Pages

Wednesday, 30 August 2017

Kek Pelangi Kukus yang Sedap, Gebu & Tak Manis Sangat


Seperti yang Ras janjikan di entry Kek Pelangi Kukus Mendapat Sambutan Pak Mentua tempoh hari, Ras akan share resepi kat hangpa kan...??? Okayy kali ni memang tak mau cerita panjang-panjang sebab dah cerita pun sebelum nii... Apa yang Ras nak cakap ialah.... HANGPA disarankan untuk buat kek ni... Mudah dan sedap... Even untuk yang tak pandai masak, first time gatal-gatal tangan nak cuba resepi baru pun boleh... Sure akan jadi punya.... JANJIII.......... Hangpa kena ikot steplah hehehe.... So, tanpa membuang masa, jom kita tengok resepi saja okay.... Kalau nak tengok resepi asal dari Kak Azie, boleh tengok DISINI. Ras memang suka sangat ikot resepi-resepi yang Kak Azie share... Confirm menjadi even ada beberapa bahan yang Ras tak letak macam serikaya... Apapun terpulang kat hangpa la... Nak ikot disini pun boleh... Nak ikot disana pun boleh... Janji happy 😁😁.... 

KEK PELANGI KUKUS
Resepi Asal: Azie Kitchen

-------------------------------------------
BAHAN-BAHAN
-------------------------------------------
1 cawan Mentega
3/4 cawan Gula Kastor
3 biji Telur
1/4 cawan Susu Pekat
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sk Serbuk Penaik
1 sk Esen Vanila
3 sb Susu Cair (Tin) / Susu Segar
Beberapa jenis Pewarna

-------------------------------------------
CARA-CARA
-------------------------------------------
1) Pukul Mentega dan Gula hingga kembang (Ras guna whisk je). Masukkan Telur satu persatu dan pukul hingga sebati.





2) Masukkan Susu Pekat dan Esen Vanila. Kacau rata dan masukkan Tepung Gandum yang bercampur Serbuk Penaik. Kacau adunan hingga sebati. Selepas sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan Pewarna kesukaan anda.





3) Loyang perlu disapu dengan marjerin. Nak alas kertas minyak pun boleh, tak alas pun tak apa... terpulang. Masukkan adunan kedalam Loyang berselang-seli warna. 


Lepastu lorek-lorekkan adunan dengan menggunakan chopstick supaya dia nampak cantik.



4) Tutup adunan dengan Aluminium Foil dan Kukus adunan selama 1 Jam atau hingga masak.

Siap untuk dimakan....!!!! Makan suam-suam atau masa dah sejuk pun sedap... Siang malam pun boleh 😊...





Dah banyak kali sebenarnya Ras buat kek ni... Dah bermacam-macam version kejadiannya hehe...












Yang ni pulak hasil air tangan Mak Mentua Ras hehe...





Corak macam mana pun still cantik tertarik menarik kebabom... hahaha...

Jadi hangpa-hangpa semua......... Jangan malu jangan segan... Cubalah.... Suuureee 👍👍👍👍👍👍

Chocolate Chip Cookies aka Famous Amos yang Sedap & Rapuh!

Sudah lama sebenarnya Ras memendam rasa nak cuba bake cookies ni... Tapi disebabkan lampu oven yang kejap okay kejap tak okey, kejap nyala dan kejap tak nyala... Ras pun terus kuburkan perasaan nak membakar la... Bukan apa takot oven kejap on off macam tu, nanti rosak pulak bahan-bahan kan... Kang dah tak jadi pulak cookies ni nanti. Yelaaa oven ni pun Ras tak tau lah dah berapa umurnya... Mentua yang bagi hehe... Nak tunggu beli sendiri.... hmmmm.... bole tunggu jelah hahahahaha...


Habis bilanya dah baked cookies ni??? Haaaa.... jangan tak tau... Tetiba perasaan Ras berkobar-kobar nak memg-cookies... betol-betol lepas beberapa hari habis pantang bhahaha... Nampak tak teringin sangat tu macam mana... Pantang anak kedua ni pun Ras pantang kat Ipoh, rumah mentua... Tengok bahan-bahan buat cookies dah cukup, cuma kena tambah choc chip dan badam saja... Apalagi............ Ras suruh Mr AJ pergi kedai lah beli... On the sport Ras sediakan bahan dan buat petang tu jugak... Keinginan tu lagi tinggi disebabkan baru habis pantang kan... Kebulur kemain macam tak pernah makan bhahaha 😂😂...

Ikotkan boleh saja beli... Tapi nak beli kat Famous Amos??? Mahai wei....... Dengan berapa bijik saja boleh telan... Macam orang kata, "Kunyah Celah Gigi Saja"... haha... Dahla Ras ni jenis kuat makan... Memang tak cukup takat berapa bijik tu... Kesudahannya, kita buat sendiri. Dapat banyak bijik dan kita pun puas hati.

Kalau tanya pendapat Ras, cookies ni memang sedap... InsyaAllah setanding dengan cookies mahai Famous Amos tu... Rasanya ada dan sangat-sangat rapuh... macam mencair dalam mulut... Kalau hangpa pun suka cookies Famous Amos, tak ada salahnya hangpa mencuba resepi ni... Aci kerat jari hangpa akan berpuas hati... Boleh jugak dijamu dekat keluarga, saudara mara dan juga jiran tetangga yang hadir kerumah...


Cookies ni keluar saja dari oven, Mr AJ lah orang pertama merasa... Lepas tu dari jelingan Ras, Ras nampak Mr AJ bagi pada Ayah... hehehe... Tersenyum geli dalam hati melihat feedback masing-masing... Family suka Kita pun suka Lahir keluarga bahagia ye tak.... hehehe... 

Ternyataaaa..... Pak Mentua Ras suka... Kebetulan Pak Mentua kerja petang, siap dia bawak cookies ni as bekalan. Mak dan adik-adik pun suka... Teringat lagi pertama kali Ras bake cookies ni, Ras bake sikit saja. Petang tu mencari jugak at least boleh buat minum petang... Tapiiii...... tak jumpa bekas cookies ni... Ras assume cookies dah habis lah... Last-last Mak Mentua cakap "Adik Lan bawak masuk cookies dalam bilik".... hahaha lagi lah geli hati.... Ni mesti kes takot habis takdan makan...

Keesokan harinya Mak cakap lagi "Ayah kata awat bagi cookies sikit sangat"... Haaa nampak tak penangannya tuu??? bhahahahahaha (gelak panjang kau 😝)... Last-last Ras bake cookies ni kali kedua... Kali ni Ras double kan adunan. Tambah pula Ras buat lebih untuk sambut Birthday My Little Princess Aisyah heheh... Dengan pikirkan family pun suka makan... Semangat buat kau hehe....

Okaylah... Jom kita tengok resepi cookies dibawah ni...

CHOCOLATE CHIP COOKIES aka FAMOUS AMOS
Resepi Asal: Azie Kitchen

--------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN A
--------------------------------------------------
1/4 cawan Gula Kastor
1/2 cawan Gula Perang
1/2 cawan Mentega (+-75gm)
1 biji Telor Gred B 
1/4 sk Garam
1/2 sb Susu Segar @ Susu Tepung
1/2 sk Esen Vanilla

--------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN B
--------------------------------------------------
2 cawan Tepung Gandum (diayak)
1 sb Serbuk Koko (diayak)
1sb Tepung Jagung (diayak)
1/2 sk Soda Bikarbonat
1/2 sk Jus Lemon
1/2 cawan Walnut Cincang / Almond Nib / Biji Bunga Matahari
1 cawan Semi Sweet Chocolate Chips

--------------------------------------------------
CARA-CARA
--------------------------------------------------
1) Satukan kesemua BAHAN A kedalam mangkuk besar sehingga sebati dengan menggunakan WHISK.




2) Ayakkan Tepung Gandum bersama Serbuk Koko, Tepung Jagung, Soda Bikarbonat & Jus Lemon.



3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Lepas tu, masukkan Walnut Cincang / Almond Nib / Biji Bunga Matahari & Chocolate Chips.

  (Adunan campur Badam & Choc Chips)

(Adunan campur Choc Chips sahaja)

4) Adunan lembik dan nampak sedikit berair. Boleh terus bakar ATAUPUN masukkan adunan kedalam fridge selama 30 minit. Tujuannya ialah untuk menghasilkan cookies yang cantik dan tak terlalu leper.

5) Sudukan adunan kedalam loyang. Jarak-jarakkan adunan sebab nanti adunan akan mengembang.  Loyang tak perlu disapu mentega.

Jika mahukan cookies yang besar, boleh letakkan adunan yang banyak. Jika mahukan cookies yang comei-comei, boleh letakkan sedikit sahaja adunan.




5) Bakar adunan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C. Bakar adunan selama 15-20 minit.



(Masa ni kita kena tengok oven kita okaayy sebab oven kecik atau besar, panas dan masa membakar tu lain-lain. Ras panaskan oven selama 160C. Lepastu Ras turunkan suhu dari 160C ke 150C dan bakar adunan selama 15 minit sahaja. Terlebih bakar nak hangus cookies Ras haha...)

6) Angkat cookies dan sejukkan. Sedia untuk NGAPPP NGAPPPP hahaha.......................... 

Ada satu tips kat hangpa... Kalau nak cookies yang tak terlalu rapuh, hangpa kena tambahkan lagi tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan. Tapi bagi Ras biarlah cookies tu rapuh, sebab sedap sangat time makan samada masa suam-suam panas ataupun masa dah sejuk...

Thursday, 17 August 2017

Kek Pelangi Kukus Mendapat Sambutan Mentua

"Kak... Ayah suruh buat kek tu lagi...", kata Mak Mentua kat Ras...

Terlorek senyuman kat wajah Ras... Tapi sikit saja sebab coverrrrr hahahaha.... Padahal dalam hati dah berbunga-bunga... Macam nak melompat-lompat pun ye hahaha... Yelaaa kan... dah kita masak and orang suka makan tambah-tambah keluarga Mentua kita pulak....... mestilah berbunga-bunga hati ni... Perasaan nak memasak tu lagi berkobar-kobar haha... Selalunya duk memasak kat Mr AJ saja... Dan balik kampung sebelum ni pun Ras tak sempat nak masak apa-apa... Tambahan pula Mak Mentua jenis yang suka masak... Apa tidaknya......... dah anak dengan menantu dia jenis kuat makan, memang beriye la dia masak kan bhahaha...

Pasai apa yang Ras seronok bila Pak Mentua suruh Ras masak kek ni lagi???

Sebabnya Pak Mentua Ras ni bila sampai bab makan dia memilih sikit. Tapi.... bila dah berkenan aka sukaaa, hari-hari makan pun takpa... hehehehehehe 😆😆😆😆 (haaa gelak panjang nih)... Pak Mentua Ras ni pulak bukan bagitau direct ke Ras. Tapi dia kabarkan kat Mak dulu... Pastu Mak lah jadi posmen tukang sampaikan khabar tuu hahaha... Tu yang lucu sikit mehmeh...

Ras buat kek ni time cuti pantang baru-baru ni... Ni saja cuti paling lama stay kat Ipoh. Ras pulak dah teringin sangat nak makan... Nak suruh Mak Mentua Ras buat tapi kesian pulak sebab dah bermacam-macam dia handle. Handle makan minum pakai Ras anak beranak dengan keluarga lagii... macam-macam lah... So kesudahnya Ras decide buat sendiri... Lagipun benda tak terok dan susah mana pun.

Kejadian kek pertama yang Ras buat yang membuatkan Pak Mentua terus JATUH CINTA dengan Kek Pelangi niii...


Tengoklah colour dia yang berwarna-warni tu. Sangat sedap mata memandang. Haaa... bukan saja yang berwarna-warni saja kena tengok, rasaaaa tuu yang penting... Disebabkan rasanya yang tak terlalu manis, tu yang Pak Mentua Ras suka... dia tak suka manis-manis sangat... Haaa kira citarasa kami ni sama la sebab Ras pun tak suka terlalu manis atau tak rasa langsung... Cukup-cukup rasa sesedap mulut menelan... hahaha ayat aiii 😁😁....



Ok... yang ni lepas Pak Mentua Ras request buat lagi pulak hihihi...


Time ni colour biru sangat sangat sangat menyerlah hahaha....



Hahaha seronok Pak Mentua Ras makan tau... Tapi bukan dia sajalah... Adik-adik Ipar Ras pun sama... Mau sat saja licin kek tu... Tau-tau saja dah habis... Bila dah habis ni la ayat Pak Mentua Ras... "Dah habis dah???".... bhahaha.... Dia kalau dah suka makan memang tak kisah lah berapa kali pun sehari.... Jemu jauh sekali...

Nampak tak sukanya Pak Mentua Ras dengan kek tuuu....?? Sampai last-last sekali Ayah suruh Mak belajar hehe... Dah sudah kena ambik sesi lain pulak buat kek dengan mak sekali heheh... Sekaligus adun buat double... banyak sikit... Tu pun kejap jugak licin.... Pak Mentua Ras suruh Mak belajar bukan apa, sebab nanti bila Ras dah balik Klang dia nak makan tak boleh... So tulah sebabnya hehehe......

Dah beberapa hari berlalu....Habis pantang terus lah Ras balik Klang... Yela nak start kerja dah... 2 hari lepas balik Mak call dan cakap "Mak dah buat kek tu... JADI...". Hahaha tergelak Ras... Mak pun seronok laaa... Yela Ayah suka makan kan... Kita ni sebolehnya nak masak yang terbaik... Bila orang kesayangan kita suka makan, Allahu bahagianya tu tak terhingga laa hehe....

Okayy Ras cerita sampai sini saja dulu..... Bab resepi pulak... tungggguuuuuuuuuuuuu.............. Nanti Ras post di entry lain kkk 😉....