Pages

Monday 26 November 2012

Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung!!

Harini hari yang paling excited buat aku. Bangun awal-awal pagi and cepat-cepat bersiap sebab harini hari temuduga aku di Sudong Sdn Bhd. Yeayyy!!! Finally dapat call dari company setelah 3 bulan duduk goyang kaki after tamat study. Aku apply kerja dekat sini as Programmer, recommended by my friend Azri. So, aku pun cuba la nasib mana tau kalau-kalau ada rezeki. Ada rezeki dapat lah. Bak kata orang. kalau dah rezeki tak kemana hehe 😊😊😊.

Paknjang aku yang tolong hantarkan aku harini. Punya la kami pusing-pusing area Klang Lama ni. Rupanya Sudong ni terletaknya dalam Centro Mall. Punya lah duk pusing berkali-kali area sini saja. Hoihhh... letih mencari... Nasib lah awal lagi. Kalau tak lagi panik aku sebab lambat kan...

Ok nin dia Centro Mall 👇👇👇...


Intro for Sudong Sdn Bhd. Company ni merupakan sub-company for SingTel (Singapore Telecommunications). Company ni kebanyakkanya hired staff for Customer Services daripada dalam dan luar negara. Bila cakap pasai hired staff dari luar negara tu sure lah Negros pun included jugak. Memang majoriti yang kerja disini adalah Negros, Indians, Chinese. Melayu aku tengok berapa kerat saja...


Sampai je kat Centro Mall, kawan aku Azri mai ambik (jemput) aku and bawak aku ke tingkat atas dimana Sudong berada. Office tu kat tingkat 8. Sampai ja Azri pun tunjuk kat aku tu la penemuduganya. Azri suruh aku tunggu dulu, nanti dia (penemuduga) tu mai katanya. Aku pun yang macam haaa okay bla bla blaaa, tunggu je la dulu. Dengan jantung yang mula berdebar-debar dan makin lama aku rasa jantung aku macam tak dak dah dengan aku (macam dah jatuh lari kemana tah) pun bhahaha 😁😁... Ketaq tahap kronik dah niiiii..... Yala ni kan first interview aku kan... walaupun luaran nampak tenang, tapi dalaman tu hoihhh memang ketaq tahap gaban dah...

Penemuduga tu mai kat aku and bagi aku form untuk diisi. Ada banyak jugak lah soalan nak kena jawab huhu. All in English. Dah la aku tak terer English. Sebab tak asah sangat otak ni kan. Tu la pasainya haha 😝😝... Dalam duk tengah jawab soalan test tiba-tiba penemuduga tadi tu datang balik. Ok sekarang dia mai dengan collegue dia. Rupanya sorang lagi tu dari HR. So nak senang cerita aku gelarkan sorang PENEMUDUGA MUKA TAK SENYUM (MTS) dengan penemuduga HR okay hehe. Ok... Jadi dah jadi dua orang penemuduga pulak dah... Lagi la bertambah ketaq tahap gaban huhhhhhuuhuhuhuhu... But ketaq tu yang still ok la sebab kedua-dua penemuduga ni Melayu hehe...

Temuduga nak start dah ni.... kata penemuduga HR tu... sooo aku pun dengan ketaqnya try lah untuk get ready...

"Introduce about Yourself"... Ayat ni keluar dari mulut Penemuduga HR. PENEMUDUGA MTS tu perhatikan aku saja. So bila interviewer suruh kenalkan diri ni, teringatlah aku time belajar kat university dulu. So aku prepare lah sikit ayat-ayatnya.... Teringat jugak masa belajar dulu dengan aku sendiri dah prepare sikit. Yelah fresh grad baru nak interview, macam ni lah gayanya... nerd sangat hehe... Start la aku dengan "My name is...... blablablabla..... huhu gagap jugak la nak menjawabnya sebab aku punya speaking takda lah smooth sangat. PENEMUDUGA MTS tu kan kan, dari tadi dengan muka dia yang serious, diam je dengar apa aku cakap. Dia perhatikan saja. Bila penemuduga HR tanya dia just jawab sepatah sepatah. Tak banyak sangat dia cakap or tanya aku. Perhati ja banyak. So time ni lah aku boleh terbayang macam mana lah kalau aku dapat kerja nanti. Dahla kerja under dia, mesti serious jeeee.... Terok aku nanti huhuhu 😟😟...

1st step interview dah habis. Tapi ada pulak 2nd interview iaitu kena buat coding. Aaahhh sudah...! basic programming aku memang kelaut jugak tau..... Haaa gelabah mula dahhh ni. 

PENEMUDUGA MTS: "Buat simple code je guna PHP dengan MySQL. Awak buat simple Login page", katanya. 
AKU: "Makkkk"..... Jerit hati kecil aku 😖😖...Ingat aku terer sangat ka huhu...  Aku pun dengan payahnya start la buat... Mau 2,3 jam jugak nak siapkan sebab memang sangkut masa buat coding tu huhu... 
PENEMUDUGA MTS: Dia tanya aku "Sangkut kat mana?"
AKU: Aku cakap ni ada error tak bole nak send data apa. Dia senyum jaa... Eh boleh senyum rupanyaa... Eh manis pulak dia senyum... Eh eh....😝😜😛... Hilang terus muka yang serious tadi tuu kikiki 😆😆...

PENEMUDUGA MTS: "Dia cakap senang saja, meh dia tunjukkan. Dia pun start buat. Tolong betulkan error tu ha.... 
AKU: "Perghhhhhh!!!!! Aku dah kagum. Sat ja wei dia buat tak dan sampai berapa minit dengan guna simple code. Dah bole run login page tu. Huhu pandai pulak mamat ni" hati aku berkata-kata. Aku pun berharap yang dia akan jadi Sifu Programming aku hehe... Berangan jap 😝😜😛. Tu la kan... tadi masa interview 1st cakap dia serius la apa la... jenuh la kalau kerja under dia sebab muka serius bla bla bla.... Now nak dia jadi sifu programming pulak... haha entah apa-apa ja kan... apa yang hati mau pun tak tau lah hahaha 😝😜😛. 

Okay... Dah habis interview!!! Fuhhh leganyaaaaaa..... PENEMUDUGA MTS tu cakap kat aku "tunggu saja result nanti. Dia nak kena inform bos dia kat Singapore dulu". Ha tak kisah lah. Asalkan aku dah lalui 1st interview. Betol-betol lega rasanyaa... Macam yang aku cakap awal-awal tadi. Dapat tak dapat lain cerita. Rezeki ada dimana-mana. Janji ada la pengalaman ber-interview jugak kan hehe 😊...  

Bab PENEMUDUGA MTS ni, at 1st sampailah time dia nak tolong aku tu, time tu lah baru dia senyum. Rasanya sebab dia tengok aku sangkut benda yang simple je kot. Kalau cara aku tengok dia setelkan masalah coding aku tu, aku memang boleh agak dia memang terer. Rasanya sebab tu la dia tersenyum. Tapi masa dia senyum tu memang manis. Manihhhh orangnya hahahaha... aishhhh kelain pulak aku niiii hahahaha 😝😜😛.

Pesanan untuk hampa yang fresh grad. Kalau jumpa PENEMUDUGA yang tak senyum ni, jangan fikir macam-macam. Sebab kita tak kenal lagi kan depa macam mana. Jangan jadi macam aku, awal-awal dah pikir macam-macam kat orang tu haha.... apoooo la kau.....