Pages

Wednesday, 5 August 2015

Miracle Naura Jamu Moden

Pasai apa aku pilih jamu moden ni?? Haaa ni bukannya sebab aku tak tahan bau daun-daun herba atau rasanya yang pahit sikit tuuu... Bukan...bukan... heheh 😁... Sebabnya................ Sebab badan aku ni yang jenis tak tahan panas... Badan aku jenis panas dalam sooo aku memang tak boleh nak makan jamu-jamu herba ni sangat... Sebernarnya Hubby aku memang dah beli pun set jamu herba untuk aku... Tapi bila aku consumed, panas badan aku bertambah ditambah dengan sembelit. Terus aku surrender... Terus jamu herba tu tak habis kot.... Membazir saja hewhew... Pastu pulak nampak kesannya kat Aisyah sebab Aisyah kan breastfeed. Nampak la mata dia mula bertahi tapi tak banyak... OOOiiii tak boleh jadi.... Memang confirm aku berhenti... FullSTOP terus!!!

Bab Jamu Moden ni pulak... Sebenarnyaaaa, dahh lama aku risik-risik jamu ni hehe... Masa tengah preggy lagi... Tapi time tu aku tak fokus sangat untuk diguna masa pantang. Aku fokus tang "Beauty Booster" tuuu hahaha... Perempuan kannn... Sure nak cantik ja selalu hahah 😆😆.......

Hangpa boleh tengok kat gambar bawah nii... Nilah jamu moden tuuu.... by Naura Kay...

Start makan saja jamu ni... Fuhhhh...... memang sedapppp kot... Dengan rasanya yang masam manis... Memang best masa letak terus kat lidah tu... melted heheh...

Bila dah best makan, mood pun best... So, mulalah gatal-gatal tangan untuk cari info lebih pasal Miracle Naura ni.... Taip-taip kat Google, bacalah kisah pasal Puan Naura nii... Macam mana dia boleh start buat jamu ni... Best jugak baca pasal kisah Puan Naura hehe...

Selain itu... nak consume sesuatu mesti kena tau pasal kebaikannya kann... Jadi... jom kita baca khasiat jamu kat bawah ni 👇👇👇....

------------------------------------------------
APA KHASIAT MIRACLE NAURA?
------------------------------------------------
Mencerahkan kulit. Kulit lebih moist dan glowing
✔ Mencerahkan pelipat yang hitam, "dark circle" dan "eye bag" dibawah mata
✔ Bertindak membuang toksid dalam badan
Menjadikan badan lebih bertenaga sepanjang hari
✔ Memudarkan jeragat & mengecutkan jerawat
✔ Menguruskan badan
✔ Bentuk badan slim dan seksi serta tidak menggeleber
✔ Memadatkan payudara 
✔ Mengetatkan "MISS V"
Mengecutkan rahim
✔ Awet muda
✔ Meninggikan kadar metabolisme badan
Menambahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan baby

Hahhh banyakkan khasiat Miracle Naura niiii.... Fokusnya untuk KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN... Pastu, dalam list-list kat atas ni ada khasiat pasal "Mengecutkan Rahim dan Menambahkan Susu Badan"... Soo,, tu yang aku terus buat keputusan untuk terus makan jamu ni hehe..... Yang paling penting, dia tak buatkan badan aku panas dan menyebabkan sembelit...

Awal-awal lepas beranak kan aku stay kat hospital kejap... Soo jamu ni saja aku makan... Alhamdulillah kesan dia awal jugak... Bila nurse cek aku, dia pun cakap rahim aku dah mengecut... So... Miracle Naura memang AWESOME LAHHH!! 

Boleh terus consume lagi lepas ni 😊😊😍😘.... 

Tuesday, 4 August 2015

Puteri Sulong Anugerah Terindah



Alhamdulillah............. Syukur yang tak terhinggaaa... Bahagia sangat perasaan ni bila tengok anak yang dikandungkan selama 9 bulan 8 hari lahir dengan sihatnya... Tengok saja gambar dia... Pipi tu memang buat orang geram... Nak tenyeh-tenyeh je hidung selalu kat pipi tu kan heheh 😍😍😍.

Anak pertama yang menghuni rahim mama... Sepatotnya sayang dilahirkan pada bulan Julai... Ohhh... nak jugak dia sama bulan dengan mama dia yee?? hehe... Dah dekat sangat tarikh lahir dia dengan mama 😘😘. Perancangan Allah kan... Sangat hebat 😊😊😊...!

Oleh itu... mama ada something yang nak diluahkan... Nak kata puisi entahlah... Tak pandai sangat bab-bab sastera nih... Tapi, ayat ni memang ada sentiasa dalam kepala otak nih... Kalau tak dicatitkan takot lupa macam tu saja... Jadi... terimalah luahan tersirat mama ye... Mudah-mudahan nanti bila sayang dah betol paham, mama boleh tunjuk atau luahkan balik 😊😊.

******************
4 OGOS 2015
******************

Syukur ke Hadrat Illahi…
Anak yg aku kandungkan selama 9 bulan 8 hari,
Selamat dilahirkan hari ini, tarikh ini…
Selama engkau berada didalam kandunganku anak,
Engkau membesar dengan sihatnya…
Tendangan dan sentuhan engkau mama rasa…
Tiap hari tiap saat...
Sampai membuatkan mama tersenyum sendirian...

Syukur ke Hadrat Illahi,
Hari ini mama dapat mendengar tangisan kecilmu,
Tangisan dan suara yg sudah lama mama nantikan…
Segala pertarungan tadi terus mama lupa...
Hilang habis segala kesakitan, segala kelemahan dan sakit2 badan…
Engkau dapat mama peluk buat pertama kalinya…
Betapa bahagianya rasa hanya Allah SWT saja yg tahu…

Syukur ke Hadrat Illahi,
Engkau hadir menambah lagi seri rumahtangga papa dan mama,
Tangisan gelak ketawa engkau semuanya anugerah yang sangat tak
Ternilai harganya…
Amanah yang Allah SWT bagi pada papa dan mama…
InsyaAllah akan papa dan mama jaga elok-elok…
Sampaila ke akhir hayat kami…

Terima kasih untuk segalanya anakku…
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini…


Terima kasih 😍😘💗💗💗…

Wahhhhhh.....!!!! Tak sangka jugak semua ayat ni ada dalam kepala otak aku hehehe... Tapi betol wei... Once aku dah luah kat sini terus aku lupa semua. Ayat-ayat ni dah tak bermain dah dalam kepala otak aku ni.... Kalau tak kaaa.... Mau pening aku setiap masa dia duk legar dalam kepala otak ni saja... mehmeh...