Pages

Wednesday 30 August 2017

Kek Pelangi Kukus yang Sedap, Gebu & Tak Manis Sangat


Seperti yang Ras janjikan di entry Kek Pelangi Kukus Mendapat Sambutan Pak Mentua tempoh hari, Ras akan share resepi kat hangpa kan...??? Okayy kali ni memang tak mau cerita panjang-panjang sebab dah cerita pun sebelum nii... Apa yang Ras nak cakap ialah.... HANGPA disarankan untuk buat kek ni... Mudah dan sedap... Even untuk yang tak pandai masak, first time gatal-gatal tangan nak cuba resepi baru pun boleh... Sure akan jadi punya.... JANJIII.......... Hangpa kena ikot steplah hehehe.... So, tanpa membuang masa, jom kita tengok resepi saja okay.... Kalau nak tengok resepi asal dari Kak Azie, boleh tengok DISINI. Ras memang suka sangat ikot resepi-resepi yang Kak Azie share... Confirm menjadi even ada beberapa bahan yang Ras tak letak macam serikaya... Apapun terpulang kat hangpa la... Nak ikot disini pun boleh... Nak ikot disana pun boleh... Janji happy 😁😁.... 

KEK PELANGI KUKUS
Resepi Asal: Azie Kitchen

-------------------------------------------
BAHAN-BAHAN
-------------------------------------------
1 cawan Mentega
3/4 cawan Gula Kastor
3 biji Telur
1/4 cawan Susu Pekat
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sk Serbuk Penaik
1 sk Esen Vanila
3 sb Susu Cair (Tin) / Susu Segar
Beberapa jenis Pewarna

-------------------------------------------
CARA-CARA
-------------------------------------------
1) Pukul Mentega dan Gula hingga kembang (Ras guna whisk je). Masukkan Telur satu persatu dan pukul hingga sebati.





2) Masukkan Susu Pekat dan Esen Vanila. Kacau rata dan masukkan Tepung Gandum yang bercampur Serbuk Penaik. Kacau adunan hingga sebati. Selepas sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan Pewarna kesukaan anda.





3) Loyang perlu disapu dengan marjerin. Nak alas kertas minyak pun boleh, tak alas pun tak apa... terpulang. Masukkan adunan kedalam Loyang berselang-seli warna. 


Lepastu lorek-lorekkan adunan dengan menggunakan chopstick supaya dia nampak cantik.



4) Tutup adunan dengan Aluminium Foil dan Kukus adunan selama 1 Jam atau hingga masak.

Siap untuk dimakan....!!!! Makan suam-suam atau masa dah sejuk pun sedap... Siang malam pun boleh 😊...





Dah banyak kali sebenarnya Ras buat kek ni... Dah bermacam-macam version kejadiannya hehe...












Yang ni pulak hasil air tangan Mak Mentua Ras hehe...





Corak macam mana pun still cantik tertarik menarik kebabom... hahaha...

Jadi hangpa-hangpa semua......... Jangan malu jangan segan... Cubalah.... Suuureee πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

No comments: