Aku dengan ayam memang tak boleh dipisahkan... Haha lain je bunyinya kan 😝😁? Ok ayam ni favourite aku lahhh... Dari aku kecik sampai dah besar. Kalau makan ayam hari-hari pun aku tak jemu... Nasib lah orangnya tak kembang macam ayam kan 😆???
Haaa.... dah hari-hari masak macam biasa saja. Sambal ayam, gulai ayam, masak lemak ayam, ayam masak merah, ayam goreng biasa... Kalau nak makan ayam KFC, sure keluar punya... So, cari jugak lah resepinya so that boleh buat sendiri kat rumah kan...
Boleh tengok bahan dan resepi dibawah yee 😊...
Resepi Asal: FB Ustaz (Maaf tak ingat nama)
--------------------------
BAHAN-BAHAN 1:
--------------------------
BAHAN-BAHAN 1:
--------------------------
(Perap untuk 1-2 jam)
* 1 ekor ayam potong
* 7 ulas bawang putih tumbuk
* 3 sudu besar serbuk cili
* 1 sudu serbuk kari ayam
* 3 sudu serbuk pasti sedap
* Sedikit soda bikarbonat
* Sedikit garam
* Sedikit air
--------------------------
BAHAN-BAHAN 2:
--------------------------
BAHAN-BAHAN 2:
--------------------------
(Tepung Salut)
* 2 cawan tepung jagung
* 3 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
* Sedikit garam
* Sedikit serbuk lada hitam
* Sedikit serbuk lada putih
* Sedikit serbuk bawang putih
* Sedikit serbuk five spice
* Sedikit serbuk oregano
* Sedikit serbuk thyme
* Sedikit soda bikarbonat
* 1 biji telur
------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA:
------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA:
------------------------------------------
- Perap ayam 1-2jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
- Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
- Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung
nak lekat pada ayam.
- Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul
sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
- Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas
dalam 15 minit sehingga masak.
Note : Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan
minyak masak tersebut menjadi hitam.
No comments:
Post a Comment