Pages

Wednesday, 24 January 2024

ANEMIA SEMASA HAMIL? APA IBU PERLU BUAT?

Anemia atau hb low ni sering saja berlaku dikalangan para ibu yang sedang mengandung. Lagi membesar janin didalam perut, lagi lah para ibu akan kekurangan darah kerana badan ibu juga membekalkan darah kepada janin didalam badan.
Jadi jom kita tahu serba sedikit apa itu anemia, tanda-tandanya serta apa yang ibu-ibu sekalian perlu buat untuk mengatasi anemia ni. 
 
Aku tak mau kongsi sangat apa keburukan anemia pada ibu mengandung sebab takut ada ibu yang akan rasa takot dan sebagainya tambah-tambah untuk first mom. Sebabnya masa aku hamil anak pertama dulu, nurse bagitahu kalau hb low nanti boleh jadi pertumpahan darah la semasa melahirkan dan lain-lain kesan buruk pada ibu dan bayi. Jadi masa tu memang aku risau la sebab as a first mom memang aku tak ada pengalaman. 
 

APA ITU ANEMIA? 
Anemia semasa hamil akibat kekurangan zat besi akan terjadi apabila tubuh badan ibu mengalami kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi pula merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel-sel darah merah. 
 

APAKAH TANDA-TANDA ANEMIA? 
Antara tanda-tanda anemia semasa mengandung yang mudah dilihat adalah seperti kulit kelihatan pucat, cepat keletihan, sakit kepala dan pening, jantung mudah berdebar-debar serta sesak nafas. 
 
Berita baiknya, pengambilan makanan tinggi zat besi dan suplemen tambahan dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah yang lebih sihat! 
 

APA YANG IBU PERLU BUAT BILA ANEMIA? 
Ibu akan tahu samada ibu kekurangan darah (anemia) atau tidak semasa checkup diklinik. Setiap kali checkup nurse akan ambil darah dijari tangan untuk test. Nurse akan inform jika ibu ada anemia/hb low ataupun tidak. Kalau dapat detect yang ibu kurang darah, nurse akan bekalkan ibu dengan ubat tambah darah serta refer ibu kepada doctor untuk pemeriksaan lanjut. 
 
Ubat tambah darah ni penting untuk ibu ambil supaya ia dapat tampung keperluan darah dalam badan ibu dan bayi. Aku sarankan ibu ambil ubat tambah darah dengan air oren atau apa² air yang mengandungi Vitamin C sebab ia akan lebih efektif dari segi penyerapan zat besi. 
 
Selain itu, para ibu disarankan untuk makan makanan yang sihat tambah-tambah makanan yang mengandungi zat besi yang banyak seperti jambu batu, kurma, daging, kerang, hati, bayam, sayuran hijau gelap dan lain-lain lagi. Ibu boleh search di Mr Google untuk maklumat lanjut.
 
Anemia Boleh Minum Minuman Berkafein? 
Hb low boleh minum kopi tak atau minuman berkafein yang lain misalnya teh dan milo? 
 
Sebenarnya nurse/doctor tak sarankan untuk minum minuman yang berkafein ni tau. Tapi biasalah kalau dah nama hantu kopi macam aku, tahan macam mana pun mesti akan minum jugak. Tapi dalam kuantiti yang sedikit la. Bila dah betul² tak dapat tahan baru aku minum kopi itu pun dalam seteguk dua saja nak bagi lepas craving tu.  
 
Jadi boleh lah kan minum?  
Boleh. Tapi macam aku cakap ambillah dalam kuantiti yang sikit. Masa last checkup doktor siap tanya berapa kali minum seminggu. Aku pun bagitau la sebulan 2 kali nak bagi puas rasa saja. Nasiblah doktor tak beletiaq wei... 
 
Susu/Produk Tenusu  
Para ibu disarankan mengambil susu selepas lebih 2jam mengambil ubat tambah darah. Susu dengan ubat tambah darah tak boleh diambil dalam masa yang sama tau sebab nanti ubat tu jadi tak berkesan. Boleh minum cuma jarakkan masa pengambilan. 
 
Susu pun sangat penting untuk ibu dan bayi sebab ianya dapat membantu dalam pertumbuhan dan jugak sekaligus memberi kalsium kepada badan ibu dan bayi. 
 

UBAT TAMBAH DARAH UNTUK ANEMIA 
Ubat darah ada berbagai jenis yang macam ibu tengok kat slide gambar tu. Ada iron tablet, new obimin, maltofer, sangobion, zincofer dan lain².
 
Ubat tambah darah ni akan diberikan oleh nurse semasa checkup diklinik. ubat yang aku dapat masa mengandung kalini ialah zincofer. Aku nak cakap memang azab ye consume ubat ni sebabnya zincofer ni tinggi zat besi. Jadinya badan tak boleh nak tolerate. Bila makan tu dia akan buat rasa loya/mual, angin sampai muntah. Bila cakap kat nurse/doktor, diaorang akan bagitau yang memang banyak ibu yang tak boleh tolerate dengan zincofer ni.  
 
Apa solusinya? 
Lepas dah 4th checkup, aku adu lagi dekat nurse/doctor. Then lastly memang doctor tukar ke iberet sebab even zincofer yang tinggi zat besi tu pun, darah aku makin lama makin turun jugak. So memang dah tahap redha wei… aku punya lah bertahan dengan zincofer sampai kandungan aku dah 6 bulan. Tapi jangan pelik ye. Maybe dekat badan aku tak berkesan dan maybe berkesan pada ibu yang lain. Apapun just berbincang dengan nurse/doctor ibu sekalian. InshaaAllah mereka akan cuba bagi solusi pada ibu-ibu. 
 
Last but not least, anemia ni memang la ada kesan buruknya. Tapi janganlah ibu terlalu takot sampaikan mengganggu emosi ibu ye. Doa yang baik-baik. inshaaAllah yang datangnya baik-baik juga.
 
Semoga Allah permudahkan urusan kita yang tengah mengandung ni...
Amin.
 
#pregnancy #pregnancyjourney #pregnancytips #pregnant #baby #baby2023 #mylifejourney #anemia #lemon8sharing #lemon8Malaysia 

APA PERLU BUAT BILA DISAHKAN HAMIL?

Hi Bloggers! 
Long time no see hewhew ..

Okay for the first time ever tak tau la abad yang ke berapa baru aku nak update kat blog ni. 

Kat sini aku nak kongsi sedikit sebanyak apa yang hangpa perlu buat bila hangpa tau yang hangpa dah mengandung. 

1. URINE PREGNANCY TEST (UPT TEST) 
First thing first… bila rasa macam period tak datang seperti yang sepatutnya tu, hangpa bolehlah pi beli UPT test dekat farmasi. UPT test ni ialah alat ujian kehamilan yang membolehkan hangpa membuat ujian awal untuk kehamilan. So bila rasa dah ada tanda yang hangpa hamil, hangpa boleh test sendiri dulu untuk kepastian. 
 
2. PENGESAHAN DI KLINIK (KLINIK DESA / KESIHATAN / SWASTA) 
Bila UPT test menunjukkan 2 line maknanya yang hangpa hamil, hangpa bolehlah pi klinik berdekatan untuk pengesahan. 
 
Sebelum ke klinik kerajaan, hangpa boleh saja pi ke klinik swasta untuk scan. Ni untuk kes yang macam aku lah, yang tak pasti dengan tarikh last period. Jadi bila hangpa scan diklinik swasta, doctor akan bagitau berapa mingggu dah kehamilan kita tu. Lepas tu hangpa boleh bawak scan baby masa nak buka buku pink nanti. 
 
3. BUKA BUKU PINK 
Buka buku pink ni seeloknya dibuat sebelum kandungan berusia 12 minggu. Masa buka buku pink ni lah hangpa kena ingat bila tarikh last period hangpa. Ni untuk nurse kira la bila tarikh untuk beranak nanti.  
 
Boleh pergi ke klinik dulu untuk buat temujanji. Pada ibu yang dah punya sejarah kehamilan, bolehlah bawak sekali buku pink untuk rujukan klinik. 
 
4. VITAMIN & NUTRIEN 
Pengambilan asid folik semasa mengandung sangat lah penting untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan serta mengelakkan kecacatan bayi. Kalau appointment klinik untuk buka buku pink lambat, ibu boleh saja beli asid folik dimana-mana farmasi berdekatan. Nanti bila dah checkup, klinik juga akan memberikan ubat yang berkaitan misalnya ubat untuk tambah darah seperti zincofer, iberet, maltofer dan sebagainya untuk ibu yang hbnya low dll. Jangan risau sebab nurse/doktor akan bagi nasihat kepada ibu nanti. Boleh jugak tanya nurse/doktor untuk kepastian. 
 
5. PERSEDIAAN BARANG IBU DAN BAYI 
Jika sudah masuk 28 minggu kehamilan, ibu sudah boleh menyediakan kelengkapan barang ibu dan bayi terutamanya kelengkapan beg hospital. Boleh search checklist untuk kelengkapan hospital ibu dan bayi di Mr Google. Beg hospital ni bolehlah diletakkan siap2 didalam kereta supaya senang untuk digunakan in case of emergency. 
 
Eksaited kan nak beli barang bayi? 
Haaaa hangpa dah boleh start beli sikit demi sedikit dan pastikan beli barang yang perlu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. 
 
6. PERSEDIAAN SET BERPANTANG 
Set berpantang sudah banyak dipasaran sekarang ni antaranya set Nona Roguy, Miracle Naura, Tropical Herbs Post Natal Care dan lain-lain lagi. Hangpa boleh saja search set berpantang dishopee dan boleh membuat pilihan sendiri. Boleh juga tanya pendapat kawan-kawan dalam pemilihan set berpantang ni. 
 
* Bagi ibu yang ingin berpantang sendiri, hangpa bolehlah memilih untuk menggunakan khidmat Confinement Lady (CL). Ni untuk yang punya bajet lebih ye. Memilih untuk berpantang sendiri jugak okay. Cuma disarankan minta pertolongan suami atau keluarga terdekat untuk membantu menguruskan bayi atau kerja-kerja lain supaya ibu dapat rehat yang secukupnya semasa berpantang nanti. Rehat yang secukupnya perlu untuk membolehkan ibu berpantang sihat dengan cepat dan bahagian luka mengandung/jahit baik dengan cepat. 
 
7. JOIN KELAS ANTENATAL (BONUS SHARING) 
Bagi ibu yang punya bajet lebih, bolehlah jugak join kelas antenatal. Kelas ini merupakan sesi pembelajaran untuk membantu bakal ibubapa bersedia menghadapi alam keibubapaan, persediaan semasa mengandung dan selepas bersalin. 
 
Yang ni aku tak boleh nak share banyak sebab aku tak join pun. Macam aku cakap bergantung pada bajet masing-masing. Ada bajet lebih boleh join, kalau takda boleh saja search Mr Google atau boleh bertanyakan kepada orang-orang yang sudah berpengalaman. 
 
Aku harap sharing ni sedikit sebanyak membantu kepada bakal ibu dan bapa.

Semoga bermanfaat. 

#pregnancy #pregnancyjourney #pregnancytips #pregnant #baby #baby2023 #mylifejourney #lemon8sharing #lemon8Malaysia