Entry sebelum ni aku ada cerita pasal Kebaikan & Kelebihan Air Masak/Air Kosong kan... So entry kali ni pulak, aku nak cerita sedikit tips macam mana nak minum air masak atau air kosong banyak-banyak. Sebenarnya aku pun fail jugak bab-bab minum air masak atau air kosong ni... Kalau didapur ada 2 jenis air misalnya air masak dan air sirap ais, surelah aku pilih air sirap ais tu mehmeh 😋😆...
Oleh sebab itu la aku buat kajian sikit. Aisyah pulak masih BF. Jadi kalau badan aku kurang air mesti akan effect susu badan aku. Tu yang aku risau. Masa musim panas macam ni pulak, stress kerja jauh dan bermacam-macam lagi boleh menyebabkan susu badan drop. Si kecik aku pulak still tak mau nya dia minum susu formula... Jadi aku pun terpaksa lah berusaha minum air sebanyak yang mungkin. Mesti kena minum sampai memang kena ada air dalam bilik punya. At least kalau bangun setiap pagi bolehlah minum.
Haaa ok lah jom kita tengok tips-tips supaya kita boleh minum air masak atau air kosong secukupnya untuk badan kita...
----------------------------------------------------------------------------------------------
TIPS-TIPS: MINUM AIR MASAK/KOSONG DISESETENGAH WAKTU...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku ada share gambaq ni di entry sebelum ni. So... kita bole:
1. Minum Air Sebaik Bangun dari Tidur
KHASIAT: Mengaktifkan organ dalaman.
2. Minum Air Selepas Mandi
KHASIAT: Mengurangkan tekanan darah rendah.
3. Minum Air Sebelum Mandi
KHASIAT: Mengelakkan tekanan darah tinggi.
4. Minum Air Sebelum Makan
KHASIAT: Membantu sistem penghadaman.
5. Minum Air Sebelum Tidur
KHASIAT: Mengelakkan strok dan serangan jantung.
6. Minum Air Semasa Travel
KHASIAT: Pastikan korang bawak air dalam botol kemana-mana k... At least korang pun akan sentiasa segar masa travel tu.
7. Minum Air Sebelum/Selepas Solat
KHASIAT: Mengelakkan kehausan.
8. Minum Air yang Dicampur Lemon
KHASIAT: Ini pun bagus. Bukan saja mengelokkan kulit, tapi membekalkan vitamin C dan dapat menurunkan berat badan jugak hehe...
9. Minum Air Menggunakan Botol
KHASIAT: Kekadang nak gi tuang air dalam cawan cukupla payah. Nak habiskan secawan lagi la payah. So, better minum dalam botol. Jadilah kawan baik botol dan bawak botol tu kemana-mana, senang hehe...
10. Minum Air Selepas Ke Tandas
KHASIAT: Tambah kuantiti air yang keluar.
JOM...!!! Sama-sama kita cukupkan minum air masak/air kosong sebanyak 3L dan lebih...
Tapi aku rasa kan.... untuk permulaan eloklah kalau start dengan gelas dulu.... cukupkan 8 gelas tu kan. Fuhhh even 8 gelas pun berpeluh nak habiskan.... aku laaaa.... aku kata kat aku hahaha.... takpa takpa.... apapun kena sahut jugak cabaran ni. Sebabnya kalau tak paksa sampai bila-bila la tak buat.... iye dak hehehe.....
Chaiiyokkkk....!!! Fighting weiiiiiiii...!!!
Chaiiyokkkk....!!! Fighting weiiiiiiii...!!!
Semoga bermanfaat sharing aku untuk kalini.
Kredit Gambar: GOOGLE
Kredit Gambar: GOOGLE
No comments:
Post a Comment