Pages

Saturday 19 October 2013

Hari Nikah & Walimatul Urus

'19th October 2013| Tarikh Akad Nikah & Walimatul Urus'

Tarikh tuu 👆👆💓... Tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila... Satu dalam beribu-ribu hari, harini aku dijodohkan dengan dia... Sudah ditetapkan di Luh Mahfuz... "Muhammad Azrul Jamil... Aku akan menjadi isteri mu yang sah dan kau akan menjadi suamiku yang sah"... Ya Allah... Bahagia tak terkata-kata... Syukur kehadrat-Mu. Segala penat lelah untuk simpan duit, persediaan dan sebagainya... Walaupun semuanya berlalu dengan ujian dan cabaran, tapi alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar 😊. 

Wedding aku berlangsung dekat kampung aku dibesarkan iaitu di Kampung Changhai, Jeniang/Sik. Ni rumah tok dan tokwan aku. Buat majlis kat sini sebab tok dan tokwan jaga aku masa aku dibangku sekolah... Lepas mak ayah aku bercerai... Pastu akad nikah pulak berlangsung di Masjid Ubudiyyah, Sg. Pau Sik.

---------------------------------------------------------------------------------------
KRONOLOGI SEBELUM, SEMASA & SELEPAS NIKAH 👫👰💕
---------------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni aku keluar ke Butik Midah dan Yang di Pekan Jeniang untuk make-up, pakai baju dan sebagainya. Baju semua dah ada sebab aku beli sendiri. Just mintak Kak Yang make-up kan. Ingatkan nak pergi sendiri sebab aku ni jenis boleh saja nak meredah sorang diri. Last adik laki aku no 3 yang hantarkan. Nama Firdaus tapi panggil Dut saja. Dia yang drive, tak bagi aku drive sendiri haha.... Ni yang best bila ada adik-adik laki. Walaupun depa kecik pada kita, tapi depa bersikap menjaga dan melindungi 😍😘 ... Duk sat tu Linda, Adik Eli dan Nabilah sampai nak tengok aku dimake-up kan... Aku yang suruh depa mai sini dulu sebelum pi masjid hehe...

Okay dah siap make-up...! Overall aku memang suka make-up ni sebab nampak simple... Tapi macam tebal jugak... Arghhh lantaklah... haha... Okay balik rumah dulu... Dalam duk tunggu Azrul text cakap yang diorang dah sampai dekat masjid...

Aku pun panggil ayah... "Ayah... Rombongan lelaki dah sampai kat masjid", aku bagitau ayah aku. "Ok, tak pa", ayah aku jawab... "Eh! Ringkas pulak jawapan ayah aku... Pastu boleh relax lagi"... Aku ingat lagi... Dulu masa adik aku kahwin bukan kemain tak bagi lambat la apala... Ni dia boleh relax pulak laaa Pak Ali ni hoihhh... Aku pulak yang gelisah bhahaha 😝😝...

Tunggu punya tunggu... "Eh mana pulak la Pak Ali ni... Orang dah tunggu tuuu" hati aku berkata... 
Rasa macam dah lama ni... Linda pun text...
Linda  : "Ja, tak sampai lagi ka? Rombongan laki dah sampai ni"... 
Aku    : "Ha aku tau lah huhu... Ayah aku boleh duk relax pulak...", aku jawab... 

Aku pun cakap la kat ayah aku sekali lagi... Baru la kalut dia nak tanya sapa nak ikot... Iskhhh Tok Ali ni bhahahaha 😆. Dah bapa minit masa berlalu baru nak tanya sapa nak ikot kan...??? 😝😆😅. 

Aku ajak Mak ikot sekali. Sebab aku nak dia tengok aku nikah... and thank goodness Mak aku ikot. Tapi Mak aku naik dengan adik Dut. Aku pulak naik dengan Ayah. Pastu Adk Lin, pankngah makngah pun ikot jugak, Untuk meramaikan saja...

Sampai saja kat masjid... Hati aku berdebar-debar... "Dup dap dup dap" jantung aku berdegup laju.. Aku bakal berjumpa dengan bakal suami, bakal mentua dan bakal keluarga mentua aku.... Fuhhhhh...... senyuman saja kot boleh aku lemparkan... Kata-kata? Hahaha sememangnya aku speechlessssss 😜😝😛..... Aku masuk saja masjid terus pergi salam bersalaman dan terus pergi duduk dekat tepi mak mentua. Mak aku dan family aku duduk tepi aku.

Tengok Azrul dan bakal ayah mentua ada kat depan dengan Tok Kadi sekali... Time ni tunggu ayah aku lagi... "Ehhh mana PakAli ni...???". Missing lagiii bhahaha 😁😜... "Oh... basah-basah baju tu dah kenapa? Ambik air sembahyang ka", hati aku berkata-kata... Ayah terus ke satu sudut... "Ohhhh.... solat sunat"...  Takpa lah... Semua orang pun tunggu. Tengok macam happy saja Azrul duduk sembang dengan Tok Kadi tu... Siap gelak-gelak bagai...

Ayah dah siap terus dia pergi duduk tepi Azrul. Tunjuk dokumen dekat Tok Kadi... "Okay... dah nak mula nii"... Berdebar-debarnya rasa huhuhu....

Tok Kadi tu start dengan baca-baca apa yang patot... Siap buat lawak lagi hahaha... Tapi tulah Tok Kadi yang best... Sebab dia nak hilangkan gemuruh bakal pengantin kan heheh 😁😁.

Tok Kadi : "Aku nikahkan dikau dengan Ras Aliza binti Ghazali dengan mas kahwinnya RM84 ringgit tunai...".
Azrul     : "Aku terima nikahnya Ras Aliza binti Ghazali dengan mas kahwinnya RM84 ringgit tunai...".
Tok Kadi  : "Sah???".
Saksi        : "Sah...".

Alhamdulillah aminnnn.... Tempias senyuman dibibir aku hehe.... Dengan sekali nafaz aku dah bergelar Puan sekarang 😆😁.

Majlis diteruskan dengan doa... dan seterusnya untuk sign... Aku terus ke depan dan duduk disebelah Azrul... Fuhhhh..... dup dap dup dap sekali lagi... Suami dan mentua dan semua keluarga duduk tengok saja kan... Sapa lah yang tak gementar time niii.... hahaha 😆😆.

Seterusnya majlis sarung cincin... Orang tua-tua cakap apa? Batal air sembahyang?? haha apa-apa saja lah hehe...

Okay time ni sarung cincin, surelah Azrul my Hubby yang sarungkan... Salam dan dia hulurkan mas kahwin aku yang dia sendiri gubah dalam frame... Oh hubby, u kreatif jugak hehe 😘😘... Selesai sudah, salam bersalaman dengan keluarga dan sesi fotoshoot...

Ohh by the way... sepanjang majlis akad nikah ni, adik Eli yang tolong tangkapkan gambar... Nasib lah ada sikecik ni 😉😉... Dari awal sampai habis majlis akad dia yang tolong tangkapkan gambar... Bergambar dengan hubby, bergambar dengan family dan kawan-kawan... Selepas tu kami bertolak balik ke rumah... Untuk jamuan dan majlis selanjutnyaaa....

Masa dirumah pulak, Adik Ipar aku pulak yang sambung tangkap gambar. Kami bergambar dekat pelamin untuk kenang-kenangan... Aku tak buat tepung tawar dan sebagainya okay... Pelamin tu untuk bergambar semata-mata... Pelamin tu pun aku suruh buat ringkas saja hehe...

Okay lahh... aku nak share sikit gambar-gambar nikah aku kat masjid ni 😊... 


Pak mentua duk lirik-lirik ke belakang 😁

Pak Ali tunjuk dokumen 😊

Siap boleh gelak-gelak lagi kan...😆 

Start dengan Pak Ali 😉

 Lafaz Akad... Dup dap dup dap 😂😂

Mas Kahwin Berbentuk Rumah Designed By Hubby 😘

Alhamdulillah... Bergelar MAM dah haha 😆

Rombongan Perempuan 😉😍😘

With Mak Mentua, Azizah 😍😘

Sign Sijil 📜

Sign Sijil 📜

My Precious Mother 💓

Sarung Cincin 👰👫💍💍💍



Seterusnya gambar-gambar masa dekat rumah 😊😉...
-----------------------------------------------------------------------

 Kek Kahwin Special 🍰🍰🍰


With Mother 😘

With Family Azrul 😘

With Family Linda 😘

Bestfriend - Nabilah, Linda, Won & Ita 😘

Housemate yang Dtg dr Jauh - Adk Dila, Amnah, Dila & Pija

Kawan-kawan Sekolah - K.On & Ayu 😘

Kawan Uni - Syidah 😘

Renungan menusuk kalbu 😍😍

Kami 5 Beradik 😘

Nabilah, Adk Eli & Linda 😘