Pages

Wednesday, 19 September 2018

Ayam Percik Kelantan

Haritu Yon cakap nak buat Ayam Percik... 2,3 hari dah cakap.... Mai kehari kejadian dia siap tunjukkan resepi... aku pun tak boleh lah buat-buat tak tau kan... dah nampak kesungguhannya disitu nak makan, aku pun terus scrol resepi laaaa... pastu aku suruh dia siapkan bahan saja....

Ada cerita disebalik hari kejadian niiii...

Memula kami ni nak bakar ayam guna arang... Yon memang dah sedia beli arang pun.... tapi kedua-dua kami ni tak pandai nak nyalakan arang tau... Cucuh api punya la cucuh... taaakkkk nyala nyala jugak... time tu dah pukul 2 pm lebih aku ingat lagi.. dengan si Yon terkena api sikit sebab dia pi pegang arang.. alahaiiiii....

Last-last aku kata guna Magic Pan ajeee laaa... tu pun bolehhhh heheh....

Tuulaaaa ceritanya yang sangat simple haha... tak pernah masak guna arang kannn... gitulahhh rupanyaaaa kahkah!

Okeylah... jom tengok resepi.... ↓↓↓↓



AYAM PERCIK KELANTAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor Ayam dipotong 4

BAHAN-BAHAN PERAP
5 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN KUAH
2 pek Santan Pekat
10 ulas Bawang Merah
1 inci Halia
1 batang Serai
4 tangkai Cili Kering - Boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - Kena ada rasa manis
2 Asam Keping - Masukkan sekejap aje.

1) Kisar bahan perap sehingga halus. Perapkan ayam selama 30 minit.
2) Bakar ayam sehingga masak. Sementara tunggu ayam masak, boleh buatkan kuah sekali.

3) Kisar semua bahan kuah dengan santan.
4) Masak diatas dapur dengan api sederhana sambil dikacau. Masak sehingga pekat.
5) Masukkan Asam keping, Garam dan Gula.

6) Apabila Ayam mulai perang, lumur bahan kuah pada ayam dan bakar seketika. Terbalikkan dan lumur kuah. Buat 2/3 kali berulang-ulang.

Sedia untuk diangkat!

Sedap baqhangggg!!!

Selalu beli masa bazar ramadhan saja kan... ni bila buat sendiri rasa puas hati sungguh heheh...

Selamat mencuba yeee..



Tuesday, 18 September 2018

Puding Karamel Kukus Sedap


PUDING KARAMEL KUKUS SEDAP

1/2 tin Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair
1 tin Air
6 biji Telur (buang mata)
Esen Vanilla

BAHAN-BAHAN GULA HANGUS
11/2 awan Gula Pasir
3 cawan Air

Cara cara
1) Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukr warna, baru masukkan air.
Masak hingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.

2) Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam bekas selepas sejuk.

3) Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih.

4) Masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.

5) Tuang kedalam bekas kecil yang telah diisi air gula hangus.

6) Panaskan periuk pengukus. Bila air mendidih, kukus puding selama 10-15 minit atau sehingga masak. Guna api yang sederhana ya.

7) Bila dah masak, buka penutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit supaya air dipermukaan karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan.

8) Setelah sejuk, simpankan dalam peti ais.

Sedia untuk dihidang....



Saturday, 15 September 2018

Chocolate Milkshake Simple & Sedap!

Apa cerita tetiba mengidam nak minum chocolate milkshake niii???
Haaa aku ni macam biasa. Bila minum atau makan benda-benda yang sedap, nanti balik rumah mesti aku terngiang-ngiang lagi rasanya...

Bab chocolate milkshake ni pulak kes gi minum kat Manhattan Fish Market laaa...
Dia punya chocolate milkshake baqhang... sedap nak mampoosss...!!! haaaa tengok sampai nak mampus tu kahkah! Awat la aku tak teringat-ingat...

Bila nak minum lagi.. jenuh laaa... takkan semata-mata nak pi Manhattan pulak kan....
Tirih poket weiii... haritu pergi pun sebab aku dengan AJ nak try makan lobster tuuuu... tak pandai makan buat-buat pandai kan... Kami punya tenung antara satu sama lain tu... lain macam hahak...

Berbalik pada chocolate milkshake keyh! Sooo.... dah teringat punya teringat... kena la jugak buat... kalau tak sentiasa la akan teringat... jenuh la macam ni kan hehe... 

Cari resepi... rupanya senang ajaaa... Belek-belek peti ais, coklat masakan ada...! barang-barang lain pun ada...! apalagiii onsss sangat.... terus lah buat kannn....
Resultnyaaaa??? Sedap baqhang......
Tak caya ka? Cuba lah try resepi dibawah niiiii ↓↓↓↓

RESEPI CHOCOLATE MILKSHAKE


























-----------------------------

BAHAN-BAHAN
-----------------------------
5 sb Aiskrim Vanila
1 cawan Susu Segar (aku guna Susu Segar Farm Fresh)
1 cawan Ais Kiub
1/2 papan Coklat Bar/Masakan
2 sb Gula
1/2 cawan Whipped Cream
Serbuk Koko (Hiasan)


























-----------------------------
CARA-CARA
-----------------------------
1) Satukan kesemua bahan & kisar.
2) Masukkan dalam gelas & taburkan serbuk koko.
3) Dah siap! Sedia untuk dimakan...
NOTE: Kalau guna coklat masakan better korang cairkan dengan double boil dulu ye.. Takot bila blend tak hancur semua..
Wokeyhhh... selamat mencuba for £chocolateLovers macam aku kahkah!

Wednesday, 22 August 2018

Chocolate Cupcake Viral Guna 2 Bahan Sahaja


CHOCOLATE CUPCAKE VIRAL 2 BAHAN

2 bungkus Biskut Oreo Cream-0 Perisa Coklat
1 kotak Susu Dutch Lady 250ml

1) Masukkan bahan kedalam blender dan blend sampai sebati.
2) Tuang adunan kedalam bekas cupcake.
3) Kukus selama 20-25 minit. Boleh cucuk dengan lidi/garfu. Jika adunan tak melekat, makanya cupcake dah masak!
4) Biarkan cupcake sejuk. Sedia untuk dihidang!

Wahhh!! Simplee aje kan buat cupcake ni??
Sangat mudah pada yang tiada oven tapi nak makan cupcake tau...
Korang boleh nak buat topping yaaaa....
Kalau  nak makan begitu saja pun sedappp...



Monday, 14 May 2018

Kek Batik Guna Vico

Aku ingat lagi pertama kali buat #KekBatik ni, aku buat masa office masih lagi di I-City. Masa ni Kak Fatimah yang bagi resepi dekat aku. Dia bawak kek batik yang dia buat ke office. Dah makan sedap pulak kan... Tu laaaa terus ambik resepi. Masa wekend baru aku cuba buat kek batik ni. Senang saja rupanya.... Tak banyak barang jugak pakai...


K E K  B A T I K
Resepi: Rasaliza's Kitchen

----------------------------
BAHAN-BAHAN
----------------------------
1 buku Butter
1/2 tin Susu Pekat Manis
2 cawan Vico
2 sb Serbuk Koko
1 sk Esen Vanila
1 paket Biskut Marie

-----------------------------------------------
CARA-CARA MEMBUATNYA
-----------------------------------------------
1) Masukkan Butter dan cairkan. Setelah cair, masukkan Susu Pekat. Panaskan dengan api sederhana.
2) Masukkan Vico dan Serbuk Koko. Gaul hingga sebati sampai Vico tak berketul-ketul.
3) Masukkan Esen Vanila. Gaul sebati.
4) Masukkan Biskut Marie yang telah dipatahkan dan gaul sekata.
5) Ambil bekas. Masukkan adunan kedalam bekas dan padatkan kek.
6) Simpan kek dalam peti sejuk selama 4 jam.

Tadaaaaa!!!! Dan boleh makan hehehe....



NOTA:
*Kalau suka #KekBatik yang ranggup, jangan campurkan Biskut Marie dalam campuran Vico. Anda kena susun lapisan Biskut dengan lapisan Vico berselang seli.
*Boleh tukar Vico dengan Milo.

Monday, 30 April 2018

Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu

Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu....

Kek Berhantuuu yang dah Viral???

WOwWww... Inilah rupa-rupanya kek tuu..... Sememangnya BERHANTUUU.....!!


Kek yang menjadi perbualan ramai....

Aku ni dah memang peminat coklat... Dapat pulak kalau jenis melted macam ni perghhhhh..... Kecur air liur dibuatnyaaa.... Aku ni kira ketinggalan lah orang kata... Kek ni punya dah viral lama, aku baru tau bhahahaha.... Nak buat macam mana kan.... Ketinggalan keretapi wahahaha.... Baru pulak dapat post sekarang...

Okay ceritanya macam ni... Throwback lah pulak kan... haha! Sambil-sambil main phone, ternampak post officemate aku. Nama dia Sarah budak kat bahagian Bursary. Lahhh.... Dia buat kek rupanya.... Apa tunggu lagiii... Terus wasap dia.... Sambil-sambilan saja katanya.... Aku mintak green light dari husban aku nak beli kek ni... Dapat je green light, ondaspot order laa weiiii.... eiiii tak sabarnyaaaa nak merasa....hahaha....

Esoknya tu aku dapat kek aku.... MasyaAllah..... tak sabar nak makan sangat-sangat dah... Tapi bila difikirkan tak best pulak makan sorang-sorang... Aku dengan berat hatinya simpan dulu dalam fridge kat pantry. Supaya dapat bawak balik untuk dimakan bersama yang tersayang! Makan bersama husband and Aisyah....

Balik tu aku tak tunggu dah.... Buka je terus ngap...! Wallahhhh...!!! Sedap gila.... Mencair dalam mulut kottt..... Mau habis kat aku sorang saja haha... Memang sedap.... Berlemak berkrim bercoklat bercheese berlava dan sememangnya berhantuuuu......!!! Esoknya terus order lagi hahah.... Masa preggy Ammar pun aku still repeat order... Makan sampai lebam..! Gila-gila aku makan time preggy Ammar... Tu Ammar besar! hahaha......

Yang gambar tu aku buat sendiri. Time buat tu masa lepas pantang Ammar... Kempunan sungguh nak makan wei. Yelah taulah azabnya berpantang macam mana.... hahaaha cakap macam aku sorang yang berpantang kan? 😁😁...

Okay tak mau cakap banyak-banyak. Jom kita tengok resepinya okay....??

KEK CHOCOLATE CHEESE LAVA BERHANTU
Resepi: Ras Aliza Kitchen & Lab

------------------------------------
(1) KEK COKLAT MOIST
------------------------------------
1 cawan Susu Cair / Fresh Milk / UHT Whipping Cream
1 cawan Minyak Jagung / Minyak Masak
3/4 cawan Susu Pekat Manis
1/2 cawan Serbuk Koko 
3/4 cawan Gula Castor

2 biji Telur Gred A - Telur dipukul dengan whisk & ketepikan.

1 cawan Tepung Gandum
1/2 st Soda Bikarbonat
1/2 st Baking Powder
1/4 st Garam
Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan.

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------

1) Satukan Susu, Minyak Jagung, Susu Pekat, Serbuk Koko dan Gula Halus kedalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan sehingga Gula larut.

2) Masukkan telur dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Kacau sekejap aje.

3) Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah diayak. Kacau menggunakan whisk supaya adunan cepat sebati. Masak sekejap dan tutup api.

4) Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk dikukus dan dibakar.

*Jika kek ni DIKUKUS, sebaiknya guna Susu Cair atau Fresh Milk.
5) Susun bekas aluminum dalam kukus. Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas.
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30-45 minit atau sehingga masak.

*JIka kek ni DIBAKAR, sebaiknya guna UHT WHIPPING CREAM untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kadah steam bath supaya kek lembap.
6) Bakar pada suhu 170C.

Sementara tunggu kek masak, boleh lah sediakan cream cheese dulu.

------------------------------
(2) CREAM CHEESE
------------------------------
250gm Cheese
400ml UHT Whipping Cream
3 sb Susu Pekat Manis

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------

1) Satukan Cheese & Susu Pekat Manis. Kacau / Putar hingga adunan lembut dan sebati.
2) Masukkan UHT Whipping Cream. Putar hingga kental.
*Jika guna mixer, guna level perlahan sahaja. Jika guna whisk, anda kene pukul sekurang-kurangnya selama 30 minit. hahaha jenuh nak pukul.
* Guna Blender je ye Kejap je adunan jadi kental.

-------------------------------
(3) COKLAT LELEH
-------------------------------
200gm Coklat Masakan / Dark Coklat
200ml UHT Whipping Cream
1 sb Butter

-------------------------
CARA-CARA
-------------------------
1) Satukan Coklat Masakan dan Butter dalam mangkuk.
2) Masak UHT Whipping Cream dengan api perlahan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
3) Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi Coklat Masakan. Kacau sampai coklat mencair dan sebati.

*Kek yang sudah masak hendaklah dibiarkan sehingga sejuk sepenuhnya.

-------------------------
HIASAN
-------------------------
Ambil sedikit Cream Cheese dan dicampurkan dengan sedikit Coklat Leleh. Gaul rata.
Boleh guna piping beg atau guna sudu ajaaa...

------------------------------
PERSEDIAAN KEK
------------------------------
1) Letakkan Cream Cheese diatas kek. Ratakan.
2) Simpan sebentar dalam peti ais sehingga cheese keras.
3) Bila cheese dah keras, tuangkan Coklat Leleh.
4) Gunakan hiasan tadi untuk menghias. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair.
5) Simpan dalam peti ais sebentar sehingga coklatnya keras sedikit.

JIka nak makan, keluarkan dari peti ais tunggu dalam 3-5 minit. Bila coklat cair sedikit baru la sedap untuk dimakan... hehehe....

Sumpah cakap, persediaan kek ni memang agak qenyah... Qenyah tu bahasa Kedah. Dalam bahasa lain, macam2 jugak la nak kena sedia.. Tapi percaya la, ia sangat-sangat berbaloi....
Sebabnyaaa???
Sebab sedap tak terkata bhahaha....

Oklah...Selamat mencuba.