Pages

Thursday, 18 February 2016

Cara Buat Doh Pizza

Nak tau pasai pa aku nak sangat-sangat resepi buat doh pizza sendiri ni...??? Sebabnya haritu aku buat pizza tapi doh tak jadi... Uli punya uli pun tak jadi lah 😝. Tension aku. Nasib baik lah pizza tu boleh dimakan jugak... Kalau tak bazir saja kena buang kan huhu...

Kena praktis ni bia jadi dulu... Baru boleh buat overall pizza. Sebab yang filling tak ada masalah... Masalahnyaaa doh la... Kalau tak jadi tak best jugak kan haha...

Jom tengok cara-cara nak buat doh pizza... 


--------------------------------
BAHAN-BAHANNYA:
-------------------------------
11/2 cawan Air Suam
2 sk Yis
Secubit Gula
4 cawan Tepung Gandum
1/4 sk Garam
1/4 cawan Olive Oil
Sedikit Olive Oil (Lumur) - guna minyak biasa pun tak apa

------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA:
------------------------------------------
- Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

- Ayak tepung ke dalam mangkuk.

- Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

- Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.

- Uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

- Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

- Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan diatas doh.

- Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.

- Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

- Siaaap & sedia untuk diletakkan sos dan topping ...

Korang kalo nak buat doh tu pastikan yis aktif ye. Aku buat berkali-kali yis tu tak berbuih sangat. Berbuih sikit saja. Last sekali pizza aku dah ada semua rasa tapi doh tak mengembang. Nasib lah bole dimakan jugak hoihhh 😆😆...

Ni aku nak share jugak la gambaq-gambaq pizza yang aku buat. Walaupun tak berapa jadi sebab doh tak mengembang huhuhu 😢.

Doh + Sos Prego

Tabur Capsicum, Daging Ayam, Isi Ketam, Cheddar & Mozarella Cheese
banyak-banyak

Bake in oven

Seafood Pizza done!

Ada rupa kan? Bhahahaha.... Takpa la gagal sekali tak semestinya gagal berkali-kali. Nanti bole cuba lagi time free kehkeh 😀😁😂.

Ayam Goreng KFC

Aku dengan ayam memang tak boleh dipisahkan... Haha lain je bunyinya kan 😝😁? Ok ayam ni favourite aku lahhh... Dari aku kecik sampai dah besar. Kalau makan ayam hari-hari pun aku tak jemu... Nasib lah orangnya tak kembang macam ayam kan 😆??? 

Haaa.... dah hari-hari masak macam biasa saja. Sambal ayam, gulai ayam, masak lemak ayam, ayam masak merah, ayam goreng biasa... Kalau nak makan ayam KFC, sure keluar punya... So, cari jugak lah resepinya so that boleh buat sendiri kat rumah kan... 
Boleh tengok bahan dan resepi dibawah yee 😊...



Resepi Asal: FB Ustaz (Maaf tak ingat nama)

--------------------------
BAHAN-BAHAN 1:
--------------------------
(Perap untuk 1-2 jam)
* 1 ekor ayam potong
* 7 ulas bawang putih tumbuk
* 3 sudu besar serbuk cili
* 1 sudu serbuk kari ayam
* 3 sudu serbuk pasti sedap
* Sedikit soda bikarbonat
* Sedikit garam
* Sedikit air

--------------------------
BAHAN-BAHAN 2:
--------------------------
(Tepung Salut)
* 2 cawan tepung jagung
* 3 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
* Sedikit garam
* Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit serbuk lada putih
* Sedikit serbuk bawang putih
* Sedikit serbuk five spice
* Sedikit serbuk oregano
* Sedikit serbuk thyme
* Sedikit soda bikarbonat
* 1 biji telur

------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA:
------------------------------------------
- Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.

- Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.

- Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

- Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.

- Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

Note : Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak tersebut menjadi hitam.

Biskut Famous Amos

Selalunya kalau nak makan biskut ni mesti lah beli kat Jusco ke dan mana-mana tempat yang ada juai lah... Kalau beli kat sana mahal... Jumlahnya pulak sikit. Kalau makan pulak macam tak cukup sebab sedap sangat... Time tu jugak boleh habiskan kot hahaha 😀😁. 

Jadi... terima kasih lah kepada yang share resepi ni yee 😊... Dapat membantu orang save bajet dan dalam masa yang sama dapat tambah skill dalam masakan. 

Aku tak cuba lagi disebabkan oven rosak... haissshhh 😔😔.... Tapi tak apa. Ambik saja resepi dulu. Boleh lah hangpa cuba jugak 😊.


-------------------------------
BAHAN-BAHANNYA:
-------------------------------
* 1 cawan butter
* 1 1/2 cwn tepung gandum
* 1/2 cwn tepung jagung
* 1 s/k soda bicarbonat
* 1 cawan gula halus
* 1 cawan gula perang
* 2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
* 12 oz. chocolate chips 
* 1/2 s/k garam
* 9 oz. chocolate Cadbury (parut)
* 2 biji telur
* 1 s/k baking powder
* 1 1/2 cawan chopped nuts (gune walnut, almond & hazel)
* 1 s/k vanilla

-------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA:
-------------------------------------------
- Pukul butter dan gula hingga gebu.

- Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.

- Masukkan chocolate chips dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.

- Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.

- Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Selamat mencuba 👍.