Pages

Thursday, 21 April 2016

Kebaikan & kelebihan Air Masak/Kosong

Entry kali ni aku nak cerita pasai kebaikan dan kelebihan air masak/air kosong.


Kenapa perlu minum air masak/air kosong...???

1. Air Pelengkap Badan Manusia
60% badan manusia adalah air. Manusia memerlukan kira-kira 3 liter air setiap hari.

Fungsi air dalam badan:
- Melancarkan perjalanan dan peredaran darah
- Tekanan darah menjadi konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan baik
- Mebawa keluar toksin atau semua kekotoran dalam badan

2. Seimbangkan Suhu Tubuh Badan
Kekurangan air dalam badan amat mempengaruhi suhu badan manusia. Kita akan berasa gejala-gejala seperti badan panas, kering tekak, letih dan tidak bermaya jika badan kita kekurangan air. Oleh itu, berusahalah untuk minum air masak secukup-cukupnya kerana air yang cukup dalam badan dapat menyeimbangkan suhu badan kita.

3. Mencegah Keletihan atau Dehydration
Dedydration merupakan faktor utama seseorang itu cepat letih. Badan manusia akan jadi sangat lesu dan tak bermaya. Believe me... Bukan saja badan tak bermaya, emosi pun sama. Aku pernah laluinyaaa...

4. Mengekalkan Kesihatan & Emosi
Kekurangan air bole memudaratkan kesihatan...? Yes... Bila badan kita kekurangan air, sudah tentu kulit akan menjadi kering dan gatal-gatal. Dari segi emosi pulak, kita akan rasa cepat marah dan kurang selesa kerana suhu badan naik. Untuk memastikan badan kita cukup air, kita mestilah minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

5. Melancarkan Proses Penghadaman
Minum air masak terutamanya air masak suam dapat melancarkan sistem penghadaman manusia. Minum air yang cukuo dapat mengelakkan kita daripada mendapat sembelit.

6. Mengelakkan Penyakit Kanser
Kajian yang dijalankan menunjukkan air yang mencukupi dalam badan dapat mengelakkan seseorang dari mendapat Kanser Pundi, Kanser Usus dan Kanser Payudara.

Jom kita tengok apa KHASIATNYA Minum Air Masak/Air Kosong...

----------------------------------------------------------------
               8 KEBAIKAN & KELEBIHAN MINUM AIR 
                                    MASAK/KOSONG
----------------------------------------------------------------


 --------------------------------------------------------------------------
PEMBEKAL SUMBER OKSIGEN YANG BAIK
--------------------------------------------------------------------------


----------------------------------------------------------------
5 KELEBIHAN MINUM AIR DIWAKTU PAGI
---------------------------------------------------------------




 --------------------------------------------------------------------------------------
APA KEBAIKAN MEMINUM AIR DISESETENGAH WAKTU ?
--------------------------------------------------------------------------------------


-----------------------------------------------------------------------------------
MACAM MANA NAK TAU AIR CUKUP DALAM BADAN...?
----------------------------------------------------------------------------------


Ok itu antara kebaikan dan khasiat minum air masak/kosong. Ikutkan aku pun sejenis yang payah minum air masak/kosong ni. Sebab yelah rasa dia sama kan. Yang memang takdak rasa apa-apa. Kita ni kalau minum air manis laju la.... Tapi air masak/kosong..... fuhhhhhhhh.... berpeluh nak habiskan. Jadi aku memang salute pada yang boleh minum air masak/kosong ni banyak-banyak. Aku pun tengah berusaha lagi wei minum air masak banyak-banyak.....

Apapun takpa.... tak salah pun share kan even diri sendiri tak berapa nak betui lagi pengambilan air masak/kosong seharian. 

Harap entri kalini bermanfaat untuk hampa semua nah.
Kredit Photo: GOOGLE