Pages

Thursday, 7 April 2016

Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan dan Ke Atas

Baby mommies dah dekat 6 bulan? Atau sudah umur 6 bulan...? Haaa mesti excited sebab baby dah boleh start makan hehehe... Aku pun excited sangat... Bila baby dah dekat nak sampai umur 6 bulan ni, start la ke Mr. Google search tu search ni nak tau apa yang bole baby makan dan apa yang baby tak boleh makan lagi. Bukan saja setakat search kat Mr. Google, kat officemate pun ada tanya jugak. Tanya ni tanya tu nasib baik la dia ok and suka share hehehe...

Ok now kita terus tengok resepi puri buah-buahan dan sayur-sayuran. Harus diingat ye mommies sekalian, makanan pertama baby mestilah dalam bentuk cecair supaya senang untuk bayi telan. Boleh klik gambar atau tengok description untuk tengok cara-cara membuat puri.

 1) Puri Epal


2) Puri Pir


3) Puri Lobak Merah/Carrot


4) Puri Pisang


5) Puri Keledek


6) Puri Kentang

Untuk puri kentang ni kena ambil dalam kuantiti yang sikit. Kalo banyak takot puri jadi pahit. Jadi selepas kukus, rasa dulu kentang takot ada yang tak sedap rasanya.

7) Puri Brokoli


8) Puri Labu

Cara membuat:
1- Ambilkan suku labu dan buangkan kulit dan bijinya.
2- Selepas itu, cuci bersih buah itu dan potong dadu.
3- Rebuskan atau stimkan labu sehingga empuk dan toskan airnya.
4- Biarkan seketika sehingga kurang panas.
5- Akhir sekali, kisar sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.
Puri ni jugak disukai oleh baby sebab manis. Aku pun suka :P

9) Puri Buah Naga

Cara membuat:
1- Ambil suku buah naga dan buang kulitnya. Nak banyak pun bole ikot mana mommies suka.
2- Blend buah naga dengan air masak atau susu ibu sehingga halus. 
3- Tapiskan buah naga tersebut sebab nak asingkan biji buah naga.
4- Tuangkan puri buah naga kedalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge.

Mommies bole campur susu atau air masak kedalam puri. Lepas tu simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam fridge. Pastikan mommies simpan dalam bekas tertutup bagi memastikan makanan baby kita tak dihinggapi oleh bakteria dan sebagainya. 

Jika nak bagi makan pada baby, mommies bole keluarkan puri dan letak dalam bekas yang BPA Free. Selepas tu, rendam dengan air panas. Sedia untuk dihidangkan :)

Jadual Pemakanan - 4 Days Rules


Awal pemakanan selalunya mommies akan ikot 4 Days Rules, macam jadual diatas. Apa 4 Days Rules ni??? Haaaa 4 Days Rules ni kita bagi baby makan satu-satu puri tu selama 4 hari berturut-turut. Sebab apa? Sebab nak tengok baby kita ok tak dengan makanan tu, ada alergi ke tak, mudah hadam ke tak, ada sembelit ke tak dan sebagainya. Tulah pentingnya 4 Days Rules ni.

Kebanyakkan mommies akan bagi Puri Epal dulu dekat baby. InsyaAllah baby akan suka sebab epal kan ada rasa manisnya. Cuba la sampai 4 hari. Lepas 4 hari bole bagi Puri lain seperti Puri Pir atau Puri Carrot selama 4 hari jugak. Seterusnya mommies bole campur Puri Epal dan Puri Pir. Kalo baby ok teruskan bagi baby puri yang lain pulak.

Tambahan pula, bila baby dah makan ni mommies kena la bagi baby minum air masak banyak. Ni sebab kita tak mau nanti najis baby keras atau baby sembelit. Kesian nanti sakit kita pun sedih. Untuk pengetahuan mommies, bila dah makan ni najis baby pun akan lain la sikit awal-awal tu. But, it's normal. Don't worry ok.

InsyaAllah, mudah-mudahan baby kita membesar dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat 😊.

Masak dari hati masak dengan penuh kasih sayang 💗.

Selamat mencuba mommies 😊.

Harap info ni bermanfaat untuk semua mommies or mommy to be.
Credit Photo: GOOGLE