bila-bila la tak buat.... iye dak hehehe.....

Chaiiyokkkk....!!! Fighting weiiiiiiii...!!!

Semoga bermanfaat sharing aku untuk kalini.
Kredit Gambar: GOOGLE

Thursday 21 April 2016

Kebaikan & kelebihan Air Masak/Kosong

Entry kali ni aku nak cerita pasai kebaikan dan kelebihan air masak/air kosong.


Kenapa perlu minum air masak/air kosong...???

1. Air Pelengkap Badan Manusia
60% badan manusia adalah air. Manusia memerlukan kira-kira 3 liter air setiap hari.

Fungsi air dalam badan:
- Melancarkan perjalanan dan peredaran darah
- Tekanan darah menjadi konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan baik
- Mebawa keluar toksin atau semua kekotoran dalam badan

2. Seimbangkan Suhu Tubuh Badan
Kekurangan air dalam badan amat mempengaruhi suhu badan manusia. Kita akan berasa gejala-gejala seperti badan panas, kering tekak, letih dan tidak bermaya jika badan kita kekurangan air. Oleh itu, berusahalah untuk minum air masak secukup-cukupnya kerana air yang cukup dalam badan dapat menyeimbangkan suhu badan kita.

3. Mencegah Keletihan atau Dehydration
Dedydration merupakan faktor utama seseorang itu cepat letih. Badan manusia akan jadi sangat lesu dan tak bermaya. Believe me... Bukan saja badan tak bermaya, emosi pun sama. Aku pernah laluinyaaa...

4. Mengekalkan Kesihatan & Emosi
Kekurangan air bole memudaratkan kesihatan...? Yes... Bila badan kita kekurangan air, sudah tentu kulit akan menjadi kering dan gatal-gatal. Dari segi emosi pulak, kita akan rasa cepat marah dan kurang selesa kerana suhu badan naik. Untuk memastikan badan kita cukup air, kita mestilah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Melancarkan Proses Penghadaman
Minum air masak terutamanya air masak suam dapat melancarkan sistem penghadaman manusia. Minum air yang cukuo dapat mengelakkan kita daripada mendapat sembelit.

6. Mengelakkan Penyakit Kanser
Kajian yang dijalankan menunjukkan air yang mencukupi dalam badan dapat mengelakkan seseorang dari mendapat Kanser Pundi, Kanser Usus dan Kanser Payudara.

Jom kita tengok apa KHASIATNYA Minum Air Masak/Air Kosong...

----------------------------------------------------------------
               8 KEBAIKAN & KELEBIHAN MINUM AIR 
                                    MASAK/KOSONG
----------------------------------------------------------------


 --------------------------------------------------------------------------
PEMBEKAL SUMBER OKSIGEN YANG BAIK
--------------------------------------------------------------------------


----------------------------------------------------------------
5 KELEBIHAN MINUM AIR DIWAKTU PAGI
---------------------------------------------------------------




 --------------------------------------------------------------------------------------
APA KEBAIKAN MEMINUM AIR DISESETENGAH WAKTU ?
--------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------
MACAM MANA NAK TAU AIR CUKUP DALAM BADAN...?
----------------------------------------------------------------------------------


Ok itu antara kebaikan dan khasiat minum air masak/kosong. Ikutkan aku pun sejenis yang payah minum air masak/kosong ni. Sebab yelah rasa dia sama kan. Yang memang takdak rasa apa-apa. Kita ni kalau minum air manis laju la.... Tapi air masak/kosong..... fuhhhhhhhh.... berpeluh nak habiskan. Jadi aku memang salute pada yang boleh minum air masak/kosong ni banyak-banyak. Aku pun tengah berusaha lagi wei minum air masak banyak-banyak.....

Apapun takpa.... tak salah pun share kan even diri sendiri tak berapa nak betui lagi pengambilan air masak/kosong seharian. 

Harap entri kalini bermanfaat untuk hampa semua nah.
Kredit Photo: GOOGLE

Monday 18 April 2016

Dekorasi Bilik Tidur Bayi/Kanak-Kanak

Dekorasi untuk bilik baby atau kanak-kanak ni aku pilih dari website IKEA. Hmmm dah tau aku ni peminat tegar deco dari IKEA mehmeh ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š... Bukan apa, semua dekorasinya memang menarik perhatian mata aku...

Takpa aku pun tak mau panjang-panjang cerita. Aku share saja gambar-gambar dekorasi kat bawah ni. Mana tau mommies pun dapat idea untuk decorate bilik anak masing-masing ๐Ÿ˜‰.



























Sunday 17 April 2016

Dekorasi Ruang Tamu

Lagi dekorasi dari IKEA. Kali ni dekorasi untuk ruang tamu pulak. Kalau tak mau beli barang dekat IKEA pun, boleh la ambik idea-idea yang dia bagi tu. Ok jugak kan... Aku ni berangan je lah dulu mehmeh ๐Ÿ˜†. Simpan dulu buat tatapan semua dan sebagai idea untuk masa depan... hehehe...

















Bagi aku, warna-warna yang lembut macam putih, pink cair, grey cair akan jadi warna utama.... Yang penting color yang lembut lah haha. Then, kita add in la dengan barang-barang yang ada color terang. Baru match kan... Tak gitu... mehmeh... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰.
























Dekorasi Dapur

Kalau hangpa tengok entri berkaitan deco sebelum ni, mesti hangpa tau aku cari idea dekorasi dekat mana. Haaaa... cuba teka? Haha... Semestinya lah di IKEA mehmeh ๐Ÿ˜†...

Idea yang IKEA bagi memang mengujakan. List kat bawah ni antara deco yang aku nak buat kalau ada rumah besar dan bajet lebih nanti lah... Sekarang peram dulu kat sini. Cantik lah... Seriouss geram je tengok hoihhh ...



































Dekorasi Ruang Makan

Aku intip semua deco ruang makan ni di page IKEA. Memang tersangatlah berkenan dengan semua deco dia. Aku tak pos semua. Aku ambik mana yang aku suka. Eh! Sebenarnya ada lagi yang suka. Cuma... Tak larat nak copy gamba bhahaha ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜†.. Kalo hangpa nak tengok deco lain hangpa bole tekan link kat ayat IKEA atas ok...

So tunggu apa lagi. Jom belek-belek deco kesukaan aku mehmeh ๐Ÿ˜€.