Pages

Saturday 19 October 2013

Hari Nikah & Walimatul Urus

'19th October 2013| Tarikh Akad Nikah & Walimatul Urus'

Tarikh tuu 👆👆💓... Tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila... Satu dalam beribu-ribu hari, harini aku dijodohkan dengan dia... Sudah ditetapkan di Luh Mahfuz... "Muhammad Azrul Jamil... Aku akan menjadi isteri mu yang sah dan kau akan menjadi suamiku yang sah"... Ya Allah... Bahagia tak terkata-kata... Syukur kehadrat-Mu. Segala penat lelah untuk simpan duit, persediaan dan sebagainya... Walaupun semuanya berlalu dengan ujian dan cabaran, tapi alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar 😊. 

Wedding aku berlangsung dekat kampung aku dibesarkan iaitu di Kampung Changhai, Jeniang/Sik. Ni rumah tok dan tokwan aku. Buat majlis kat sini sebab tok dan tokwan jaga aku masa aku dibangku sekolah... Lepas mak ayah aku bercerai... Pastu akad nikah pulak berlangsung di Masjid Ubudiyyah, Sg. Pau Sik.

---------------------------------------------------------------------------------------
KRONOLOGI SEBELUM, SEMASA & SELEPAS NIKAH 👫👰💕
---------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni aku keluar ke Butik Midah dan Yang di Pekan Jeniang untuk make-up, pakai baju dan sebagainya. Baju semua dah ada sebab aku beli sendiri. Just mintak Kak Yang make-up kan. Ingatkan nak pergi sendiri sebab aku ni jenis boleh saja nak meredah sorang diri. Last adik laki aku no 3 yang hantarkan. Nama Firdaus tapi panggil Dut saja. Dia yang drive, tak bagi aku drive sendiri haha.... Ni yang best bila ada adik-adik laki. Walaupun depa kecik pada kita, tapi depa bersikap menjaga dan melindungi 😍😘 ... Duk sat tu Linda, Adik Eli dan Nabilah sampai nak tengok aku dimake-up kan... Aku yang suruh depa mai sini dulu sebelum pi masjid hehe...

Okay dah siap make-up...! Overall aku memang suka make-up ni sebab nampak simple... Tapi macam tebal jugak... Arghhh lantaklah... haha... Okay balik rumah dulu... Dalam duk tunggu Azrul text cakap yang diorang dah sampai dekat masjid...

Aku pun panggil ayah... "Ayah... Rombongan lelaki dah sampai kat masjid", aku bagitau ayah aku. "Ok, tak pa", ayah aku jawab... "Eh! Ringkas pulak jawapan ayah aku... Pastu boleh relax lagi"... Aku ingat lagi... Dulu masa adik aku kahwin bukan kemain tak bagi lambat la apala... Ni dia boleh relax pulak laaa Pak Ali ni hoihhh... Aku pulak yang gelisah bhahaha 😝😝...

Tunggu punya tunggu... "Eh mana pulak la Pak Ali ni... Orang dah tunggu tuuu" hati aku berkata... 
Rasa macam dah lama ni... Linda pun text...
Linda  : "Ja, tak sampai lagi ka? Rombongan laki dah sampai ni"... 
Aku    : "Ha aku tau lah huhu... Ayah aku boleh duk relax pulak...", aku jawab... 

Aku pun cakap la kat ayah aku sekali lagi... Baru la kalut dia nak tanya sapa nak ikot... Iskhhh Tok Ali ni bhahahaha 😆. Dah bapa minit masa berlalu baru nak tanya sapa nak ikot kan...??? 😝😆😅. 

Aku ajak Mak ikot sekali. Sebab aku nak dia tengok aku nikah... and thank goodness Mak aku ikot. Tapi Mak aku naik dengan adik Dut. Aku pulak naik dengan Ayah. Pastu Adk Lin, pankngah makngah pun ikot jugak, Untuk meramaikan saja...

Sampai saja kat masjid... Hati aku berdebar-debar... "Dup dap dup dap" jantung aku berdegup laju.. Aku bakal berjumpa dengan bakal suami, bakal mentua dan bakal keluarga mentua aku.... Fuhhhhh...... senyuman saja kot boleh aku lemparkan... Kata-kata? Hahaha sememangnya aku speechlessssss 😜😝😛..... Aku masuk saja masjid terus pergi salam bersalaman dan terus pergi duduk dekat tepi mak mentua. Mak aku dan family aku duduk tepi aku.

Tengok Azrul dan bakal ayah mentua ada kat depan dengan Tok Kadi sekali... Time ni tunggu ayah aku lagi... "Ehhh mana PakAli ni...???". Missing lagiii bhahaha 😁😜... "Oh... basah-basah baju tu dah kenapa? Ambik air sembahyang ka", hati aku berkata-kata... Ayah terus ke satu sudut... "Ohhhh.... solat sunat"...  Takpa lah... Semua orang pun tunggu. Tengok macam happy saja Azrul duduk sembang dengan Tok Kadi tu... Siap gelak-gelak bagai...

Ayah dah siap terus dia pergi duduk tepi Azrul. Tunjuk dokumen dekat Tok Kadi... "Okay... dah nak mula nii"... Berdebar-debarnya rasa huhuhu....

Tok Kadi tu start dengan baca-baca apa yang patot... Siap buat lawak lagi hahaha... Tapi tulah Tok Kadi yang best... Sebab dia nak hilangkan gemuruh bakal pengantin kan heheh 😁😁.

Tok Kadi : "Aku nikahkan dikau dengan Ras Aliza binti Ghazali dengan mas kahwinnya RM84 ringgit tunai...".
Azrul     : "Aku terima nikahnya Ras Aliza binti Ghazali dengan mas kahwinnya RM84 ringgit tunai...".
Tok Kadi  : "Sah???".
Saksi        : "Sah...".

Alhamdulillah aminnnn.... Tempias senyuman dibibir aku hehe.... Dengan sekali nafaz aku dah bergelar Puan sekarang 😆😁.

Majlis diteruskan dengan doa... dan seterusnya untuk sign... Aku terus ke depan dan duduk disebelah Azrul... Fuhhhh..... dup dap dup dap sekali lagi... Suami dan mentua dan semua keluarga duduk tengok saja kan... Sapa lah yang tak gementar time niii.... hahaha 😆😆.

Seterusnya majlis sarung cincin... Orang tua-tua cakap apa? Batal air sembahyang?? haha apa-apa saja lah hehe...

Okay time ni sarung cincin, surelah Azrul my Hubby yang sarungkan... Salam dan dia hulurkan mas kahwin aku yang dia sendiri gubah dalam frame... Oh hubby, u kreatif jugak hehe 😘😘... Selesai sudah, salam bersalaman dengan keluarga dan sesi fotoshoot...

Ohh by the way... sepanjang majlis akad nikah ni, adik Eli yang tolong tangkapkan gambar... Nasib lah ada sikecik ni 😉😉... Dari awal sampai habis majlis akad dia yang tolong tangkapkan gambar... Bergambar dengan hubby, bergambar dengan family dan kawan-kawan... Selepas tu kami bertolak balik ke rumah... Untuk jamuan dan majlis selanjutnyaaa....

Masa dirumah pulak, Adik Ipar aku pulak yang sambung tangkap gambar. Kami bergambar dekat pelamin untuk kenang-kenangan... Aku tak buat tepung tawar dan sebagainya okay... Pelamin tu untuk bergambar semata-mata... Pelamin tu pun aku suruh buat ringkas saja hehe...

Okay lahh... aku nak share sikit gambar-gambar nikah aku kat masjid ni 😊... 


Pak mentua duk lirik-lirik ke belakang 😁

Pak Ali tunjuk dokumen 😊

Siap boleh gelak-gelak lagi kan...😆 

Start dengan Pak Ali 😉

 Lafaz Akad... Dup dap dup dap 😂😂

Mas Kahwin Berbentuk Rumah Designed By Hubby 😘

Alhamdulillah... Bergelar MAM dah haha 😆

Rombongan Perempuan 😉😍😘

With Mak Mentua, Azizah 😍😘

Sign Sijil 📜

Sign Sijil 📜

My Precious Mother 💓

Sarung Cincin 👰👫💍💍💍



Seterusnya gambar-gambar masa dekat rumah 😊😉...
-----------------------------------------------------------------------

 Kek Kahwin Special 🍰🍰🍰


With Mother 😘

With Family Azrul 😘

With Family Linda 😘

Bestfriend - Nabilah, Linda, Won & Ita 😘

Housemate yang Dtg dr Jauh - Adk Dila, Amnah, Dila & Pija

Kawan-kawan Sekolah - K.On & Ayu 😘

Kawan Uni - Syidah 😘

Renungan menusuk kalbu 😍😍

Kami 5 Beradik 😘

Nabilah, Adk Eli & Linda 😘



Saturday 23 March 2013

Kisah Dihari Pertunangan Ku



23.3.2013

I'm engaged... Yeeeaaahhhh....!!! 😁😁😁

"Engagement is not just wearing a ring. it's a Commitment of DREAMS, LOVE and FEELINGS"

Orang tua-tua cakap, bertunang ni banyak cabarannya.... Eh! Bukan orang tua-tua je cakap. Orang muda pun ada heheh 😆... Darah manis la, darah panas lah... Haha aku pun tak tau... Dengarkan saja bebel bebel bebel bebel tuu... 

Syariat Islam pulak, kahwin je terus. Kan senang! Tak payah habis banyak duit sangat kan. Dan hubungan pastinya terus halal! Tapi apa boleh buat. Aku orang kampung. Biasalaaa... Kena ikotkan jugak adat istiadat dan sebagainya.

Majlis pertunangan aku, aku buat simple je. Takda panggil orang pun, takda pelamin pun. Hanya family aku, family Azrul dan my best friend, Nabilah Md Isa. Aku pulak hanya pinjam baju kurung adik aku saja. Baju raya dia tahun lepas hewhew 😅. Nak jimat sangat kan. Lagipun memang tak banyak duit pun. Duit tengah simpan untuk masa depan hehe... Pastu bab make up pulak, of course la make up sendiri. Oopss bukannn!! Adik aku yang make up kan. Haaa sebab apa? Sebab kalau aku make up sendiri nanti jadi Gothic pulak. Aku kan suka gelapkan mata... Suka sangat pakai eyeliner hitam tebal-tebal... nanti terkejut pulak bakal mentua aku hewhew 😂😝...

Pertunangan biar la sederhana. Kiranya nak upgrade status yang kita ni sudah diikat orang, macam tu la gamaknyaaa hehe... Lagipun, banyak duit nak pakai masa kahwin dan lepas kahwin kan. Jadi duit yang ada simpan saja. Baik jangan membazir nak berlebih-lebih bagai... Bertunang memang sekali saja. Tapi kalau buat majlis besar-besar jenuh jugak bagi yang takdak duit ni. Bukan duit bergembak dalam bank nak buat macam tu. Jadi buat mana yang mampu saja.

Alhamdulillah... memang urusan semuanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Dari segi gambar pulak, ipar aku yang ambilkan gambar. Dah dia ada kamera Nikon kan. So tang gambar pun dah jimat. Syukur... Memang ni yang aku dan Azrul nak pun. Better berjimat dari nanti meraung kan... sebab sekarang pun dah meraung huhu...

Nak jadikan cerita, aku serious betol-betol nervous time ni. Bila pergi depan dan duduk, aku tau ada ramai orang kat situ. Aku cuma pandang Ayah aku, pastu aku tengok bakal Tok mentua sebab bakal Tok mentua yang akan sarungkan cincin kan. So ok lah kan... Sampailah masa sarung cincin... Bakal Tok mentua siap cakap "Haaa elok pun cincin masuk"... pastu aku pun tersenyum-senyum sipu malu-malu kucing eh! hehehe.... Duk kata dalam hati sendiri... memang la cincin masuk elok sebab pergi ukur sendiri. Beli sendiri kan kehkehkeh 😝😆...

Masa tu memang aku tak pandang sapa dah. Aku kan jenih panik gelabah semacam. Kalau perasan aku ada cerita dekat entri Hari Konvokesyen Aku | Takda Sorang Pun Family Aku Yang Datang... Hanya Si Dia. Duduk punya duduk kat depan tu, tetiba aku tersentap...! Berderau darah beb... Laaahhhh...! Azrul kat depan aku rupanya...!!! Rupanya dia duduk perhatikan saja semua kejadian haritu kat depan aku. Duk tersenyum-senyum ja dia pandang aku yang tengah tersentap 😆😆😆.... Macam mana lah aku boleh tak perasan. Adoooiiii..... lagi berdebar-debar lah rasanya... "Berdebar jantung ku, mengikut rentak langkah mu ah"!

Okay lepas tu aku masuk lah ke dalam semula. Yang lain semuanya duduk kat ruang tamu depan duk sembang-sembang dan bincang pasal mas kahwin dan sebagainya.... Aku yang kat dalam ni terkinja-kinja jugak nak tau apa yang dibincangkan tuuu..... tapiii memang tak dapat la.... tak dengar langsung! Nabilah, kawan baik aku suruh tunggu saja... waaa jenuh laaaa.... aku ni kalau curious fuhhhh.... tak boleh duduk diam la.... Dah la lama jugak keluarga sama keluarga duk berbincang.... Lepas tu barulah masing-masing bersurai... Aku tak sempat pun tengok muka Azrul time tu... tengok-tengok dah balik....

Lepastu lama gila gap si Azrul langsung tak mesej aku. Yang aku ni dah terkinja-kinja kot nak tau apa dah jadi dengan perbincangan tadi. Si dia boleh pulak diam seribu bahasa.... Memang tertunggu jugak laaaa..... Kat nak malam baru la Azrul mesej aku dan bagitau apa yang terjadi masa perbincangan di siang hari tadi tu..... Azrul bagitau aku la pasaipa tetiba dia ada kat dalam rumah... Dia at first tak masuk dalam rumah pun. Dia duduk dalam kereta saja. Tapi ayah aku nampak dia dalam kereta, ayah aku yang pi panggil dia suruh masuk sekali hewhew... Pak Ali aku ni.... bikin gementar sajahhhhh hahaha.... Sooooo baru la aku tau pasai pa yang dia senyap ja tercegat kat depan aku siang tadi... Memerhati segalanya yang berlaku hahaha... Syukur katanya... Majlis berjalan dengan lancar 😊😉...

Ye... Syukur sangat-sangat...

So dah nak kena prepare duit untuk majlis kedepan pulak... Tak lama pun nanti sampaila bulan 10... jeng jeng jeng..... 

Uissshhhh bulan 3 BERTUNANG pastu bulan 10 KAHWIN...??? Haah betul tu.... Kami memang nak bertunang sekejap je... Tak mau tunang lama-lama. Lagi cepat akad lagi cepat halal. Lagi best kalau hubungan sah. Senang nak pergi mana-mana atau nak buat apa-apa bersama-sama sebab dah tak payah nak risau halal haram semua. Semuanya halal belaka kan. Jenih ayah aku pun takmau lama-lama jugak. Ikotkan dia kalau cepat lagi bagus. Benda yang baik buat apa nak lama-lama kan hehe 😆😂...

OK! Inilah kisah dihari pertunangan aku yang SIMPLE, SEDERHANA dan LUCU heheh 😉...

Sekian dulu disini....
Jumpa dinext entri...
Salam semua.

Thursday 31 January 2013

Terungkai Sudah Rahsia.... Kisah Aku Bertemu dengan Jodoh Ku...

3 Tahun Mencari Cinta di Universiti, Tak Lepas Seorang Pun. Last-last Jumpa Jodoh Ku Si Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung Tu....

Wahhh ayat tak mau kalah kan..... hehe tulah yang boleh aku gambarkan keadaannya.... last aku breakup masa 1st sem. Lepastu aku berehat jap. Lepas sem 3 kot terasa nak cari partner balik. Partner yang nak bersama aku sampai ke syurga. Tapi tak jumpa sorang pun! seriously.... banyak-banyak kawan laki tapi tak sangkut satu pun. Okay masa universiti dulu memang aku banyak kawan-kawan lelaki. Ada yang kenal tu macam aku cakap di entry yang sebelum ni, depa tak mau made progress.... hanya suka saja.... just macam berkawan jeeee... Tak tanya pun pasal family dan sebagainya.... Aku ni duk tertunggu-tunggu la jugak seseorang akan tanya pasal family aku tu.... nak kenal-kenal ke... tapi hampeh semuanya.....

Kawan aku, Linda pernah tanya aku...
Linda: "Hang rasa jodoh hang kat mana, Jah?"...
Aku: "Aku pun jawab entahlah... maybe masa kerja nanti"... haha serius kot aku jawab macam ni....

Last-last pong! Betul kot tanggapan aku. Memang aku jumpa jodohku kat tempat kerja. Masa ni pulak bukan aku yang made progress dulu, tapi si dia laaaa hehe.... oh by the way, bab mencari cinta aku memang tak malu tau. Aku tak kisah pun perigi cari timba ke, timba cari perigi ke.... yang penting aku memang jujur nak mencari cintaku hehe.... Jadi pencarian cintaku di universiti memang tak berjaya lah... tak ada seorang pun yang melekat. Just kawan biasa-biasa dibawa angin lalu saja hahahaha... Ada yang aku berkenan, depa tak berkenan dekat aku pulak. The best part sekali kena reject terus.... hahaha yang ni lawak. Nanti lah aku cerita dientry lain bab kena reject ni. 

Okay berbalik pada aku jumpa jodoh ku si Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung!! tu kan... macam mana dari orang yang pertama kalinya aku jumpa sebagai penemuduga aku, officemate yang jadi sifu programming aku, peneman makan dan sebagainya dan sampai lah terkeluarnya bibit-bibit cintaa.... hahaha.... Okay sebenarnya at first memang tak tau apapun. Tak perasan apapun. Bila dah selalu sangat dekat tempt kerja, pi makan pun sekali jugak walaupun ada la lagi kawan-kawan lain yang makan sekali. But apa aku nak cakap mesti kami dua akan ada sekali.... 

Aku pernah cakap kat entry lepas yang kami ni macam dah lama kenai. Makan kalut or belemuaih ka... perangai senget sebelah ka memang tak cover pun. Even dengan kawan aku si Azri tu pun aku still cover jugak. Tapi dengan si dia ni aku tak cover langsung.... serius rasa selesa bila bersama... then bila dah lama sikit aku makin nampak si dia made some progress. Then he exposed his feeling towards me hahaha.... Bila ni lah 1st laki yang gentleman and made some progress dulu kan, fuhhh caiyaq (cair) teruih rasa.... dengan dia kenal-kenal dengan family aku. Memang ciri-ciri yang aku tungggu-tunggu selama ini....

Even dia exposed feeling dia kat aku, dia takda lah terburu-buru sangat. Dia still bagi masa kat aku. Dan dalam masa tu lah jugak aku selami jiwaku.... tanya betul-betul dan kenal betul-betul. Hubungan yang nak seriuss dan bawak ke jinjang pelamin, of course lah kena betui-betui.... sebab kita nak pasangan yang kekal lama inshaaAllah....

Then almost 3 months la kami kenal... perasaan tu dah memang confirm... rasa yang aku kata selesa, macam memang dah kenal lama tu masih ada... sama ja tak berubah. Sampailah kami decide nak ke stage seterusnya. Daripada seorang kawan pejabat, upgrade sikit ke pasangan bercinta, then sampaila ke stage nak kenal-kenal keluarga dan terus bertunang.

Bertunang? Serius laaa...?? Ada orang cakap baru kenal sat dah nak decide tunang, kawin dan sebagainya???

Haah aku memang seorang yang serius weh.. Aku memang tak buat main benda-benda camni. Baru kenal ke, dah lama kenal ke, atau tak kenal langsung pun ada ja yang kawin. Alhamdulillah hidup bahagia kecuali satu ja. Ajal yang menjemput. Kenal sekejap ataupun lama bukan penentu bahagianya seseorang tu. Kalau  ujian bermacam-macam akan berlaku kalau kita sendiri tak teguh, sabar dan sebagainya. Aku takmau cakap banyak bab-bab ni sebab ujian orang lain-lain. Aku pun pernah laluinya bila parents aku sendiri yang decided to be aparted. It's very challenging tapi aku percaya satu saja. Allah uji mesti bersebab dan ada hikmahnya.

Jadi bab aku bertemu jodohku walaupun dalam masa yang singkat, dalam masa 3 bulan lebih ni inshaaAllah... aku percaya dengan pilihan ku. Kita doa banyak-banyak saja.

SO after 3 months kami pun dieratkan lagi dengan ikatan PERTUNANGAN.... hehehe.....then 7 months after bertunang, kami pun di IJAB KABULKAN..... alhamdulillah..... jadi cerita bertunang dan kahwin, aku cerita dilain entry pulak ye...

Untuk hampa yang baru kenal pasangan, dah lama kenal atau sebagainya.... Percayalah yang baik-baik saja.... Doa yang penting sebab semua kebergantungan kita hanya pada DIA, ALLAH Taala. Aku doakan bagi yang nak kahwin, yang dah kahwin atau yang dah lama berkahwin.... sejahtera dan berbahagialah hampa sampai ke syurgaaaa.... amin.

Wednesday 2 January 2013

Dia Jodohku.... RAWR!!!

Dia Jodohku.... RAWR!!!


Bermulalah bibit-bibit cinta dan perasaan aku dekat dia... Aisehhhh... Bibit-bibit cinta tu hewhew... Aku tak adalah nak cerita detail sangat. Tapi kalau ada baca entry sebelum ni, aku cuma cakap pasal dia saja... only this one man...

Sapa...??? Siapakah...???
Haaaaa.... MUHAMMAD AZRUL JAMIL la... Siapa lagi.... hehehe...

Tu la kau Ras. Dulu sebelum kenal dia hang cakap dia muka serious la, garang la, tak friendly la... Hah kan dah terkena...! Bila dah kenal, kan sudah jatuh cinta hehehe...

Okay tunggu sat.... Macam mana boleh berkenan dengan dia pulak ni...???
Haaa.... Macam ni lah ceritaanyaaa... Aku cerita tak detail sangat tau... Sebab sweet moment tu kena la ada rahsia-rahsia jugak. Cuma kami saja yang tau baru lah special. Tak gitu hewhewhew 😂😂😂...

Actually aku mula nampak macam gaya-gaya hubungan kami nak serius bila aku nampak semua ciri-ciri ni kat dia....

Bab pertama, aku ada cakap kan yang dia pandai handle aku masa aku tengah marah??? Yes, memang betol. Aku punya anger management sangatlah suck! So, kira dia ni my anger management control laa... Macam penolong aku pun ye. Aku pulak bila tengah marah, orang lain tak boleh salah cakap ke apa. Nanti tambah minyak lagi dekat aku lagila aku bertambah-tambah marah... nanti jadik nasi minyak! hahahha... ataupun aku sejenis yang tak boleh kalau orang handle aku tak kena gaya masa tengah marah ni... Lagi la bertambah menyala apinya... Terok jadinya nanti tau... sebab tu laaa orang yang cepat marah ni, kita tak boleh handle sesuka hati... nak handle tu memang with care.

Azrul ni kan, aku perhatikan saja cara dia... Macam mana dia handle aku tambah-tambah masa aku tengah marah. Nak tengok jugak dia penyabar ka dak handle aku. Sebab kita ni tak boleh api lawan api... marak lagi beb... So dia ni kan.... Dia ada pendekatan dia supaya aku cepat reda dari marah... Dia teman aku, cakap la pasal benda lain dulu sampai la aku dah boleh tersenyum, gelak-gelak then baru dia akan tanya apa yang aku marah dan tak puas hati sangat tuuu... Haaa nampak dak... Seriously amazing wei... Pandai sangat dia nak tackle keadaan tu dan tackle hati aku sekali ceewaaahhhhhh 😂😂😂...... but seriously. Ni memang 1st time orang pandai handle aku masa tengah marah tengah angin tak betui.

Sebenarnya benda ni yang paling aku takot bila ada pasangan. Aku takot depa lari ja dari aku sebab tak tahan dengan perangai aku yang pemarah tu 😟😟... Tak pun kan, hubungan tak tahan lama sebab pasangan sama-sama api. Jenuh jugak kan... So bab nak cari pasangan ni memang kena betui-betui jugak la... Kita nak ada pasangan bukannya sat ja, bukan jangka masa pendek. Tapi nak yang jangka masa panjang. Mencari pasangan yang penyabar sangatlah penting.... tak penyabar fuuuhhhhh..... aku tak dapat bayangkan la macam mana rumah tangga nanti ni... tak dinafikan rumah tangga ada pasang surutnya... tapi nak tentukan ia tahan lama ke tak, sabar tu pun perlu ada....

Tapi sejenis aku, aku tak ada lah sejenis yang marah lama-lama... Aku yang jenis cepat marah, tapi kejap je. Lepas tu aku cool la balik. But si Azrul ni memang agak amazing... ni aku punya tanggapan pada dia sebab apa... sebab dia memang berjaya tenangkan aku masa aku tengah marah... tu yang the best part nyaaa hehe... ada pasangan ni kalau dapat membimbing kita lagi bagus... bukan saja bab lain, tapi bab penyabar pun penting...

Bab kedua, dialah lelaki pertama yang aku kenal yang tanya pasal keluarga aku. Katanya nak kenal-kenal dengan family. Beberapa orang yang aku kenal sebelum ni tak pernah tanya langsung pasal family aku. Nak kenal-kenal lagi lah tak. Soo aku just assume yang orang macam ni tak berapa serius sangat. Soo si Azrul ni kan, dia siap ambik number family aku lagi. Aku pun ada cakap yang ada beberapa orang family aku yang cerewek sikit. Tapi yang cerewek tu bukan Mak Ayah aku laaaa obviously... Ada la yang lain-lain ni... Tapi bila tengok dia telefon family aku ni dan cakap nak serious dengan aku... Aku nampak macam mana dia melayan family aku tu. Kalau dengan Mak Ayah aku ok je. Aku pun dah cakap kat Mak Ayah aku and depa ok je hehe... Bagi depa kalau aku ok dan aku suka depa pun suka lah. Janji pilih yang ok hehe...

Bila dah tanya pasal family and parents, sure lah dia ni seorang yang Serious kan. Nampak lah dia made some progress. Pasangan kalau dah tanya pasal family memang serious lah. Takkan dia saja-saja nak kenal tapi takda niat apa-apa kan. Lagipun, dia pun kenalkan aku dekat family dia.
Dia siap kata kat Ayah dia kalau dia kenal orang Kedah ok ka...
Ayah dia siap jawab okay....Haha... boleh pulak camtu kan hewhew...
Pastu yang best partnya ialah... Ayah dia yang mesej aku dulu... tanya nama dan sebagainya hehe.... terkejut cek... tapi memang best la... sebab rasa diri di 'welcome'....

Bab ketiga... As for me, dia memang gentlemen. Cara dia bagitau kat aku pasal perasaan dia pun dah nampak yang dia gentleman. Aku memang nampak progress yang dia buat untuk buat hubungan kami jadi lebih serius. Seriously aku cakap aku sangat suka laki yang macam ni. 3 tahun duk mencari cinta kat universiti tapi tak jumpa pun. Semuanya hampa belaka... last-last aku jumpa kat tempat kerja. Alaaaaa orang yang interview aku tu la...OOOPPPPSSSSS.....!!! ehhhh kantoi! hehehe..... ye dia lah yang Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung tuuuu.....  dia sajalah yang ada ciri-ciri lelaki yang aku nak pun hehe. By the way, time ni kami memang tak declare apa-apa relationship lagi pun. But, progress tu memang nampak and just follow the flow...

Bab keempat... Pelik tapi benar... Aku tak tau pasai apa tapi aku pasti dengan perasaan aku. Kami rasa macam dah lama kenal... serius sangat. Sebabnya bila jumpa kan, boleh sembang melalut gelak-gelak bagai, makan dengan selamba bewak macam duduk sekali kawan-kawan tau dak. Siap aku boleh ajak dia teman aku cari kasut la... pastu perangai memang tak cover masing-masing.... macammm memang dah lama kenal. Tak rasa kekok langsung! Masa ni aku ingat aku sorang je yang perasan. Tapi Azrul pun cakap benda yang sama. Hairan sungguh! hehe....

Bab kelima. Bila ada bersama dia, aku saangat lah selesa. Perasaan yang memang tak dapat digambarkan. tapi memang selesa sangat. Rasa secureee ja. Bila tengok muka dia aku rasa best, rasa happy dan yang paling best rasa tenang... Time ni memang aku syukur sangat. Aku suka, seronok dan happy dapat kenal dia...

Ciri-ciri utama yang diatas lah yang menyebabkan hubungan kami makin serius.... makin kuat.... Jadi... Sedikit demi sedikit perasaan kami makin berbunga-bunga... Berbuah-buah dengan banyaknyaaa 💟💟... Aku sangat mencari ciri-ciri macam ni... nak jumpa lelaki yang ada ciri-ciri ni bukan senang... sebelum aku jumpa si dia... si Azrul ni... aku jumpa ramai lelaki lain dulu.... tapi bukanlah couple... masa tu just kenal-kenal and kebanyakkannya depa yang tak mau ada progress apa-apa.... tu yang pernah kena reject pun ada hahahah.... apapun aku tak kisah bab yang tu... yang penting semuanya lead aku pada pasangan yang betul.... see... perancangan jodoh kita tu terbaik dah Allah Taala buat.... kita yakin je.....

Kepada yang belum bertemu jodoh, aku doakan hampa bertemu jodoh hampa suatu hari nanti. Ingat.... jodoh tu ada. Cumanya cepat atau lambat saja. Syukur dan hargai bila dah bertemu dengan jodoh hampa. Dan teruskan sabar mencari kalau masih belum bertemu jodoh. Teruskan mencari, jangan putus asa!