Pages

Wednesday 30 August 2017

Chocolate Chip Cookies aka Famous Amos yang Sedap & Rapuh!

Sudah lama sebenarnya Ras memendam rasa nak cuba bake cookies ni... Tapi disebabkan lampu oven yang kejap okay kejap tak okey, kejap nyala dan kejap tak nyala... Ras pun terus kuburkan perasaan nak membakar la... Bukan apa takot oven kejap on off macam tu, nanti rosak pulak bahan-bahan kan... Kang dah tak jadi pulak cookies ni nanti. Yelaaa oven ni pun Ras tak tau lah dah berapa umurnya... Mentua yang bagi hehe... Nak tunggu beli sendiri.... hmmmm.... bole tunggu jelah hahahahaha...


Habis bilanya dah baked cookies ni??? Haaaa.... jangan tak tau... Tetiba perasaan Ras berkobar-kobar nak memg-cookies... betol-betol lepas beberapa hari habis pantang bhahaha... Nampak tak teringin sangat tu macam mana... Pantang anak kedua ni pun Ras pantang kat Ipoh, rumah mentua... Tengok bahan-bahan buat cookies dah cukup, cuma kena tambah choc chip dan badam saja... Apalagi............ Ras suruh Mr AJ pergi kedai lah beli... On the sport Ras sediakan bahan dan buat petang tu jugak... Keinginan tu lagi tinggi disebabkan baru habis pantang kan... Kebulur kemain macam tak pernah makan bhahaha 😂😂...

Ikotkan boleh saja beli... Tapi nak beli kat Famous Amos??? Mahai wei....... Dengan berapa bijik saja boleh telan... Macam orang kata, "Kunyah Celah Gigi Saja"... haha... Dahla Ras ni jenis kuat makan... Memang tak cukup takat berapa bijik tu... Kesudahannya, kita buat sendiri. Dapat banyak bijik dan kita pun puas hati.

Kalau tanya pendapat Ras, cookies ni memang sedap... InsyaAllah setanding dengan cookies mahai Famous Amos tu... Rasanya ada dan sangat-sangat rapuh... macam mencair dalam mulut... Kalau hangpa pun suka cookies Famous Amos, tak ada salahnya hangpa mencuba resepi ni... Aci kerat jari hangpa akan berpuas hati... Boleh jugak dijamu dekat keluarga, saudara mara dan juga jiran tetangga yang hadir kerumah...


Cookies ni keluar saja dari oven, Mr AJ lah orang pertama merasa... Lepas tu dari jelingan Ras, Ras nampak Mr AJ bagi pada Ayah... hehehe... Tersenyum geli dalam hati melihat feedback masing-masing... Family suka Kita pun suka Lahir keluarga bahagia ye tak.... hehehe... 

Ternyataaaa..... Pak Mentua Ras suka... Kebetulan Pak Mentua kerja petang, siap dia bawak cookies ni as bekalan. Mak dan adik-adik pun suka... Teringat lagi pertama kali Ras bake cookies ni, Ras bake sikit saja. Petang tu mencari jugak at least boleh buat minum petang... Tapiiii...... tak jumpa bekas cookies ni... Ras assume cookies dah habis lah... Last-last Mak Mentua cakap "Adik Lan bawak masuk cookies dalam bilik".... hahaha lagi lah geli hati.... Ni mesti kes takot habis takdan makan...

Keesokan harinya Mak cakap lagi "Ayah kata awat bagi cookies sikit sangat"... Haaa nampak tak penangannya tuu??? bhahahahahaha (gelak panjang kau 😝)... Last-last Ras bake cookies ni kali kedua... Kali ni Ras double kan adunan. Tambah pula Ras buat lebih untuk sambut Birthday My Little Princess Aisyah heheh... Dengan pikirkan family pun suka makan... Semangat buat kau hehe....

Okaylah... Jom kita tengok resepi cookies dibawah ni...

CHOCOLATE CHIP COOKIES aka FAMOUS AMOS
Resepi Asal: Azie Kitchen

--------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN A
--------------------------------------------------
1/4 cawan Gula Kastor
1/2 cawan Gula Perang
1/2 cawan Mentega (+-75gm)
1 biji Telor Gred B 
1/4 sk Garam
1/2 sb Susu Segar @ Susu Tepung
1/2 sk Esen Vanilla

--------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN B
--------------------------------------------------
2 cawan Tepung Gandum (diayak)
1 sb Serbuk Koko (diayak)
1sb Tepung Jagung (diayak)
1/2 sk Soda Bikarbonat
1/2 sk Jus Lemon
1/2 cawan Walnut Cincang / Almond Nib / Biji Bunga Matahari
1 cawan Semi Sweet Chocolate Chips

--------------------------------------------------
CARA-CARA
--------------------------------------------------
1) Satukan kesemua BAHAN A kedalam mangkuk besar sehingga sebati dengan menggunakan WHISK.




2) Ayakkan Tepung Gandum bersama Serbuk Koko, Tepung Jagung, Soda Bikarbonat & Jus Lemon.



3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Lepas tu, masukkan Walnut Cincang / Almond Nib / Biji Bunga Matahari & Chocolate Chips.

  (Adunan campur Badam & Choc Chips)

(Adunan campur Choc Chips sahaja)

4) Adunan lembik dan nampak sedikit berair. Boleh terus bakar ATAUPUN masukkan adunan kedalam fridge selama 30 minit. Tujuannya ialah untuk menghasilkan cookies yang cantik dan tak terlalu leper.

5) Sudukan adunan kedalam loyang. Jarak-jarakkan adunan sebab nanti adunan akan mengembang.  Loyang tak perlu disapu mentega.

Jika mahukan cookies yang besar, boleh letakkan adunan yang banyak. Jika mahukan cookies yang comei-comei, boleh letakkan sedikit sahaja adunan.




5) Bakar adunan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C. Bakar adunan selama 15-20 minit.



(Masa ni kita kena tengok oven kita okaayy sebab oven kecik atau besar, panas dan masa membakar tu lain-lain. Ras panaskan oven selama 160C. Lepastu Ras turunkan suhu dari 160C ke 150C dan bakar adunan selama 15 minit sahaja. Terlebih bakar nak hangus cookies Ras haha...)

6) Angkat cookies dan sejukkan. Sedia untuk NGAPPP NGAPPPP hahaha.......................... 

Ada satu tips kat hangpa... Kalau nak cookies yang tak terlalu rapuh, hangpa kena tambahkan lagi tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan. Tapi bagi Ras biarlah cookies tu rapuh, sebab sedap sangat time makan samada masa suam-suam panas ataupun masa dah sejuk...