Kalau nak diikotkan, aku memang agak agak ketinggalan zaman. Sebabnya kan... orang lain dah beriya iya buat puding roti ni entah zaman bila mana lagi tah... tapiiii aku baru nak start buat... hahahah confirm ketinggalan. Tapi kalau fikir fikir lagi kan, aku mana ada oven dulu. Ada pun tak boleh nak guna dah sebab pintu oven tak rapat. Ikotkan memang aku teringin nak cuba and masak macam macam. Sekarang baru ada rezekiii....
Nak dijadikan cerita... aku tengok IG Story Cik Epal. Hari hari orang duk update pasal buat puding roti dari resepi dia yang sememangnya mengiurkan. Dah la bulan puasa kan.. sapa laa yang tak tergugat imannya bila tengok makanan sedap macam tu. Jadi tanpa banyak cerita aku pun tengok resepinya... halah halahhh senang rupanya nak buat puding roti ni tau dak... okayla jom kita terus zoom in ke resepinya yee....
PUDING ROTI SOS KASTARD
Yang kat bawah ni bahan bahan untuk buat puding roti.
1 paket roti gardiner (13 keping roti)
1 pek Kismis
3 cawan susu segar *
4 sudu besar gula *
2 sudu besar mentega *
2 biji telor *
1 sudu teh esen vanila *
Nak buatnya senang sajaaa... hampa campur semua yang bertanda * dalam besen. Pastu gaul sebati.
Dah sebati, hampa carik carikkan roti dan masukkan roti kedalam besen tadi.
Tekan kan roti tu supaya bercampur dengan susu. Biarkan seketika biar roti resapkan susu tu.
Sementara tu, hampa bakar oven dulu pada suhu 200C selama 30 minit.
Adunan roti tu bolehlah hampa pindahkan kedalam loyang. Pastu taburkan kismis.
Bakar adunan pada suhu 200C selama 50 minit. Guna api atas bawah.
SOS KASTARD
1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
Nak buat sos kastard ni pun senang jugak. Hampa campur semua bahan dan masak atas api perlahan.
Hampa kena selalu kacau sos ni supaya bahagian bawah tak hangit.
Kacau jangan sampai pekat sangat. Agak agak nampak dah mula pekat tu dah boleh tutup api dah. Sebab apa tak boleh pekat sangat? Sebabnya nanti nak simpan sos ni dalam peti ais dia akan jadi pekat lagi.
Haaa macam dalam gambar kat atas ni. Bila nampak dah mula pekat hampa dah boleh tutup api okay. Lepas dah sejuk sikit boleh lah simpan sos kastard ni dalam peti ais. Puding roti ni lagi best makan bila sos dia sejuk. Tak sejuk pun best... cuma kalau sejuk, masyaaAllah macam heaven rasa bila makan lalu kot tekak 🥰.
Tadaaaa.... inilah hasilnya lepas tunggu selama 50 minit. Puding dia serius lembut je.
Sedia untuk dihidangkan.... ngaaappp lah dengan lemah lembut yeeerrr... Sedap sangat nanti tak ingat dunia pulak 😜😋...
Selamat mencuba... happy #berpudingroti semua 😜.