Pages

Wednesday 11 December 2019

Resepi Japanese Cotton Cheesecake

Hai semua.. assalamualaikum. dah berkurun aku tak update kat blog ni. Memang tak sempat satu hal. Lagi satu hal takda access kat laptop. Anak-anak aku yang conquer haha... pastu pulak aku balik duk kat Ipoh sekejap teman mentua aku lepas ayah mentua aku meninggal. Memang terasa sangat kehilangan dia sebab ayah mentua aku tu baik. Suka sangat tolong aku satu family. Sayang cucu-cucu dia lagi. Tu memang benda yang aku tak boleh lupa. Pastu pulak kalini aku nak share resepi lagi, lagi la buatkan aku rasa sedih sebabnya.... pak mentua aku tu suka sangat makan apa yang aku masak. Pak mentua aku tu dulu masa hidupnya memang sangat cerewet bab makan. Tapi tiap kali aku masak apa-apa, macam kek ke, cheesetart ke dll dan memang kena dengan anak tekak dia... dia konfim akan suruh aku masak lagi. Yang paling best siap bagi hint. Ataupun dia suruh mak mentua yang cakapkan hahaha.... aku mohon hampa semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah pak metua aku ye. Namanya Jamil Awang. Okaylah... nak tulis panjang-panjang nanti teriak pulak aku depan anak-anak ni huhu.


Tanpa berlengah-lengah lagi, aku nak share pasai resepi JAPANESE COTTON CHEESECAKE ni. Konfim sedaaap hingga menjilat jariiiiiiiiii hewhew. Konfim okay. Memang tak tipu.


RESEPI JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Bahan-Bahan A
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
6biji kuning telur
1sb jus lemon
1/4sk garam
60g tepung gandum / tepung kek
20g tepung jagung

Bahan-Bahan B
140g gula kastor
6bj putih telur
3/4sk jus lemon

Cara-Cara
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu secara double boil. Bila dah cair dan sebati, ketepikan dan sejukkan adunan cream cheese tadi.

2. Lepastu, campurkan tepung gandum/kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon kedalam adunan cream cheese tadi. Gaul sebati.

3. Pukul putih telur dalam bekas lain hingga berbuih. Lepastu tambahkan gula sedikit sedikit sambil dipukul putih telur sampai bertanduk (soft peak).

4. Campurkan adunan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sebati. 

5. Tuang aduan cheese ke dalam bekas. Ikut suka nak letak dalam satu loyang atau nak bahagikan. Aku bahagikan kepada 2 loyang iaitu bulat dan segiempat kecik.

6. Bakar kek pada suhu 160C selama 1 jam secara water-bath. Tapi disebabkan aku bahagikan aduanan dalam 2 bekas, aku just bakar adunan cheese tu selama 50 min.

Siap!


Sedia untuk dihidangkan.

Lepas masak kan, bila makan tu sedap je rasa.... soft sangat kek cheese ni.

Bila dah sejukkan dalam fridge lagi sedap. 

Dua keadaaan samada sejuk atau panas, kek ni memang sedap sangat dimakan. Rasa berbeza sedikit tapi sedap. Tak rugi cuba. Bahkan nanti rasa tak cukup pula hehe.

Harap bermanfaat untuk hampa semua.

InshaaAllah aku akan cuba update lagi blog ni lepas ni. Nak tengok video-video menarik bolehlah kunjung ke Youtube channel aku tau. Paling cepat aku akan upload video-video ke Youtube channel dulu. Please support aku dengan Subscribe, Like, Komen dan Share. dan jangan lupa tekan butang notification supaya hampa tak tertinggal video-video terbaru dari aku. 

Nah aku kongsi video Resepi Japanese Cotton Cheesecake ni. Dalam video ni aku ada tunjukkan cara-cara buat cheesecake ni. Senang untuk hampa refer sekali.

Terima kasih.