Pages

Showing posts with label Makanan Bayi 6 Bulan & Ke Atas. Show all posts
Showing posts with label Makanan Bayi 6 Bulan & Ke Atas. Show all posts

Thursday, 14 April 2016

Makanan Tambahan Bayi 7 Bulan ke Atas

Aku nak share makanan tambahan yang aku bagi dekat Aisyah... Selain aku bagi bubur, aku jugak bagi biskut dan roti putih dekat si kecik aku ni... Makanan tambahan ni bole la dibagi pada baby kita sebelum atau selepas makan makanan utama. Tak bole lah tunggu waktu makan utama dan baru makan kan. Kita pun kena ada kudap-kudap yang nak dimakan jugak sebelum makan nasi sebab lapar. Macam tu la baby kita. Kena ada kudap-kudapan jugak supaya perot dia tak kosong.

Ni dia kudap-kudapan Aisyah... Mommies pun bole bagi dekat baby mommies jugak.

1) HEINZ Apple Biscotti Snack
Biskut Apple Heinz ni sangatla sedap. Rasa manis dan wangi buah epal. Aisyah sangat suka biskut ni... Aku sangat recommend kan kat mommies tau. Bukan saja baby suka... Mama papa dia pun suka jugak bhahaha... Jangan sampai kemaruk sudah. Habis makanan anak pulak nanti 😀😁....


    Cara-cara makan:
    -> Boleh dicampur dengan susu ibu atau fresh milk
    -> Campur dengan air masak dan dimakan begitu saja pun ok. 
    -> Selain itu, aku ada tambah biskut apple ni dalam Bubur Oat Aisyah. Biar ada rasa manis manis gitu hehe...
    -> Kalau bagi baby pegang sendiri dan makan macam tu saja pun bole tapi dalam perhatian mommies okay... Sebab takot-takot baby gigit biskut tu besar sangat. Nanti takot terlekat...


2) HEINZ Farley's Rusks 

Okay biskut baby yang ni kan.... tak payah cakap baby yang suka...  yang dah besar macam aku pun suka hehehehe.... dulu masa adik-adik aku kan, rajin jugak aku ambik makan. Now time anak aku, kalau makan tak habis for sure la aku habiskan.... sedap weiiii hahahaha.....


   Cara-cara makan:
   -> Biskut rusks ni bole dicampur dengan air masak, susu atau dimakan macam tu saja.
   -> Kalau makan macam tu saja better tunggu baby ada gigi sebab biskut ni keras sikit dari biskut apple diatas.


3) Roti Putih Gardenier


    Cara-cara makan:
    -> Bole dicampur dengan susu badan atau fresh milk
    -> Dicampur bersama planta dan dimakan begitu saja. Jika makan begitu saja mesti la bagi dalam kuantiti yang sedikit.

Setakat ni, itu saja makanan tambahan yang aku bagi dekat Aisyah. Aku pun tak berani nak bagi banyak-banyak. Takot perot Aisyah tak sedia lagi. Nanti kalau ada makanan tambahan baru aku share lagi ye hehe...

Semoga sharing kalini memberi inspirasi kat mommies sekalian untuk cuba jugak bila baby dah start boleh makan...

Semoga bermanfaat.
Kredit Photo: GOOGLE

Friday, 8 April 2016

Makanan Bayi 7 Bulan

Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Aisyah dah makin membesar. Dah nak masuk 7 bulan dah anak Mama ni.... Alhamdulillah... Puri dah lulus semuanya. Alhamdulillah jugak anak Mama makan dengan baik, takda alergi dan tak sembelit. Bole tengok apa yang anak mama suka dan tak. Macam-macam ragam time makan hehe... Wah!!! Dah nak 7 bulan ni... Makanan apa lagi yang anak mama bole makan ni...???

Start meng-GOOGLE lagi la aku. Bagus! Banyak jugak bahan-bahan bacaan untuk dibaca. Thanks to those who shared. Sangat bermanfaat untuk yang baru 1st pengalaman bergelar mommy. Then, now is my turn to share back. Semoga perkongsian ni memberi manfaat buat mommies semua :)

Ada 2 jenis makanan yang kita bole perkenalkan untuk baby kita iaitu:
1) Bijirin - Bubur Oat
2) Bubur Nasi

1) Bijirin - Bubur Oat
Untuk pemakanan yang baik dan berkhasiat, berilah baby kita Rolled Oat bukan Instant Oat. Dah nama pun instant jadi sudah pastila melalui banyak proses nya. Oat ni sama je. Yang berbezanya adalah Rolled Oat punya bentuk yang besar dan leper, Instant Oat pulak oat yang dikisar kasar untuk mempercepatkan proses memasak.

Aku guna Anzen Organic Rolled Oats. Bole beli dekat Giant.


Disebabkan masa aku nak membeli ni tak ada Organic Rolled Oats (Regular), jadi terpaksalah aku beli yang ni jugak 😃.


Jom tengok resepi-resepi buat bubur oat:

* Bubur Oat + Banana & Dragon Fruit

Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Banana
Dragon fruit

Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk 
3- Campurkan oat dengan buah pisang dan dragon fruit yang telah dikisar dan ditapis
4- Biarkan pekat sedikit dan angkat
5- Biar seketika hingga oat sejuk
6- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge

* Bubur Oat + Kurma atau Kismis

Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Kurma atau Kismis

Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk 
3- Campurkan oat dengan kurma atau kismis yang telah dilenyek
4- Biarkan pekat sedikit dan angkat
5- Biar seketika hingga oat sejuk
6- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge

* Bubur Oat + Kurma + Labu

Bahan-bahannya:
Rolled Oat
Fresh milk
Kurma 
Buah Labu

Cara membuat:
1- Masak oat dengan api yang perlahan
2- Tambah susu ibu/formula milk atau fresh milk 
3- Campurkan oat dengan kurma yang telah dibuang kulitnya
4- Masukkan labu yang telah distim
5- Biarkan pekat sedikit dan angkat
6- Biar seketika hingga oat sejuk
7- Akhir sekali, tuangkan oat dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge

2) Bubur Nasi

Sebolehnya gunalah Beras Perang untuk buat bubur nasi pada baby kita ye mommies. Kenapa beras peras? Kenapa tak beras putih je? Haaa mommies kena tau... Beras perang lebih banyak khasiatnya dari beras putih. Beras perang tak melalui pelbagai proses pemutihan seperti beras putih. Beras perang pulak takda kanji. So memang baik untuk kesihatan.

Beras perang ni lambat sikit masak, jadi kena tambah air selalu ataupun tambah air banyak siap-siap.

 

Jom tengok resepi-resepi buat bubur nasi:

* Bubur Ayam Istimewa

Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit barli
Sedikit rolled oat
Sedikit lobak merah/carrot
Air
Sedikit fresh milk
Sedikit Cheddar cheese
Sedikit isi ayam
Sedikit Olive Oil

Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air, barli dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan ayam yang sudah dipotong kecil-kecil
4- Selepas itu, masukkan fresh milk dan lobak merah/carrot
5- Masukkan sedikit cheddar cheese untuk bagi bubur ada rasa masin
6- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
7- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup 
8- Akhir sekali, simpan dalam fridge

* Bubur Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit barli
Sedikit rolled oat
Sedikit lobak merah/carrot
Air
Sedikit fresh milk
Sedikit ikan bilis
Sedikit Olive Oil

Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air, barli dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan ikan bilis yang sudah dibuang tulangnya
4- Selepas itu, masukkan fresh milk dan lobak merah/carrot
5- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
6- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup 
7- Akhir sekali, simpan dalam fridge

* Bubur Ikan Kembung + Keledek

Bahan-bahannya:
Segenggam beras perang
Sedikit rolled oat
Sedikit keledek
Air
Cheddar Cheese
Sedikit Olive Oil

Cara membuat:
1- Rendam beras perang untuk seketika
2- Masak beras perang dengan air dan oat hingga kembang
3- Kemudian, masukkan uni keledek yang telah distim
4- Biarkan hingga pekat
5- Angkat dan biarkan sehingga sejuk
6- Blend bubur dan tuangkan ke dalam bekas tertutup 
7- Akhir sekali, simpan dalam fridge

Semua resepi diatas ialah resepi yang aku masakkan untuk Aisyah. Mommies bole lah tukar-tukar sikit atau nak letak sayur lain macam bayam ke, brokoli ke pun bole. Ikut creativiti masing-masing ye mommies hehe... Masak bubur baby jangan lupa letakkan sedikit Olive Oil tau... Olive oil ni penting untuk penghadaman baby kita. Beli je satu botol khas untuk masak bubur baby kita 😊.

Masak dari hati masak dengan penuh kasih sayang 💖.

Selamat mencuba mommies 😊.