Pages

Showing posts with label resepi puding. Show all posts
Showing posts with label resepi puding. Show all posts

Tuesday 18 September 2018

Puding Karamel Kukus Sedap


PUDING KARAMEL KUKUS SEDAP

1/2 tin Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair
1 tin Air
6 biji Telur (buang mata)
Esen Vanilla

BAHAN-BAHAN GULA HANGUS
11/2 awan Gula Pasir
3 cawan Air

Cara cara
1) Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukr warna, baru masukkan air.
Masak hingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.

2) Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam bekas selepas sejuk.

3) Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih.

4) Masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.

5) Tuang kedalam bekas kecil yang telah diisi air gula hangus.

6) Panaskan periuk pengukus. Bila air mendidih, kukus puding selama 10-15 minit atau sehingga masak. Guna api yang sederhana ya.

7) Bila dah masak, buka penutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit supaya air dipermukaan karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan.

8) Setelah sejuk, simpankan dalam peti ais.

Sedia untuk dihidang....