Pages

Friday 30 June 2017

Nak Ambil Perancang Apa???

"Nak ambil perancang apa nanti?"...

Mommy semua mesti familiar dengan ayat ni kan??? kan??? hahaha.... Ayat yang Doc akan tanya sebelum kita discharge dari hospital... Juga ayat yang ditanya oleh nurse kawasan kita.

Jawapan aiii???

"Pil Perancang Doc" or "Pil Perancang Kak"... 😜😜 mehhh....

Aku nak makan ubat? Pil perancang lagi??? Bhahaha boleh gelak kuat saja lah... Aku ni mana suka makan ubat-ubat ni... Pastu nak suruh aku ambik Pil Perancang pulak yang tak boleh skip tu...???Errrrrrrrrr.......... meeehhhhh again.... hahaha...

Aku and Mr AJ dah bincang pasal ni... Lagipun Mr AJ memang tak bagi aku makan ubat perancang ni kot. Even dia tak bagi aku yang awal-awal ni memang dah surrender dah... Memang tak suka pun...

Kalau ikotkan nurse kawasan kita akan suggest Noriday tambah-tambah untuk ibu menyusu. Sama lah Kak Siti yang rawat aku ni. Dia suggested aku consume Noriday. Siap buat buku kecik untuk checkup bagai lah. Last-last aku tak makan dan tak mau ikot temujanji buku tu kan..........
Aku cakap "Saya beli Yasmin kat farmasi kak..."...
Haaaa.... Mau kena beletiaq kau hahaha....
"Penat akak buat buku untuk ko"...
"Last-last taknak ikot pun"....

😀😀😀😀😀😀😀😀😀
Senyum saja aku masa tu hahaha.... Yelah nak cakap apa lagi kan... Cari pasal sangat mehmeh....

Kalau tanya aku.... aku memang MERANCANG SENDIRI saja....

Nak bersama tak ada masalah... Tapi hangpa kena ingat la... Kalau nak rancang sendiri ni, hangpa kena firm. Kena tegas sesama sendiri... 

Kak Siti yang cek aku ada cakap yang kita tak boleh rancang sendiri, nanti tak menjadi... Ada salah ka dia cakap macam tu?? Haha memang tak ada salah pun. Betol lah dia cakap. Kita kan manusia. Bab-bab nafsu ni sure kita akan terhasut jugak... 

Aku dengan Mr AJ alhamdulillah... Masing-masing memberi kerjasama. Setahun lebih jugak umur Aisyah sambil kami merancang sendiri ni... Baru melekat Adik Aisyah.... Ni pun sebab kami nak tambah anak. Nak bagi Aisyah Adik. Kalau tak niat nak tambah anak nak bagi Aisyah adik, lagi lama la aku merancang ni haaaa..

Kita memang kena cari info la untuk yang nak rancang sendiri tanpa pil dan sebagainya... Contohnya kira waktu subur dan elakkan bersama dengan suami time subur tu. Jarakkan sikit masa. Kena tau hayat sperm and ovum boleh stay dalam badan berapa lama. Yang ni memang kena buat research okay.

Gambo bawah ni antara Jenis-Jenis Perancang Keluarga yang ada. Aku brief sikit-sikit okay.


Pil | Suntikan | Implan???

1. Perancang Keluarga Secara Menggunakan Pil

Apa itu Pil Perancang?
Pil Perancang ialah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Pil-pil ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau kandungan progestogen sahaja.

Aku ambil contoh Pil Yasmin. Yasmin ni antara pil yang digemari ramai dan boleh sahaja dibeli di farmasi-farmasi. Ia dipercayai kurang kesan sampingan walaupun harganya jauh lebih mahal.

Apa Kesan Sampingan Pil Perancang?
Antara kesan sampingan yang biasa dirasai seawal pengambilan ialah:
- Ketegangan payudara
- Mual / Loya
- Sakit kepala
- Kegatalan
- Keguguran rambut
- Kitaran haid tak teratur dan jumlah darah haid yang keluar mungkin berkurangan
dan sebagainya.

Kesan-kesan ni juga mungkin berbeza untuk individu yang lain. Badan dan imunisasi badan lain-lain kan... Aku pun ada pernah tanya kawan yang ambil pil yasmin. Dia ada feedback yang kekadang breast ada rasa tegang dan period tak teratur.

2. Perancang Keluarga Secara Suntikan

Suntikan Depo-Provera ialah ubat hormon yang mengandungi satu jenis sintetik hormon sahaja iaitu depot medroxyprogesterone acetate (DMPA) yang sangat berkesan untuk mencegah kehamilan. Ia diberi selepas hari ke-5 haid dan sangat berkesan selama 3 bulan. Selepas itu, mommy perlu diberikan suntikan semula.

Apa Kesan Sampingan Suntikan?
- Mengalami sakit kepala
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Rasa berdebar-debar
- Jerawat
- Penambahan berat badan
- Keguguran rambut
- Kereputan tulang
dan sebagainya.

3. Perancang Keluarga Secara Implan

Foto: Google

Implan (implanon) adalah kaedah perancang keluarga bagi jangka masa yang panjang. Ia adalah seperti sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan dibawah kulit lengan atas.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3-5 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron sintetik (progestin) yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menambah kepekatan lendir pada serviks. Perlindungan ini bermula dari hari pemasangan.

Apa Kesan Sampingan Implan?
- Mengalami sakit kepala
- Kitaran haid yang tidak teratur dan mungkin tiada haid yang keluar
- Jerawat
- Penambahan berat badan
- Keguguran rambut
- Perubahan nafsu
- Perubahan emosi
dan sebagainya.

Semua cara perancang diatas mungkin berbeza kesannya kepada semua orang. Ada yang serasi ada yang tidak serasi. Jika hangpa ingin jugak ambil perancang, any perancang... sebaiknya hangpa mintalah nasihat dari doktor.

Okay... inilah secara brief aku boleh terang cara dan kesan dari perancang keluarga. Harap bermanfaat untuk hangpa. Boleh juga buat research untuk pengetahuan lebih.

No comments: