Pages

Monday 30 April 2018

Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu

Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu....

Kek Berhantuuu yang dah Viral???

WOwWww... Inilah rupa-rupanya kek tuu..... Sememangnya BERHANTUUU.....!!


Kek yang menjadi perbualan ramai....

Aku ni dah memang peminat coklat... Dapat pulak kalau jenis melted macam ni perghhhhh..... Kecur air liur dibuatnyaaa.... Aku ni kira ketinggalan lah orang kata... Kek ni punya dah viral lama, aku baru tau bhahahaha.... Nak buat macam mana kan.... Ketinggalan keretapi wahahaha.... Baru pulak dapat post sekarang...

Okay ceritanya macam ni... Throwback lah pulak kan... haha! Sambil-sambil main phone, ternampak post officemate aku. Nama dia Sarah budak kat bahagian Bursary. Lahhh.... Dia buat kek rupanya.... Apa tunggu lagiii... Terus wasap dia.... Sambil-sambilan saja katanya.... Aku mintak green light dari husban aku nak beli kek ni... Dapat je green light, ondaspot order laa weiiii.... eiiii tak sabarnyaaaa nak merasa....hahaha....

Esoknya tu aku dapat kek aku.... MasyaAllah..... tak sabar nak makan sangat-sangat dah... Tapi bila difikirkan tak best pulak makan sorang-sorang... Aku dengan berat hatinya simpan dulu dalam fridge kat pantry. Supaya dapat bawak balik untuk dimakan bersama yang tersayang! Makan bersama husband and Aisyah....

Balik tu aku tak tunggu dah.... Buka je terus ngap...! Wallahhhh...!!! Sedap gila.... Mencair dalam mulut kottt..... Mau habis kat aku sorang saja haha... Memang sedap.... Berlemak berkrim bercoklat bercheese berlava dan sememangnya berhantuuuu......!!! Esoknya terus order lagi hahah.... Masa preggy Ammar pun aku still repeat order... Makan sampai lebam..! Gila-gila aku makan time preggy Ammar... Tu Ammar besar! hahaha......

Yang gambar tu aku buat sendiri. Time buat tu masa lepas pantang Ammar... Kempunan sungguh nak makan wei. Yelah taulah azabnya berpantang macam mana.... hahaaha cakap macam aku sorang yang berpantang kan? 😁😁...

Okay tak mau cakap banyak-banyak. Jom kita tengok resepinya okay....??

KEK CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Resepi: Ras Aliza Kitchen & Lab

------------------------------------
(1) KEK COKLAT MOIST
------------------------------------
1 cawan Susu Cair / Fresh Milk / UHT Whipping Cream
1 cawan Minyak Jagung / Minyak Masak
3/4 cawan Susu Pekat Manis
1/2 cawan Serbuk Koko 
3/4 cawan Gula Castor

2 biji Telur Gred A - Telur dipukul dengan whisk & ketepikan.

1 cawan Tepung Gandum
1/2 st Soda Bikarbonat
1/2 st Baking Powder
1/4 st Garam
Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan.

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------

1) Satukan Susu, Minyak Jagung, Susu Pekat, Serbuk Koko dan Gula Halus kedalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan sehingga Gula larut.

2) Masukkan telur dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Kacau sekejap aje.

3) Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah diayak. Kacau menggunakan whisk supaya adunan cepat sebati. Masak sekejap dan tutup api.

4) Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk dikukus dan dibakar.

*Jika kek ni DIKUKUS, sebaiknya guna Susu Cair atau Fresh Milk.
5) Susun bekas aluminum dalam kukus. Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas.
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30-45 minit atau sehingga masak.

*JIka kek ni DIBAKAR, sebaiknya guna UHT WHIPPING CREAM untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kadah steam bath supaya kek lembap.
6) Bakar pada suhu 170C.

Sementara tunggu kek masak, boleh lah sediakan cream cheese dulu.

------------------------------
(2) CREAM CHEESE
------------------------------
250gm Cheese
400ml UHT Whipping Cream
3 sb Susu Pekat Manis

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------

1) Satukan Cheese & Susu Pekat Manis. Kacau / Putar hingga adunan lembut dan sebati.
2) Masukkan UHT Whipping Cream. Putar hingga kental.
*Jika guna mixer, guna level perlahan sahaja. Jika guna whisk, anda kene pukul sekurang-kurangnya selama 30 minit. hahaha jenuh nak pukul.
* Guna Blender je ye Kejap je adunan jadi kental.

-------------------------------
(3) COKLAT LELEH
-------------------------------
200gm Coklat Masakan / Dark Coklat
200ml UHT Whipping Cream
1 sb Butter

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------
1) Satukan Coklat Masakan dan Butter dalam mangkuk.
2) Masak UHT Whipping Cream dengan api perlahan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
3) Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi Coklat Masakan. Kacau sampai coklat mencair dan sebati.

*Kek yang sudah masak hendaklah dibiarkan sehingga sejuk sepenuhnya.

-------------------------
HIASAN
-------------------------
Ambil sedikit Cream Cheese dan dicampurkan dengan sedikit Coklat Leleh. Gaul rata.
Boleh guna piping beg atau guna sudu ajaaa...

------------------------------
PERSEDIAAN KEK
------------------------------
1) Letakkan Cream Cheese diatas kek. Ratakan.
2) Simpan sebentar dalam peti ais sehingga cheese keras.
3) Bila cheese dah keras, tuangkan Coklat Leleh.
4) Gunakan hiasan tadi untuk menghias. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
5) Simpan dalam peti ais sebentar sehingga coklatnya keras sedikit.

JIka nak makan, keluarkan dari peti ais tunggu dalam 3-5 minit. Bila coklat cair sedikit baru la sedap untuk dimakan... hehehe....

Sumpah cakap, persediaan kek ni memang agak qenyah... Qenyah tu bahasa Kedah. Dalam bahasa lain, macam2 jugak la nak kena sedia.. Tapi percaya la, ia sangat-sangat berbaloi....
Sebabnyaaa???
Sebab sedap tak terkata bhahaha....

Oklah...Selamat mencuba.