Pages

Friday, 30 June 2017

Nak Ambil Perancang Apa???

"Nak ambil perancang apa nanti?"...

Mommy semua mesti familiar dengan ayat ni kan??? kan??? hahaha.... Ayat yang Doc akan tanya sebelum kita discharge dari hospital... Juga ayat yang ditanya oleh nurse kawasan kita.

Jawapan aiii???

"Pil Perancang Doc" or "Pil Perancang Kak"... 😜😜 mehhh....

Aku nak makan ubat? Pil perancang lagi??? Bhahaha boleh gelak kuat saja lah... Aku ni mana suka makan ubat-ubat ni... Pastu nak suruh aku ambik Pil Perancang pulak yang tak boleh skip tu...???Errrrrrrrrr.......... meeehhhhh again.... hahaha...

Aku and Mr AJ dah bincang pasal ni... Lagipun Mr AJ memang tak bagi aku makan ubat perancang ni kot. Even dia tak bagi aku yang awal-awal ni memang dah surrender dah... Memang tak suka pun...

Kalau ikotkan nurse kawasan kita akan suggest Noriday tambah-tambah untuk ibu menyusu. Sama lah Kak Siti yang rawat aku ni. Dia suggested aku consume Noriday. Siap buat buku kecik untuk checkup bagai lah. Last-last aku tak makan dan tak mau ikot temujanji buku tu kan..........
Aku cakap "Saya beli Yasmin kat farmasi kak..."...
Haaaa.... Mau kena beletiaq kau hahaha....
"Penat akak buat buku untuk ko"...
"Last-last taknak ikot pun"....

😀😀😀😀😀😀😀😀😀
Senyum saja aku masa tu hahaha.... Yelah nak cakap apa lagi kan... Cari pasal sangat mehmeh....

Kalau tanya aku.... aku memang MERANCANG SENDIRI saja....

Nak bersama tak ada masalah... Tapi hangpa kena ingat la... Kalau nak rancang sendiri ni, hangpa kena firm. Kena tegas sesama sendiri... 

Kak Siti yang cek aku ada cakap yang kita tak boleh rancang sendiri, nanti tak menjadi... Ada salah ka dia cakap macam tu?? Haha memang tak ada salah pun. Betol lah dia cakap. Kita kan manusia. Bab-bab nafsu ni sure kita akan terhasut jugak... 

Aku dengan Mr AJ alhamdulillah... Masing-masing memberi kerjasama. Setahun lebih jugak umur Aisyah sambil kami merancang sendiri ni... Baru melekat Adik Aisyah.... Ni pun sebab kami nak tambah anak. Nak bagi Aisyah Adik. Kalau tak niat nak tambah anak nak bagi Aisyah adik, lagi lama la aku merancang ni haaaa..

Kita memang kena cari info la untuk yang nak rancang sendiri tanpa pil dan sebagainya... Contohnya kira waktu subur dan elakkan bersama dengan suami time subur tu. Jarakkan sikit masa. Kena tau hayat sperm and ovum boleh stay dalam badan berapa lama. Yang ni memang kena buat research okay.

Gambo bawah ni antara Jenis-Jenis Perancang Keluarga yang ada. Aku brief sikit-sikit okay.


Pil | Suntikan | Implan???

1. Perancang Keluarga Secara Menggunakan Pil

Apa itu Pil Perancang?
Pil Perancang ialah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil-pil ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau kandungan progestogen sahaja.

Aku ambil contoh Pil Yasmin. Yasmin ni antara pil yang digemari ramai dan boleh sahaja dibeli di farmasi-farmasi. Ia dipercayai kurang kesan sampingan walaupun harganya jauh lebih mahal.

Apa Kesan Sampingan Pil Perancang?
Antara kesan sampingan yang biasa dirasai seawal pengambilan ialah:
- Ketegangan payudara
- Mual / Loya
- Sakit kepala
- Kegatalan
- Keguguran rambut
- Kitaran haid tak teratur dan jumlah darah haid yang keluar mungkin berkurangan
dan sebagainya.

Kesan-kesan ni juga mungkin berbeza untuk individu yang lain. Badan dan imunisasi badan lain-lain kan... Aku pun ada pernah tanya kawan yang ambil pil yasmin. Dia ada feedback yang kekadang breast ada rasa tegang dan period tak teratur.

2. Perancang Keluarga Secara Suntikan

Suntikan Depo-Provera ialah ubat hormon yang mengandungi satu jenis sintetik hormon sahaja iaitu depot medroxyprogesterone acetate (DMPA) yang sangat berkesan untuk mencegah kehamilan. Ia diberi selepas hari ke-5 haid dan sangat berkesan selama 3 bulan. Selepas itu, mommy perlu diberikan suntikan semula.

Apa Kesan Sampingan Suntikan?
- Mengalami sakit kepala
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Rasa berdebar-debar
- Jerawat
- Penambahan berat badan
- Keguguran rambut
- Kereputan tulang
dan sebagainya.

3. Perancang Keluarga Secara Implan

Foto: Google

Implan (implanon) adalah kaedah perancang keluarga bagi jangka masa yang panjang. Ia adalah seperti sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan dibawah kulit lengan atas.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3-5 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron sintetik (progestin) yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menambah kepekatan lendir pada serviks. Perlindungan ini bermula dari hari pemasangan.

Apa Kesan Sampingan Implan?
- Mengalami sakit kepala
- Kitaran haid yang tidak teratur dan mungkin tiada haid yang keluar
- Jerawat
- Penambahan berat badan
- Keguguran rambut
- Perubahan nafsu
- Perubahan emosi
dan sebagainya.

Semua cara perancang diatas mungkin berbeza kesannya kepada semua orang. Ada yang serasi ada yang tidak serasi. Jika hangpa ingin jugak ambil perancang, any perancang... sebaiknya hangpa mintalah nasihat dari doktor.

Okay... inilah secara brief aku boleh terang cara dan kesan dari perancang keluarga. Harap bermanfaat untuk hangpa. Boleh juga buat research untuk pengetahuan lebih.

Saturday, 17 June 2017

Serah diri lagi Kali Niiiii.... gara-gara Postdate!!!

Hati aku ni dah tak tenang seminggu dua sebelum due date deliver. Yelaaaa.... kalau aku postdate lagi, sure punya aku kena deliver cara paksa... Allahu... Memang ngeri untuk mommy yang kena deliver cara paksa niii.... Mana tak nya... Sakit kena deliver paksa ialah sakit yang on the sport terus sakit kuat. Sakit ooo...........Kalau natural sakit takpa lah lagi. Sakit memang sakit tapi tak ada lah secara mengejut... Tambahan pula kalau mommy yang bukaan rahimnya lambat buka, bayangkan lah betapa lama dan seksanya nak menahan sakit contraction tu... 

Aku ni dah mai serabut tambah dengan stress lagi... Masa nak deliver Aisyah dulu aku okay lah lagi. Yela cuma tinggalkan Mr AJ saja dekat rumah even sedih jugak nak berenggang walau sekejap hihihi... Kali ni aku ada Aisyah. Kesian nak tinggal dia. Yela dia pun kecik lagi... Aku sangat pasti dia akan nangis cari aku... Masa siang aku tak kisah sebab dia akan terleka dengan bermain... Jadi tak ketara sangat masa ni kalau aku takda dengan dia... Yang aku takotkan ialah masa malam. Dia mana laaa pernah tidur tanpa aku... Kerjanya menempek saja hehe... Tu lah aku risau sangat...

Due Date aku 12/6... Pastu last checkup 13/6 sebab 12/6 tu cuti Nuzul Quran... Hari ni memang aku down lah... Sebab kat hati ni macam dah dapat hint yang aku akan kena serah diri lagi... Pastu Mr AJ update lah kat family dia... Cakap aku haribulan sekian-sekian kena masuk hospital kalau tak beranak lagi... Family Mr AJ siap offer lah nak ambil Aisyah bawak balik Ipoh dulu. Aku yang dengar ni dah menahan sebak dah... Benda yang aku dah memang expect... Aku memang tak mau jauh dengan anak aku tu... Walau secara paksa atau tak, deep down in my heart aku tau yang aku akan kena tinggal dia jugak...

Allah..... Berat rasanya nak tinggal Aisyah... Berat jugak nak bagi dia balik dengan Tok dengan Wan dia... Aku tau yang Mentua aku sure lah akan jaga dengan baik... Tapi hati nii hanya Allah saja yang tau.... Perasaan nak berjauhan tu sangat-sangat-sangat tak boleh aku buang................. huhuhu....

Dah sampai tarikh aku kena masuk hospital jugak... Tau-tau sajalah... Hari yang sangat beremosi... Dengan serabut nak tinggal Aisyah... dengan serabut nak bagi Aisyah balik Ipoh dulu.... Fuhhhhh..................... serabut weiii....... huhuhu.... Time ni memang aku kira perasaan aku la... Aku tak perasan yang Mr AJ pun serabut tengok aku macam tu... Pastu terus dia cakap kat parents dia tak payah datang ambik Aisyah... Hmmmm..... time ni tak dapat pikir samada keputusan tu baik atau tak.

It's a time..! dah sampai masa to say goodbye to my daughter.... Allahuuu.... sedih sangat-sangat.... Aku siap pesan kat Aisyah supaya "Jaga Diri, Doakan Mama Sebab Mama Nak Lahirkan Adik, Nanti Kita Jumpa, Jangan Nangis, Nanti Minum Susu, Mama Sayang Aisyah...."... Macam-macam pesanan lah huhuhu... Tu belom lagi dengan ciuman.... Dengan emosi aku tak menentu... Mau aku menangis sampai merah bengkak habis mata muka aku... Dahla aku tak pernah macam ni... Jarang gila aku nak menangis kuat-kuat ni.... Tapi bila related to anak-anak ni.... Perghhhhh..... hati yang kental pun luntur...............

-------HTAR--------

Aku sampai HTAR dalam pukul 1 petang lebih.... Cek air kencing, berat, scan berat baby dan isi info semuanya..... warded lah aku....


You know what...??? My emosi still tak stabilll....!!!! Terbawa-bawa emosi sampai ke malam... Tidur bergenang air mata saja... Dengan pikir nak cepatkan bukaan lagi... Nak cepat beranak.. waaaaaaaa....... Nangis tak berlagu aku huhuhu... Hai stressssss sangat nampaknyaa... hahah taklah.. Stress, stress jugak. Dalam stress duk nangis bagai... aku still istighfar laaa.... Baca ayat Al-Quran sikit... Mana boleh duk melayan sangat perasaan tu kan.... Nanti kang terbawak-bawak tambah lagi lambat beranak....

Bila dah situasi macam ni, kena la tenangkan diri sendiri... Husband bukan boleh nak ada disisi lama-lama kan huhu... Selain Mr AJ, Iz... kawan yang bagi support kat aku... Siap meng-Google dia nak tolong aku supaya aku pun cepat beranak... Bila dah ada moral support ni dengan penangan kesedaran diri sendiri, jadi tak boleh lah nak stress sangat...

Jadi aku pun RE-SET lah kepala otak aku ni balik... Baca doa... dan banyakkan berjalan, buat ketuk ketampi dan sebagainya.... Alhamdulillah.... malam hari kedua aku kat hospital, aku selamat melahirkan anak lelaki aku..... Allah syukur.................

Bab kronologi nak bersalin serta contraction bagai aku cerita lain kali pulak yee... Ni pun dah panjang berjela dah karangan aku... mehmeh........