Pages

Monday, 31 December 2012

Hidup Sebagai Pelajar Universiti

Cikgu-cikgu aku selalu duk cerita pasai student life depa masa kat sekolah dulu... Cabarannya macam mana bila jadi student kat universiti, kehidupannya pulak macam mana, duit cukup ka tak dan sebagainya lah... Ada seorang cikgu aku ni dia cerita pasai dia dulu memang takdak duit sangat masa kat universiti... Jadi memang dia bajet gila-gila sampai dia jumpa seorang kawan yang baik. Kawan yang tolong dia dari segi duit... Memang tak berkira agaknya kawan dia ni sebab sampai cikgu aku harap ada dikalangan kami yang akan dapat kawan macam ni jugak... Sebab memang payah sebenarnya nak jumpa kawan yang macam ni...

Pastu ada jugak cikgu cerita macam mana bezanya dengan cara kat sekolah dan kat sana... Rasanya macam mana bila jauh dari rumah dan dari family... Tak ada lah depa cerita details sangat... Tapiii cukup sekadar untuk memberi inspirasi kat kami ni semua hehe...


Memang excited bila dengar pengalaman-pengalaman orang... Sebenarnya.. bila kita sendiri dah rasa dan laluinya... Haaa perasaannya tu memang lah lain... Tambahan pula, bila dah jadi student yang merantau ni... Kalau tak ada benda-benda kat bawah ni memang lah susah sikit... Still boleh survive just payah susah perih saja...

Apa benda-benda yang perlu ada tu....?? Tapi benda-benda ni bagi akulah yeee hehe... Mungkin benda-benda ni berbeza pulak bagi hangpa. Yang aku cerita ni dari pengalaman aku saja masa aku study dulu...

**********
DUIT
**********
Nii benda pertama yang tersangat penting. Bila dah ditempat lain, jauh dari rumah dan tambahan pulak di bandar kan... Sangat-sangat lah perlukan duit yang banyak untuk survive... AKU??? Habuk pun takdak waaahahaaaa..... Sebab aku memang takda saving dari kecik... Tabung kecemasan pun takdak soooo bayangkanlah macam mana yee... Aku ni harap 100% kat PTPTN saja... Duit tambahan lain memang takdak... Kalau ada sedara yang bagi, adalah sikit... Lain memang fully support dari PTPTN saja... Gila-gila survival kot...

Aku ingat lagi masa awal-awal semester aku nak kena beli laptop sebab senang nak buat kerja kat hostel dan sebagainya... Tengah-tengah malam atau pepagi pun still boleh buat kerja kan... Kalau takdak laptop nak kena pergi library dan sebagainya... Agak leceh lah sebenarnyaaa.... Had masa lagi pastu keadaan yang sangat sunyi... Aku ni jenis yang tak boleh buat kerja atau study dalam keadaan yang sunyi-sunyi... Nanti aku bosan hahahah πŸ˜†πŸ˜‚....

Selain itu, duit penting untuk beli makanan dan minuman... Fuhhhh.... bab makan minum ni tak payah cakap apa lah... Stok mau kena ada jugak sikit-sikit buat makan masa tengah study... Kalau tak memang kelaparan lah.... Taapii awal-awal semester dan nak dekat hujung-hujung semester memang bajet gila-gila lah.... Sampai gastrik aku huhu...

*********************
KAWAN-KAWAN
*********************
At 1st aku pikir ada kawan takpa tak ada kawan sangat pun takpa... Sebab aku tak kisah pun nak pi mana sorang-sorang... Aku boleh saja pi makan kat kedai sorang-sorang... Tak rasa langsung macam loser. Yang aku tau aku boleh berdikari sendiri...

Tapi bila pikir balik... Kawan-kawan pun penting jugak... Nanti nak study nak buat assignment sama-sama... Jadi okaylah... Buang terus jauh-jauh nak sendirian tuuu haha.... Bab nak makan sendiri tu takpa... Tapi bab nak study nak buat assignment sure kena ada kawan... hehe...

Dan yang paling best... aku salah seorang yang bertuah macam cikgu aku... Aku dapat kawan yang perasan dalam diam-diam yang aku ni tak banyak duit... Kan aku cakap yang bab duit aku memang habuk pun takdak... Memang bajet gila-gila lah kan sampai ikat perot dan sebagainya... Sebab tuu aku dapat gastrik...

Jadi disebabkan dari situ kawan aku perasan.... Sampai kekadang dialah duk ajak aku pergi makan dengan dia sekali... Malu jugak tau sebab selalu sangat dia duk belanja aku... Sampai lah dia cakap dia perasan aku bajet macam mana... Soo tang tu memang dah pecah lubang dah yang aku ni memang habuk lah bab-bab duit niiii....

Lagi aku teringat masa aku 1st semester... Sama jugak aku bajet sampai ada housemate aku ajak makan sekali dia... Yang paling aku terharu dia ni muda daripada aku...

Jadiii... memang aku bersyukur sangat-sangat... Walaupun aku memang habuk bab-bab duit ni tapi Allah hantarkan aku seseorang untuk tolong aku... Kalau aku nak mintak tolong atau nak bagitau pasal aku ni memang tak lah... Tapi dah depa perasan......... yang tu aku tak boleh nak buat apa lah hewhew...

****************
KELUARGA
****************
Aku sebenarnya tak kisah sangat jauh-jauh dengan family nii... Takda lah nak "homesick" sangat... Macam aku ada cakap yang aku dah biasa stay jauh-jauh dengan family aku... Tambah-tambah lepas mak ayah aku bercerai... Rindu tuu memang ada... Tapi pendam sajalah huhu....

Yang paling aku tak tahan ialah tengok family orang lain.... Tiap-tiap hari kot depa call anak-anak depa tanya khabar dan sebagainya.... Yang ni memang aku betul-betul terasa dan memang envy gila lah... Sebab aku tak dapat rasa yang ni πŸ˜’πŸ˜’...

Haaaa okaylahhh.... kalau nak diikotkan banyak lagi nak cerita... Tapi pada aku yang tiga-tiga faktor kat atas yang paling penting dan buatkan hidup aku agak mencabar dan tercabar lah as student... Tapi tak apa... Semuanya dugaan... Yakin saja... Akan ada pertolongan yang datang macam mana aku dapat tu... Allah tolong πŸ˜‰....

Tuesday, 18 December 2012

Hari Konvokesyen Aku | Takda Sorang Pun Family Aku Yang Datang... Hanya Si Dia

Seperti pelajar-pelajar lain, aku pun teringin family aku datang sini... Datang Shah Alam supaya dapat tengok istiadat konvokesyen aku... Dapat tengok aku terima ijazah walaupun result aku tak adalah superb sangat ... Dapat result ni memang main-main ja banyak😁😁😁😁... Tapi memang teringin... Dapat sambut hari bersejarah sekali dengan family kan. Family yang paling aku teringin ada disisi aku masa ni ialah Mak aku. Mak aku yang suruh aku belajaq rajin² dan masuk universiti. Aku tak pernah lupa apa yang dia pesan ni sebab pesanan dia bukan melalui percakapan. Tapi melalui surat. Surat tu pun aku sendiri yang jumpa. Bukan mak aku yang bagi kat tangan aku sendiri. Dann... mak aku taktau pun yang aku jumpa surat tu... Apapun aku tau... bukan senang mak aku nak mai Shah Alam ni ha.... jauhhh... dan perlukan bajet.... Aku pun tak berapa ada bajet nak bagi mak aku mai sini... Jadii redha sajalah.. So dari awal-awal lagi aku dah set kan mind aku supaya nanti aku tak lah sedih sangat... Lagipun aku dah biasa duduk jauh-jauh dari family aku kan... So, it is not a big deal. But eventhough.... I am still felt sad and a bit lonely when I saw others with their family... kawan² ku yang lain semua ada family datang teman.... wahahahahaha 😭😭😭😭😭😭😭..... sedihh baqhang...................

Tapi tulah... aku still tak keseorangan. Dalam keadaan macam ni, aku ditemani oleh seseorang... Seseorang yang sanggup ambik cuti semata-mata nak tengok aku konvo bila dia tau takdak sapa pun mai tengok aku huhu... Sweeeettttt sangatttt tau 😘😘😘. Tu yang hati aku terjatuh sikit untuk si dia ni... si dia yang bernama Muhammad Azrul Jamil, my officemate.

Eh cop cop πŸ–πŸ–πŸ–πŸ–...
Azrul Jamil?
Macam kenal jeee kan nama tuuu?
Haah dia la weiii...
Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung!! tu haaaaa hahahaha...... (haaa gelak besaq aku 🀣).
Wellllllll...... it is really an unexpected journey.... dari seseorang yang temuduga aku untuk my 1st job. Peneman makan di tempat kerja. Now jadi peneman masa aku konvo pulak
....... hmmmm πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”πŸ€”...... boleh pikir tak? hehe.... okay abaikan jap yang kes ni okayyy....

Jom aku nak cerita dari awal sampai lah habis hari konvo aku niii πŸ˜€...

-----------------------------------------------------------------------------------------
KRONOLOGI SEBELUM, SEMASA & SELEPAS ISTIADAT KONVO
-----------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan hari ni hari special aku... So of course la aku bangun awal. Nak siap-siap, make up bagai dan pakai baju lawa... Baju kaler pink lagi aku pakai time ni... Ok lah tuu kan... dah nama pun gugirl kan heheh 😝😝... dan baju ni aku pinjam kat adik Lin aku  bhahaha πŸ˜†.  Dari pagi-pagi lagi si dia dah tercegat dengan aku kat sini. Kat depan kedai gambaq untuk ambik kereta sewa. Awal-awal memang aku dah book kereta dekat sorang mamat ni. Time ni sewa kereta semata-mata nak bawak Jessica dan mak dia jugak. Jess mintak aku jadi driver dan bawak depa sekali la pergi konvo dan pergi tangkap-tangkap gambar nanti. Oh btw Jess ni orang Sarawak. Sebab tu dia mintakkan aku bawak dia dengan mak dia jalan-jalan nanti.. dah mak dia pun bukan senag-senang nak datang sini.

Dah janji pukul sekian ada kat sini kat depan kedai gambaq ni, si mamat ni boleh lambat pulak... Dahlah nak kejar masa lagi sebab nak sampai dewan awal kan... Nanti bersesak-sesak pulak dengan orang lain. Dengan Jess and mak dia tunggu aku kat hotel One World lagi... Aku ni bukan boleh hadapi situasi macam ni... Nanti aku jadi panik semacam.... yelaaa... nak kejar masa ke dewan lagi.... nak ambik Jess lagi.... fuhhh time ni memang panik semacam dah... terkinja-kinja bagai... haha lantak lah Azrul nampak perngai aku time ni.... Tak habis-habis dia tenangkan aku tau...

Tungu punya tunggu ehhhhh tak sampai lagi mamat ni... Memang dasar berjanji betui.... iskhhhh..... Dengan Linda call cakap nak kena sampai awal kat sana... Lagi lah terkinja-kinja aku tu menjadi-jadi bhahaha πŸ˜‚πŸ˜‚... Bila teringat balik memang melucukan. Last-last Jess cakap dia dengan mak dia ambik teksi dulu. Kesian Jess dengan mak dia. Pastu tak lama tu barulah si mamat ni sampai... Eeeiii macam nak pelempang saja. Orang dah lambat nih tau dak....

Ok sampai saja kat tempat letak kereta selepas bersesak-sesak tadi, terus aku rushing jalan ke dewan. Serius tajut lambat time ni. Pastu aku jumpa kawan aku Naa Farhaina dengan family dia. Fuuhhhh legaaa... tak lah lambat sangat... sempat lagi nak betulkan apa yang patut. Tengok mak Naa tengah betul-betulkan topi dia. Aku dengan tak pakai topi dan jubah lagi tu kalut-kalut jugak lah pakai... Terharunyaaa aku time niiii... Naa dengan mak dia tolong betulkan topi untuk aku... Time ni terasa dalam hati... "Kan best kalau mak aku ada, mesti mak aku akan betulkan untuk aku huhu...". Huhu touching kejap 😒😒...

Ok.. lepas dah betulkan topi dan pakai jubah, kami terus masuk dewan. Yang lain just beratur-beratur macam tuh saja. Belum formal lagi. Kejap tu baru panggil nama ikot giliran. No giliran aku belakang-belakang lah sikit. Macam aku kata tadi gred yang suka main-main... Memang lah giliran kat belakang bhahaha πŸ˜‚πŸ˜†πŸ˜€... Ok time ni lama pulak tunggu kan... Last-last minute ni lah nak terkucil apa semua ada... Jadi tanpa membuang masa aku pun pergi toilet. Ramai jugak ada kat dalam toilet nih so kena tunggu turn. Dalam hati duk risau sebab takot nanti depa masuk dewan. Lama pulak kena tunggu turn ni...

"Oh noooo....". Kegelisahan aku ternyata betuiii. Depa dah panggil masuk dewan kot... Aku nih apa lagi... Punya la lari cari kawan-kawan aku tadi sebab nak bagi sama turn balik. "Tak jumpa!!!". Diorang dah masuk dalam dewan. Aku yang dengan tak teraturnya ni, dengan malu, panik dan sebagainya aku masuk jugak. Jalan selamba bewak saja... huhu... Tapi still tak jumpa... Adoiii.... duduk tanpa no giliran aku yang sepatotnya... Aku ada cakap dekat pengawas disitu. Nasib lah diorang cakap tak apa duduk dulu sebab nanti akan beratur jugak sebelum ambik scroll. Fuuuhhhh legaaaa........... siot jaaa.... buat panikkk lagii....

Masa duduk ni aku duk tengok jugak kat belakang, atas, kanan dan kiri. Tengok kot-kot nampak si dia... Memang eksaited sikit la sebab ada jugak seseorang yang temankan aku. "Alaaahhhh... tak nampak pulak tang mana si Azrul tu duduk". Nak jugak tengok dia duduk kat mana sebab seronok tengok kawan-kawan lain duk lambai kat family diorang kan... Masa ni terus dengar ucapan dan lagu bagai... Best dan eksaited jugak.... sambil-sambil dengar sambil-sambil lah tangkap gambar. Nak simpan buat kenangan kan. Dalam masa yang sama ada pulak nampak seseorang yang masa study dulu, aku pernah nak try couple dengan dia. Memang dulu pernah crush on him la... Tapi tak dapat pun sebab aku kena reject haha... kelakar bunyinya kan? Tapi aku okay je siap senyum-senyum lagi... dia pun balas balik senyum okay....

Sooo now tibalah masa yang dinanti-nantikan.... masa untuk beratur dan untuk ambik scroll... Dalam kepala aku ni duk teringat saja "Jangan duk tersadung sudah la, jangan excited sangat la... Rilex saja"... nanti naik atas pentas buat aksi tak boleh terima dek otak jenuh jugak kan hahaha πŸ˜†πŸ˜†...

Dengar saja nama dipanggil... "Ras Aliza class sekian-sekian...". Terus aku berjalan naik ke atas pentas dengan yakinnya dan dengan senyuman... Buat macam dah praktik, hormat ambik scroll dan jalan dalam keadaan yang agak kekok jugak sebenarnya... Tapi apa-apapun sempat jugak senyum time orang ambik gambar hehe... Pastu terus turun pentas... Fuhhh.... legaaaa nya.... semua yang kelam kabut tadi, tertinggal queue dan duduk ditempat yang tak ikut giliran semuanya dah lepas... legaaaaπŸ˜†πŸ˜‚... Terus aku jalan keluar dewan. Masa menuju ke luar ni memang tercari-cari jugak kat mana la si Azrul tu tunggu. Okay... dari jauh lagi aku dah nampak si Azrul duk tunggu aku dekat satu sudut. Tapi disebabkan Family Angkat aku iaitu family Linda ada dekat-dekat sini, aku sapalah depa dulu. Sambil-sambil dapat hadiah bunga dari depa... wowwwww syoknyaaaa tak terkata... depa bagi jambangan bunga matahari dengan bear hehe...

Masa duk sembang-sembang ni mata aku ni sempat lagi duk lirik-lirik tengok si Azrul tunggu aku kat sudut sana. Sambil duk perhati kenapa tangan dia kat belakang. Sambl hati pun berkata "Entah apalah yang dipegangnya kat belakang tuuu...". hehe sempat lagi duk pikir kan........

Lepas sembang sekejap dengan Family Angkat aku, aku pergi dekat Azrul. Tadaaa...!!! Surprise dari dia... "Wah... Cantiknyaaaa.... Dia hadiahkan aku Jambangan Bunga Ros dengan Konvo Bear...!!!". Akuuu sukaaa sangattttt haha 😁😁😍😘😘. Gila tak suka...?? Jambangan bunga ros hidup ada kaler merah dan purple lagi... cantiiikkkkk.... Ada bear lagiii sapa lah yang tak suka kan... Mula la hati berbunga-bunga seronok macam budak kecik... sambil terasa macam terkinja-kinja pun ada. Tapi perlahan saja la... secara sopan sebab malu la kat orang kalau orang lain nampak.... ramai kot orang kat situ... hahaha...

Lepas tu kami sama-sama pi kat family Linda... yang lain terpaksa tunggu kejap sebab kami tangkap gambar kat situ dulu. Tangkap gambar dengan housemate lagi.... geng-geng Sabah dan Sarawak. Nak tangkap gambar dengan budak kelas tapi sorang pun tak nampak batang hidung.... entah ke mana la depa semua pi.... Lepas tu kami pun keluar la menuju ke Kedai tangkap gambar kat Seksyen 7 tu... Time ni aku tunggu family Linda tangkap gambar potrait sekeluarga.... then depa pun panggil aku tangkap gambar sekali.... hehe... itulah family angkat aku... depa sangat baik, sayang and jaga aku. Tolong aku lagi.... memang kenangan yang takkan aku lupakan...

Okay sempat jugak aku tangkap gambar sekali denga Azrul... wuuuu gambar berdua gitu hahaha.... pastu kos tangkap gambar ditanggung oleh family angkat aku.... hehe.... bertuah sungguh.... Lepas dah siap tangkap gambar, kami keluar pergi makan dan pergi ke UiTM Kampus Puncak Perdana untuk kali terakhir... tapi just aku, Linda dengan Jess je.... serius tak jumpa yang lain. Kalau tak boleh tangkap gambar ramai-ramai. Kami bertiga ja pi tangkap gambar kat kampus.... gambar untuk buat kenangan..... lepas lama jugak duk tangkap gambar kat kampus tu, kami pun masing-masing nak berpisah dah... Linda nak balik dah... dan aku pun nak kena hantar Jess and mak dia ke hotel balik. dan nak hantar kereta sewa tu balik.

Jadi tamatlah seharian hari yang istimewa aku ni... hari konvokesyen aku..... eventhough aku tak ditemani oleh family aku yang betu, tapi aku still ada si dia dan family angkat aku.... aku bersyukur sangat dah.... yee memang rasa macam cerita aku ni dah sedih... tapi mana tau ada kisah orang lain yang lagi sedih dari aku.... apapun just bersyukur dengan apa yang kita ada.... 

Okay meh aku nak share sikit gambar-gambar konvo aku 😍😘...

Taktau lah nak senyum macam mana. Baju pink aku memang tersorok lah dalam jubah konvo yang besaq tuuuu.... then yang paling penting bergambar dengan jambangan bunga ros and konvo bear yang dihadiahkan oleh Azrul.

Yeaaayyyyyyyyyy..................



Jambangan Bunga Ros with Convo Bear, lovint ittt 😘😘😘

Bergambar dengan si dia.... Azrul. feeewiiiittttt 😍😍😍....

Si dia duk tunggu aku tangkap gambaq dengan kawan-kawan.... setia menemani 😍😍😍

Aku dan Linda... my best friend yang selalu tolong aku masa study.... tqsm kawan....

Gayanya nak tinggi dari aku sehari 😁😁😁 hahaha...

Kawan yang suka jalan-jalan dan ambik gambaq aku....

With Linda, my Best Friend aka Family Angkat

With Adik Eli aka Family Angkat

Suasana C-Day

Dengan housemate.... sebelah kanan tu la Jess, aku, C and Linda

With my Housemate 

Kami bertiga saja kat kampus

Last gambar dekat UiTM Puncak Perdana

Gambar dengan family angkat aku. Ayah, Mama, Linda dan Eli yang banyak berjasa.... banyak tolong aku masa study. Memang takkan aku lupakan sampai bila-bila...

With Family Angkat- Family Linda. Ada laa jugak gambar satu keluarga, even bukan with my own family...


Satu lagi Jambangan Bunga from My Family Angkat 😘😘😘

Ok last sekali, pesanan pada kawan-kawan yang nak sambung study lagi tu, selamat ber-Study lah ye πŸ˜‰πŸ’ͺπŸ’ͺ... Aku tak mau sambung dah... Malas! bhahaha πŸ˜‚πŸ˜†πŸ˜... lain sebab aku ni bukannya banyak duit. So aku kena cari kerja... hehe....

Oh ya... sebelum berakhir aku baru teringat... aku ada cerita yang buat aku terharu jugak la. Dalam petang sikit pakcik Jamil, iaitu ayah si Azrul mesej aku.
Pakcik Jamil: "Selamat Hari Konvo... Awat tak bagitau pakcik takdak sapa pi tengok? Kalau dak boleh pakcik pi"....
Aku: "Terima kasih pakcik.... hehe takpa pakcik. Lagipun jauh nak mai sini"....

Serius sangat-sangat bertimbang rasa la bila dia tau family aku takpi tengok aku konvo, dia pulak yang nak mai tengok..... OMG.... bakal mentua yang sangat baik yang aku boleh pikir time ni hehe....

Orait.... itu sajalah cerita dihari konvokesyen aku... dramatik, kelam kabut, terharu dan yang paling penting.... banyak kenangan yang terpahat di memori....

Terima kasih untuk memori yang indah ni.....

TQ all...........
Sekian.

Monday, 3 December 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Lama-Lama Makin Suka Pulaaaa La La La La ~~~

Ingat tak entry aku sebelum-sebelum ni pasal "Penemuduga Muka Tak Senyum (MTS) Langsung!!"??? Haaa.... aku nak cakap pasal yang ni lah hehe...

Aku rasa bukan aku saja. Tapi semua orang laa... Kalau kita tak kenal orang tu lagi ataupun kita boleh gelarkan stranger, sure kita akan cakap orang tu garang la, sombong la, tak friendly la, macam-macam la... Betol tak? mehmeh πŸ˜‚πŸ˜‚... Samala macam aku. Aku kan ada cakap pasal penemuduga muka tak senyum tuu. Kalau aku kerja under dia jenuh la aku. Haaaa ayatnya macam ngeri sangat kan... Over! meh meh...

Si penemuduga muka tak senyum tu, nama dia Muhammad Azrul Jamil. Dia kiranya senior programmer la kat department ni. Bila aku sudah kerja under dia, actually dia okay sangat... Baik orangnya... Dia ajar aku buat coding, kan aku selalu saja tersangkut dengan coding hoihhh 😒😒... Real coding masa kerja sangat-sangat memeningkan kepala otak! Huhu... Dialah jadi sifu programming aku. Dia sangat lah terer bab-bab programming ni. Cara-cara yang dia ajar dekat aku pun lagi cepat, ringkas dan senang. Kalau belajar dekat university kan lecturer ajar cara panjang. Susah nak ingat bhahahaha πŸ˜†...

Di office ni aku hanya kenal Azri, kawan aku yang tak rapat mana pun, dengan Azrul ni saja la. Yang lain belom kenal-kenal lagi. Jadi nak pi makan masa lunch, masa tea-time ke mesti Azrul ajak aku suruh join sekali. Aku yang tak berapa malu time ni ikot saja la. Dah orang ajak kan mehmeh... At least boleh la kenal-kenal sikit kan 😝.

Kerja as Programmer dan buat programming sangat lah mencabar. Aku pulak yang tak berapa banyak sangat pengalaman kerja ni still terkinja-kinja, panik bila bos suruh buat ni, buat tu. Siap ada test tu yang tak tahan... lagi la aku yang macam beruk kepanasan. Hah! Entah betul ke tak peribahasa tu aku pun dah lupa bhahaha πŸ˜πŸ˜œπŸ˜›...

"Aku tension...!!! Stresss...!!!" With bos and also the environment. Memang aku cetek ilmu dan tak banyak experience buat programming. Tapi, aku still nak ada semua experience ni kan... Nak expand my knowledge. "Tapi bos boleh suruh aku buat kerja lain. Memang tak masuk akal...! ". Masa macam ni lah dimana perangai aku yang sebenar keluar satu-satu. Azrul pun perasan semua perangai aku ni tambah-tambah time aku marah...

Aku mula bengang! Terus cabut keluar office. Ha terok kan perangai? kikiki... Bukan apa, nak slow down my emosi saje huhu... But my angel came and help me... Who is my angel? Azrul lah, sapa lagi kan. Bila time mood aku tak elok sure ada saja alternatif way yang dia akan buat untuk slow down my mood... Hehe baiknyaaaaa 😍😘.....

Aku pulak yang jenis cepat panas baran ni, tak boleh orang handle aku tak kena gaya. Nanti berapi lagi la aku... Membara kan... Tapi Azrul... He really knew how to handle me. Gaya yang lembut, pendekatan yang menarik, ada saja yang dia buat sampai aku tersenyum and cool down balik... Amazing.... No one can cool me down back and make me smile... like him did! Boleh jatuh hati aku ni nanti mehmehmeh πŸ˜‚πŸ˜‚...

OOoopsss...!!! Macam ada progress je kan aku dengan Azrul... Haaaa apa...??? Progress..??? Jeng jeng jengggg.... Apa-apa aku story di entry lain pulak ye hehe...