Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Aisyah dah makin membesar. Dah nak masuk 7 bulan dah anak Mama ni.... Alhamdulillah... Puri dah lulus semuanya. Alhamdulillah jugak anak Mama makan dengan baik, takda alergi dan tak sembelit. Bole tengok apa yang anak mama suka dan tak. Macam-macam ragam time makan hehe... Wah!!! Dah nak 7 bulan ni... Makanan apa lagi yang anak mama bole makan ni...???
Start meng-GOOGLE lagi la aku. Bagus! Banyak jugak bahan-bahan bacaan untuk dibaca. Thanks to those who shared. Sangat bermanfaat untuk yang baru 1st pengalaman bergelar mommy. Then, now is my turn to share back. Semoga perkongsian ni memberi manfaat buat mommies semua :)
Ada 2 jenis makanan yang kita bole perkenalkan untuk baby kita iaitu:
1) Bijirin - Bubur Oat
2) Bubur Nasi
1) Bijirin - Bubur Oat
Untuk pemakanan yang baik dan berkhasiat, berilah baby kita Rolled Oat bukan Instant Oat. Dah nama pun instant jadi sudah pastila melalui banyak proses nya. Oat ni sama je. Yang berbezanya adalah Rolled Oat punya bentuk yang besar dan leper, Instant Oat pulak oat yang dikisar kasar untuk mempercepatkan proses memasak.
Aku guna Anzen Organic Rolled Oats. Bole beli dekat Giant.
Disebabkan masa aku nak membeli ni tak ada Organic Rolled Oats (Regular), jadi terpaksalah aku beli yang ni jugak ๐.
Jom tengok resepi-resepi buat bubur oat:
* Bubur Oat + Banana & Dragon Fruit
Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Banana
Dragon fruit
Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk
3- Campurkan oat dengan buah pisang dan dragon fruit yang telah dikisar dan ditapis
4- Biarkan pekat sedikit dan angkat
5- Biar seketika hingga oat sejuk
6- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge
* Bubur Oat + Kurma atau Kismis
Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Kurma atau Kismis
Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk
3- Campurkan oat dengan kurma atau kismis yang telah dilenyek
4- Biarkan pekat sedikit dan angkat
5- Biar seketika hingga oat sejuk
6- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge
* Bubur Oat + Kurma + Labu
Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Kurma
Buah Labu
Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk
3- Campurkan oat dengan kurma yang telah dibuang kulitnya
4- Masukkan labu yang telah distim
5- Biarkan pekat sedikit dan angkat
6- Biar seketika hingga oat sejuk
7- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge
Sebolehnya gunalah Beras Perang untuk buat bubur nasi pada baby kita ye mommies. Kenapa beras peras? Kenapa tak beras putih je? Haaa mommies kena tau... Beras perang lebih banyak khasiatnya dari beras putih. Beras perang tak melalui pelbagai proses pemutihan seperti beras putih. Beras perang pulak takda kanji. So memang baik untuk kesihatan.
Beras perang ni lambat sikit masak, jadi kena tambah air selalu ataupun tambah air banyak siap-siap.
Jom tengok resepi-resepi buat bubur nasi:
* Bubur Ayam Istimewa
Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit barli
Sedikit rolled oat
Sedikit lobak merah/carrot
Air
Sedikit fresh milk
Sedikit Cheddar cheese
Sedikit isi ayam
Sedikit Olive Oil
Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air, barli dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan ayam yang sudah dipotong kecil-kecil
4- Selepas itu, masukkan fresh milk dan lobak merah/carrot
5- Masukkan sedikit cheddar cheese untuk bagi bubur ada rasa masin
6- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
7- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup
8- Akhir sekali, simpan dalam fridge
* Bubur Ikan Bilis
Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit barli
Sedikit rolled oat
Sedikit lobak merah/carrot
Air
Sedikit fresh milk
Sedikit ikan bilis
Sedikit Olive Oil
Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air, barli dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan ikan bilis yang sudah dibuang tulangnya
4- Selepas itu, masukkan fresh milk dan lobak merah/carrot
5- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
6- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup
7- Akhir sekali, simpan dalam fridge
* Bubur Ikan Kembung + Keledek
Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit rolled oat
Sedikit keledek
Air
Cheddar Cheese
Sedikit Olive Oil
Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan uni keledek yang telah distim
4- Biarkan hingga pekat
5- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
6- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup
7- Akhir sekali, simpan dalam fridge
Semua resepi diatas ialah resepi yang aku masakkan untuk Aisyah. Mommies bole lah tukar-tukar sikit atau nak letak sayur lain macam bayam ke, brokoli ke pun bole. Ikut creativiti masing-masing ye mommies hehe... Masak bubur baby jangan lupa letakkan sedikit Olive Oil tau... Olive oil ni penting untuk penghadaman baby kita. Beli je satu botol khas untuk masak bubur baby kita ๐.
Masak dari hati masak dengan penuh kasih sayang ๐.
Selamat mencuba mommies ๐.
No comments:
Post a Comment