Pages

Wednesday 27 March 2019

Brownies Kedut Kurang Manis


Dah berminggu aku fikir nak buat brownies ni. Tapi disebabkan kemalasan melanda, dengan mentua aku masuk hospital lagi, aku tangguhkan saja niat aku. Dah pulak mengadap ragam anak hari hari... memang tak jadi lah brownies nya... berangan saja dulu boleh haha... Pastu dah macam mana boleh jadi pulak brownies ni kan? Sebabnya macam ni... Azrul dah nak balik Shah Alam minggu ni... aku siap cakap "macam nak buat brownies, nak makan tak?". Dia pun "haaaa okay jugak tu"... haaaa as usual... dia memang tak kisah pun aku masak apa apa... sdia support ja...

So aku pun set mind aku petang ni mesti kena buat brownies... kejap saja nak buat pun. Duk kejap tu aku pun terus buat la... satu sebab memang aku nak makan... satu sebab lagi boleh bekalkan Azrul bila balik kerja nanti... satu sebab lagi nak jamu family aku... ehhhh dah berapa banyak sebab daaaa...

Tanpa berfikir panjang, aku terus search resepi brownies kedut. Disebabkan brownies kedut ni dah viral, kejadiannya pun cantik. Lagipun aku pernah buat dah brownies ni dulu tapi aku pun tak ingat mana dah aku letak gambarnya... banyak sangat resepi dan gambar yang aku peram... haaa nampak tak kemalasan yang menggunung tu haha.

Okay jom tengok terus resepinya... untuk pengetahuan hampa, aku memang aku kurangkan gula daripada resepi asal tau. Sebab aku memang sejenis yang tak suka manis manis sangat. Kalau resepi asal 3/4 cawan gula, aku akan kurang kan ke half cawan atau aku kurangkan lagi daripada half cawan. Kalau hampa jenis yang nak manis, hampa boleh tambah gula lagi okay....


RESEPI BROWNIES KEDUT
400g coklat masakan / coklat compaund - dark coklat
150g unsalted butter
50g gula perang
40g gula kastor
4 bj telor gred A
1 sk esen vanila
100g tepung naik sendiri / tepung gandum + 1sk baking powder
15g serbuk koko

1. Coklat masakan dipotong kecil. Satukan coklat masakan dan butter. Masak dengan gunakan kaedah double boiler hingga coklat dan butter cair dan sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan gula perang, gula kastor, telor dan esen vanila. Kacau sebati dengan menggunakan whisk sahaja.
3. Dalam bekas lain pula, satukan tepung dan serbuk koko. Ayakkan.
4. Tuangkan adunan gula dan telor kedalam coklat masakan. Gaulkan.
5. Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang sudah dioleskan dengan butter.
7. Oven dipanaskan 15 minit awalterlebih dahulu pada suhu 160C. Bakar adunan selama 30 minit ikut kepanasan oven masing masing.
8. Bila dah masak, biarkan brownies didalam oven dengan pintu oven terbuka selama 15 minit.


Bila dah sejuk, bolehlah potong brownies dan sedia untuk dinikmati.

Hoyey hoyey... tengok gambar pun terliur oiii...


Untuk pengetahuan hampa, kalau nak hasilkan brownies yang sedap, boleh gunakan coklat masakan dan serbuk koko yang bermutu tinggi... inshaAllah konfirm tidur termimpi mimpi cia cia cia....

Tengok sat saja dah nak habis.... sedap baqhanggg hahaha