Pages

Wednesday, 19 September 2018

Ayam Percik Kelantan

Haritu Yon cakap nak buat Ayam Percik... 2,3 hari dah cakap.... Mai kehari kejadian dia siap tunjukkan resepi... aku pun tak boleh lah buat-buat tak tau kan... dah nampak kesungguhannya disitu nak makan, aku pun terus scrol resepi laaaa... pastu aku suruh dia siapkan bahan saja....

Ada cerita disebalik hari kejadian niiii...

Memula kami ni nak bakar ayam guna arang... Yon memang dah sedia beli arang pun.... tapi kedua-dua kami ni tak pandai nak nyalakan arang tau... Cucuh api punya la cucuh... taaakkkk nyala nyala jugak... time tu dah pukul 2 pm lebih aku ingat lagi.. dengan si Yon terkena api sikit sebab dia pi pegang arang.. alahaiiiii....

Last-last aku kata guna Magic Pan ajeee laaa... tu pun bolehhhh heheh....

Tuulaaaa ceritanya yang sangat simple haha... tak pernah masak guna arang kannn... gitulahhh rupanyaaaa kahkah!

Okeylah... jom tengok resepi.... ↓↓↓↓



AYAM PERCIK KELANTAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor Ayam dipotong 4

BAHAN-BAHAN PERAP
5 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN KUAH
2 pek Santan Pekat
10 ulas Bawang Merah
1 inci Halia
1 batang Serai
4 tangkai Cili Kering - Boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - Kena ada rasa manis
2 Asam Keping - Masukkan sekejap aje.

1) Kisar bahan perap sehingga halus. Perapkan ayam selama 30 minit.
2) Bakar ayam sehingga masak. Sementara tunggu ayam masak, boleh buatkan kuah sekali.

3) Kisar semua bahan kuah dengan santan.
4) Masak diatas dapur dengan api sederhana sambil dikacau. Masak sehingga pekat.
5) Masukkan Asam keping, Garam dan Gula.

6) Apabila Ayam mulai perang, lumur bahan kuah pada ayam dan bakar seketika. Terbalikkan dan lumur kuah. Buat 2/3 kali berulang-ulang.

Sedia untuk diangkat!

Sedap baqhangggg!!!

Selalu beli masa bazar ramadhan saja kan... ni bila buat sendiri rasa puas hati sungguh heheh...

Selamat mencuba yeee..



Tuesday, 18 September 2018

Puding Karamel Kukus Sedap


PUDING KARAMEL KUKUS SEDAP

1/2 tin Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair
1 tin Air
6 biji Telur (buang mata)
Esen Vanilla

BAHAN-BAHAN GULA HANGUS
11/2 awan Gula Pasir
3 cawan Air

Cara cara
1) Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukr warna, baru masukkan air.
Masak hingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.

2) Tutup api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam bekas selepas sejuk.

3) Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih.

4) Masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.

5) Tuang kedalam bekas kecil yang telah diisi air gula hangus.

6) Panaskan periuk pengukus. Bila air mendidih, kukus puding selama 10-15 minit atau sehingga masak. Guna api yang sederhana ya.

7) Bila dah masak, buka penutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit supaya air dipermukaan karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan.

8) Setelah sejuk, simpankan dalam peti ais.

Sedia untuk dihidang....



Saturday, 15 September 2018

Chocolate Milkshake Simple & Sedap!

Apa cerita tetiba mengidam nak minum chocolate milkshake niii???
Haaa aku ni macam biasa. Bila minum atau makan benda-benda yang sedap, nanti balik rumah mesti aku terngiang-ngiang lagi rasanya...

Bab chocolate milkshake ni pulak kes gi minum kat Manhattan Fish Market laaa...
Dia punya chocolate milkshake baqhang... sedap nak mampoosss...!!! haaaa tengok sampai nak mampus tu kahkah! Awat la aku tak teringat-ingat...

Bila nak minum lagi.. jenuh laaa... takkan semata-mata nak pi Manhattan pulak kan....
Tirih poket weiii... haritu pergi pun sebab aku dengan AJ nak try makan lobster tuuuu... tak pandai makan buat-buat pandai kan... Kami punya tenung antara satu sama lain tu... lain macam hahak...

Berbalik pada chocolate milkshake keyh! Sooo.... dah teringat punya teringat... kena la jugak buat... kalau tak sentiasa la akan teringat... jenuh la macam ni kan hehe... 

Cari resepi... rupanya senang ajaaa... Belek-belek peti ais, coklat masakan ada...! barang-barang lain pun ada...! apalagiii onsss sangat.... terus lah buat kannn....
Resultnyaaaa??? Sedap baqhang......
Tak caya ka? Cuba lah try resepi dibawah niiiii ↓↓↓↓

RESEPI CHOCOLATE MILKSHAKE


























-----------------------------

BAHAN-BAHAN
-----------------------------
5 sb Aiskrim Vanila
1 cawan Susu Segar (aku guna Susu Segar Farm Fresh)
1 cawan Ais Kiub
1/2 papan Coklat Bar/Masakan
2 sb Gula
1/2 cawan Whipped Cream
Serbuk Koko (Hiasan)


























-----------------------------
CARA-CARA
-----------------------------
1) Satukan kesemua bahan & kisar.
2) Masukkan dalam gelas & taburkan serbuk koko.
3) Dah siap! Sedia untuk dimakan...
NOTE: Kalau guna coklat masakan better korang cairkan dengan double boil dulu ye.. Takot bila blend tak hancur semua..
Wokeyhhh... selamat mencuba for £chocolateLovers macam aku kahkah!